Baru-baru satu perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab milik Norizam Tukiman iaitu PSPS Riau menentang Kelantan terpaksa dibatalkan dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada kedua penyokong pasukan tersebut.
Menurut Norizam, perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan kerana tuntutan bayaran pada saat akhir oleh pihak polis di sana untuk memberi perlindungan.
Semalam, laman rasmi Instagram milik PSPS Riau telah mengeluarkan kronologi menerusi pemilik kelab, Norizam yang memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Melicinkan pentadbiran kelab
Pada awal pemilikan pasukan, Norizam hanya memantau pengurusan dari jauh sahaja sambil menyerahkan tugas buat Edward Riansyah menjalankan operasi PSPS Riau.
Pada awal tahun 2022, tampil Norizam untuk di sana setelah kes Covid-19 semakin menurun untuk melihat sendiri perjalanan kelab serta isu kontrak pemain dan kejurulatihan.
Hutang lama kelab selesai
Setelah memiliki saham kelab sebanyak 81%, Norizam telah menyelesaikan semua hutang yang ditetapkan dalam perjanjian pemilik lama pasukan sebelum itu untuk memperbaiki struktur kewangan pasukan.
Pemegang saham baharu layak memegang segala akaun kelab daripada bekas pemilik
Menurut perjanjian dibuat, maka segala keuntungan atau kerugian bakal dipikul sendiri oleh pemegang saham baharu.
Malah, Norizam juga berhak untuk memegang segala akaun bank atau media sosial PSPS Riau dan diserahkan pada pengurusan baharu.
Nilai saham Norizam meningkat
Salah seorang pemilik saham kelab iaitu Ari Nugroho Arsadianto telah membuat tawaran untuk menjual baki 9% saham beliau kepada Norizam.
Setelah urusan dibuat, beliau kini memegang saham sebanyak 90% dan baki 10% masih menjadi milik Irvan Herman menjadikan segala hak kelab dimiliki Norizam.
Perjanjian pemilikan saham baharu kelab
Pada 25 Mei 2021, satu mesyuarat telah dibuat untuk menandatangani perjanjian peralihan pemilik saham kelab kepada yang baharu di sebuah hotel ternama terletak di Kota Pekanbaru.
Perlawanan PSPS Riau menentang Kelantan batal
Perlawanan persahabatan yang sepatutnya berlangsung pada 12 Julai baru ini dibuat kerana Norizam mahu melihat ia dari sudut pemasaran serta melihat kemampuan dua pengendali kelab tersebut mempamerkan corak permainan.
Namun segalanya terpaksa dibatalkan pihak polis di sana telah meminta pembayaran sebanyak 40 juta Rupiah untuk perlindungan pada saat akhir sebelum perlawanan dimulakan.
Isu penjualan tiket
Untuk perlawanan tersebut ketika itu, penjualan tiket hanya dibuat menerusi Assprov PSSI Riau sahaja.
https://www.instagram.com/p/Cf8sAe1P3ke/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Malah, keputusan tersebut dibuat sendiri oleh Edward Riansyah tanpa memberitahu kepada pihak atasan dan menyebabkan kelab tidak tahu mengenai perkara tersebut.
Aliran wang tiket ke akaun peribadi
Menurut Norizam, segala duit hasil penjualan tiket tidak sampai kepada pengurusan PSPS Riau, sebaliknya ke akaun peribadi Assprov PSSI Riau. Untuk itu, Edward dipanggil untuk memberi penjelasan.
Norizam arah penjualan tiket dibuat menerusi Hotel Zamburger
Menyedari isu tidak telus dalam aliran wang penjualan tiket, Norizam mengarahkan penjualan tersebut di lokasi baharu iaitu Hotel Zamburger kerana lebih mudah untuk penyokong mendapatkannya.
Selebihnya sebelum itu menjadi tanggungjawab untuk Edward serta Assprov PSSI Riau selesaikan sendiri.
