2 Bakat Muda Dari Luar Negara Terpilih Sertai Kem Latihan B-16 Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya telah pun mengeluarkan senarai 25 pemain bawah 16 (B-16) yang akan mengikuti kem latihan pusat bagi persediaan menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia bawah 17 (B-17) 2025 di Laos sebentar tadi.

Untuk info, saingan tersebut bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Oktober ini dalam misi Malaysia untuk cuba melayakkan diri ke pentas Piala Asia B-17 musim 2025.

Bagi kem latihan pusat ini, Javier Jorda Ribera telah pun menyenaraikan 10 pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD), bersama sembilan wakil Johor Darul Ta’zim (JDT IV).

Selebihnya, kem Harimau Malaya B-16 diisi oleh dua pemain daripada Akademi Singa Muda Perlis, seorang daripada skuad Selangor MSSM, serta satu wakil melalui Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Lebih menarik, kem Malaysia B-16 kali ini turut diperkuatkan oleh dua pemain yang beraksi dari luar negara iaitu Kaveen Shanmugesh Waran (Perth,Australia), serta Kim Johan Nyo Tegnander (Fotballklubben JERV, Norway).

Tumpuan sudah tentu terarah kepada Johan Nyo yang memiliki ketinggian 183 sentimeter walaupun baru sahaja berusia 15 tahun dan kini beraksi di Norway.

Menerusi perkongsian FR Future Talents sebelum ini di Instagram, pemain muda itu dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Pulau Pinang sebelum mengikuti keluarganya ke Norway untuk mengembangkan bakat.

Pemain ini juga dilaporkan memiliki keupayaan untuk beraksi selaku pertahanan tengah serta pemain tengah menyerang mengikut situasi serta percaturan jurulatih.

Sementara Kaveen pula merupakan penjaga gol muda yang kini sedang berkembang di Australia dan dianggap mampu untuk mencabar posisi utama pada saingan tersebut.

Pada masa sama, FAM turut menyenaraikan 25 pemain muda lain dalam senarai bersedia untuk menggantikan tonggak utama yang tidak dapat mengikuti kem latihan tersebut.

“Skuad Harimau Malaya B-16 akan memulakan kem latihan pusat dari 7 hingga 21 Oktober 2024 di Pasir Gudang, Johor.

“Skuad kendalian Javier Jorda Ribera seterusnya dijangka akan berlepas ke Vientiane, Laos pada Isnin, 21 Oktober 2024 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

“Malaysia dijadual membuka saingan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-17 2025 ini dengan perlawanan pertama menentang Lubnan pada Rabu, 23 Oktober 2024; UAE pada Jumaat, 25 Oktober 2024 dan tuan rumah, Laos pada Ahad, 27 Oktober 2024 di Stadium Lao National, KM16, Vientiane,” jelas kenyataan tersebut.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN