Gabriel Jesus menjaringkan 2 gol untuk memastikan Manchester City kembali 4 mata di belakang Liverpool – dalam saingan EPL. City menang 3-0 ke atas Wolves dalam aksi yang berlangsung di Etihad.
Manchester City meneruskan aksi cemerlang di hadapan gol selepas menjaringkan 16 gol dalam aksi menentang Rotherham dan Burton. Gabriel Jesus pula sudah menjaringkan 7 gol dalam 3 perlawanan terakhir Manchester City.
Gabriel Jesus membuka tirai jaringan untuk juara bertahan – pada minit ke-10 hasil umpanan daripada Leroy Sane.
Tugas Wolves semakin sukar apabila Willy Boly dibuang padang. Bolly dikenakan kad merah pada minit ke-19 – menerikan kad merah terus daripada pengadil kerana bentesan yang bahaya ke atas Bernardo Silva.
Manchester City menambah satu lagi gol sebelum rehat. Kali ini Jesus menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Ini selepas Ryan Bennet menjatuhkan Raheem Sterling.
Pada separuh masa kedua, Man. City dijangka akan menambah lebih banyak gol dengan kelebihan seorang pemain yang mereka ada. Namun itu tidak berlaku. Sebaliknya mereka mendapat gol ke-3 hasil daripada jaringan sendiri oleh Connor Coady.
Perlawanan berakhir 3-0. Manchester City memiliki 870 hantaran berbanding dengan 271 hantaran oleh Wolves.
Wolves jelas sekali mahu mengurangkan impak kerosakan selepas pemain mereka dibuang padang.
City tercicir mata pertama kali musim ini di tangan Wolves. Pasukan Nuno Espirito ini memiliki rekod yang baik dengan ‘big 6’ musim ini.
Manchester City mengembalikan jurang 4 mata dengan Liverpool. Manakala Wolves gagal memintas Everton. Wolves berada di tangga ke-11.