Edward dilucutkan jawatan daripada pengurusan kelab
Setelah mengetahui ada kesalahan dibuat oleh Edward mengenai aliran wang yang tidak telus hasil penjualan tiket, khidmatnya ditamatkan serta merta daripada PSPS Riau.
Visi dan misi baharu ke Liga 1 Indonesia
Sehari sebelum perkara itu terbongkar, Edward sempat menyusun atur mengenai visi dan misi baharu PSPS Riau untuk beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia menerusi beberapa perubahan dibuat dalam tampuk pengurusan.
Tunggakan gaji pemain dan jurulatih selesai
Menurut Norizam, semua tunggakan gaji pada tahun lalu sudah pun dilangsaikan dan mengenai gaji pada 2022, ianya bakal diberi sendiri oleh beliau kepada pemain dan jurulatih.
Norizam syukur tunggakan PSPS Riau dan Kelantan dilangsaikan
Pemilik kelab itu juga melafazkan rasa syukur setelah kedua kelab dimiliki beliau berjaya dilangsaikan hutang lalu sambil berharap PSPS juga mampu berjaya seperti Kelantan ketika ini.
Perbincangan untuk memajukan lagi PSPS Riau
Pemilik kelab tersebut juga sempat turun ke Stadium Utama Riau untuk melihat persiapan semasa aksi persahabatan tersebut sambil ada perbincangan dibuat untuk menjadikan stadium serta kelab tersebut menjadi kebanggaan penyokong.
Edward beritahu jumlah bayaran keselamatan tidak selari dengan permintaan pihak polis
Ketika perbincangan dibuat, pada awalnya Edward hanya mengatakan jumlah keseluruhan untuk keselamatan hanya berjumlah 5 juta Rupiah, namun ketika perlawanan hampir dimulakan, pihak polis di sana mengenakan bayaran sebanyak 40 juta Rupiah.
Akaun laman sosial diberikan kepada Norizam
Pada jam 8 malam di sana, pihak pengurusan baharu bawah kelolaan Norizam berjaya mendapatkan akaun PSPS Riau setelah mereka berjaya mengubah kata kunci dan alamat email baharu.
Terima panggilan pihak polis tempatan untuk jelaskan bayaran 40 juta Rupiah
Ketika Norizam dalam perjalanan ke Stadium Utama Riau, beliau menerima panggilan daripada pihak polis di sana agar menjelaskan pembayaran keselamatan sebanyak 40 juta Rupiah pada saat akhir.
Norizam jelas terkejut kerana menurut maklumat awal daripada Edward, pihaknya hanya perlu membayar sejumlah 5 juta Rupiah sahaja.
Pemilik kelab tersebut keberatan untuk membayar walaupun mampu, kerana merasakan ada yang tidak betul mengenai perkara tersebut dan perlawanan itu terpaksa dibatalkan.
Bukan kehendak Norizam perlawanan dibatalkan
Mengenai pembatalan perlawanan persahabatan membabitkan PSPS Riau menentang Kelantan, jelas Norizam perkara tersebut bukan dibuat atas keputusan beliau sendiri.
Ini kerana beliau sendiri sudah menyiapkan segalanya untuk perlawanan tersebut berjalan dengan lancar dan sesuatu tidak logik jika Norizam membatalkan sebegitu sahaja.
Para pegawai dan pemain PSPS Riau dipindahkan ke Hotel Zamburger PSPS Riau
Setelah pembatalan tersebut dibuat, para pemain, kejurulatihan, dan pegawai PSPS Riau telah dipindahkan dari Wisma Benny ke Hotel Zamburger PSPS Riau.
Tujuan perkara tersebut dibuat supaya para pemain mendapat keselesaan dari segi fasiliiti serta boleh menjalankan latihan dengan lebih baik.
Tambah Norizam, imej hotel tersebut juga bakal berubah dengan pertukaran logo PSPS Riau bakal dibuat dalam masa terdekat.