2 Gol Dalam Tempoh Seminggu, Prestasi Safawi Kian Memuncak

Penyerang berbisa Terengganu iaitu Safawi Rasid antara paling mencuri tumpuan sejak kebelakangan ini selepas prestasi beliau semakin meningkat terutama sekali menerusi kualiti penyudah di hadapan gol.

Terbaharu, Safawi berjaya menjaringkan salah satu gol ketika Sang Penyu mengetepikan cabaran Perak bagi saingan pertama Piala FA musim 2024/2025.

Tampil meledak gol penyamaan ketika bertemu Perak lalu, jaringan tersebut memastikan Terengganu kembali bangkit dengan lebih baik untuk memastikan mereka mencipta kemenangan di laman sendiri.

Selain menjaringkan gol, aksi Safawi ketika itu juga boleh dianggap sangat menonjol dengan beliau begitu rajin bergerak untuk terus mendapatkan bola bagi memastikan penguasaan bola kekal buat Terengganu.

Walaupun kelincahan beliau mungkin sedikit terbatas jika dibandingkan waktu kemuncak beliau suatu ketika, namun naluri penyudah Safawi itu jelas berada pada satu tahap lebih memuaskan.

Aksi pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga rata-rata mendapat pujian penuh daripada para peminat Sang Penyu yang berpuas hati akan sumbangan ditampilkan beliau di atas padang.

Selain itu, Safawi juga masih segar dengan kejayaan beliau untuk kembali meledak gol di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Alhamdulillah dalam masa seminggu rezeki saya dapat menjaringkan dua gol dengan dua pasukan berbeza iaitu pasukan kebangsaan dan juga TFC.

“Dua jaringan ini sudah pasti meningkatkan lagi keyakinan saya untuk terus menjaringkan gol dalam setiap perlawanan terutama saingan Liga Malaysia (Liga M) baharu bermula.

“Saya harap dapat konsisten untuk menjaringkan gol, namun apa yang lebih penting pasukan mampu melakar kemenangan dalam setiap perlawanan kerana siapa yang menjaringkan gol itu perkara kedua,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Musim ini boleh dianggap sebagai suatu permulaan kembali buat Safawi dalam dunia bola sepak, selepas dirinya tampil kurang konsisten pada tahun lalu bersama JDT untuk merebut kesebelasan utama.

Keyakinan yang kembali terpancar buat pemain itu sangat penting kerana pada usia masih muda, Safawi selayaknya dilabel selaku aset buat Malaysia di pentas antarabangsa.

Selain Safawi, aksi Akhyar Rashid bersama Sang Penyu juga kini semakin menyerlah dan dijangka kedua tonggak tersebut akan terus bersinar pada musim ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN