2 Faktor Ini Jadikan Natxo Insa Layak Dipanggil Bersama Harimau Malaya

Nama Natxo Insa sekali lagi terpilih untuk mewakili Harimau Malaya pada aksi persahabatan di pentas antarabangsa hadapan bawah kendalian jurulatih utama skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun menyenaraikan 26 pemain yang akan mengikuti kem kebangsaan pada Ahad ini untuk mengharungi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 berdepan India serta Laos.

Menerusi nama-nama yang disenaraikan, Natxo Insa antara menjadi tumpuan peminat selepas beberapa pertikaian muncul di media sosial mengenai sumbangan beliau buat skuad Malaysia.

Apa tidaknya, Natxo sebelum ini dianggap gagal untuk memberikan impak yang positif di atas padang ketika beliau mewakili skuad kebangsaan di saingan Piala Asia 2023, Qatar.

Beberapa pertikaian muncul di media sosial mengenai impak kurang menyakinkan bakal diberikan sekali lagi oleh Natxo akan terus berulang buat pasukan kebangsaan.

Walaupun begitu selepas melihat kepada aksi pemain 38 tahun itu musim ini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), jelas kualiti beliau kembali meningkat bawah sentuhan Hector Bidoglio di pentas domestik serta Asia.

Di sebalik lambakan pemain tengah Harimau Selatan, Natxo membuktikan dirinya masih layak selaku pilihan utama sepanjang pasukan tersebut menghadapi kejohanan AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2024/2025.

Untuk skuad kebangsaan, Natxo mampu untuk menawarkan dua perkara berguna iaitu pengalaman serta kualiti dimilikinya sekali gus melancarkan pelan taktikal bakal direncana oleh Pau Marti.

Dua perkara tersebut telah pun dibuktikan Natxo bagi aksi sebelum ini bersama JDT dan ketenangan beliau mengawal tempo permainan serta menyerap asakan lawan menjadikan beliau selaku pilihan utama Bidoglio.

Malah, bekas pemain kebangsaan iaitu Hasnizam Uzir sendiri menyifatkan segala dimiliki oleh Natxo mampu memberi sumbangan terbaik kepada Harimau Malaya.

“Kalau kita tengok prestasinya di JDT, memang tidak oleh disangkal lagi kerana bagi saya dengan pengalamannya, dia memang layak dipanggil. Apabila dia beraksi baik bersama JDT, mungkin kali ini dia boleh bantu pasukan kebangsaan.

“Sebelum ini dia jarang bermain dengan JDT tetapi dibawah Hector Bidoglio dia selalu beraksi. Kalau penyokong mahu lihat pemilihan berdasarkan prestasi terkini, dia sememangnya berhak

“Soal perbezaan kualiti rakan sepasukan antara JDT dan Harimau Malaya tidak timbul kerana pemain lain yang dipanggil juga adalah sahabat dia juga. Jadi bagi saya kalau ikut prestasi memang tidak ada masalah,” ujar beliau menerusi Utusan Malaysia.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sumber:
Utusan Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN