2 Gol Kalinic Bantu Milan Atasi Udinese, VAR Batalkan Gol Lasagna

Nikola Kalinic menjadi pemain terakhir yang menyertai Milan dalam perpindahan pra musim ini. Milan bersungguh-sungguh ingin membawa masuk beliau.

Sebelum itu, Kalinic menolak tawaran bermain di China atas alasan yang mungkin hanya sedikit sahaja pemain berfikiran seperti beliau.

Alasan Kalinic adalah, dia menolak ke China kerana melihat gaji yang ditawarkan kepada beliau terlalu tinggi dan menganggap beliau tidak layak menerima gaji itu.

Dia mengakui dirinya bukanlah penyerang terbaik dunia untuk menerima angka sebegitu besar.

Milan turun menentang Udinese dalam perlawanan ke-4 menentang pasukan yang bagus Udinese. Kalinic menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini untuk membantu Milan menang tipis 2-1.

Ia kemenangan penting untuk Milan bangkit selepas tewas 4-1 di tangan Lazio sebelum ini.

Sebelum itu, jaringan pembukaan perlawanan oleh Lasagna telah dibatalkan oleh pengadil selepas penilaian VAR. Keraian gol Lasagna hanya sia-sia selepas VAR mengesahkan beliau ofsaid.

Tidak lama selepas itu, gilran Bonucci pula dinafikan gol menerusi teknologi garisan gol.

Kalinic meletakkan Milan di hadapan pada minit ke-22. Namun Lasagna menjaringkan gol penyamaan setelah kelekaan Milan. Kalinic memastikan Milan di hadapan sekali lagi pada minit ke-31.

Kalinic kini antara ‘fox in the box’ yang paling bahaya. 27 daripada 29 gol beliau di Serie A adalah dari dalam kotak penalti.

Ini juga kemenangan pertama AC Milan ke atas Udinese selepas sebelum ini mencatatkan 1 seri dan 2 kekalahan dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=NFZA4OkGPCM

Nampaknya persainga Serie A musim ini lebih rancak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN