18 Kelab Premier League Pakat Undi Bekukan Tajaan Kepada Newcastle United Daripada Syarikat Berkaitan Arab Saudi

Kelab-kelab Premier League telah membuat keputusan pada Isnin lalu untuk mengundi dan sepakat agar segala jenis tajaan di dalam bentuk komersil dan tajaan kepada Newcastle United dari syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemiliknya adalah tidak dibenarkan.

Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat tergempar selepas timbul kerisauan pemilik baharu Newcastle United dari Arab Saudi akan menandatangani kontrak tajaan mewah bersama syarikat yang berkaitan dengan negara teluk tersebut.

80% daripada saham Newcastle kini dimiliki oleh konsortium Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF).

18 buah kelab telah mengundi untuk bersetuju menghalang tajaan tersebut diteruskan. Newcastle sendiri sudah tentu mengundi untuk tidak bersetuju dengan peraturan tersebut dikenakan kepada mereka, manakala Manchester City mengelakan diri untuk mengundi selepas dinasihatkan oleh peguam bahawa undian tersebut tidak mengikut peundangan.

Malah peguam Manchester City menyamakan tindakan kelab-kelab Premier League itu seperti kartel – yang sesuka hati membuat peraturan untuk kepentingan diri sendiri.

Sehingga kini pihak Premier League enggan memberikan sebarang komen menenai perkembanan terbaru ini.

Peraturan kewangan Premier League secara dasarnya tidak membenarkan kelab-kelab bertanding merekodkan kerugian sebanyak £105 juta sepanjang tempoh tiga tahun.

Sebarang bentuk perjanjian komersil akan meningkatkan pendapatan kelab dan membenarkan Newcastle mengatasi peraturan Premier League.

Ia sekalius membenarkan mereka berbelanja lebih daripada yang sepatutnya, terutama jika tajaan tersebut sebenarnya adalah kaedah penyaluran duit daripada pemilik, yang berselindung di sebalik tajaan.

Undian tersebut akan menghalang Newcastle United untuk menerima tajaan komersil untuk tempoh sebulan, tatkala perbincangan mengenai perubahan peraturan dilakukan.

Salah seorang anggota eksekutif kelab Premier League berkata: “Jika kita tidak melakukan halangan, maka tiada perkara lain yang mampu menghalang Newcastle menandatangani perjanjian. Misalnya [dengan sewenang-wenangnya] menjual hak penamaan stadium kepada syarikat dari Arab Saudi yang mempunyai kaitan dengan pemilik kelab pada nilai £100 juta.

“Wang itu dengan segera boleh dilaburkan dan dibelanjakan untuk mendapat pemain baharu pada Januari, dan mereka terlepas dari peraturan kewangan Premier League.”

Newcastle United melengkapkan pengambilialihan kelab tersebut oleh Public Investment Fund (PIF) dengan nilai £305 juta beberapa minggu lalu.

Konsortium tersebut yang diwujudkan pada 1970 diwujudkan untuk mengurus segala kekayaan kerajaan Arab Saudi, termasuk untuk tujuan pelaburan luar. Pada hari ini PIF  dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai £700billion.

Sebelum ini, Pengerusi Tottenham, Daniel Levy dipercayai menjadi watak terawal cuba menyekat konsortium itu menyalurkan dana melalui jumlah tajaan yang besar.

Liverpool, Manchester United, dan Arsenal turut sama-sama melakukan bantahan dengan Spurs dilantik sebagai ketua dan jurucakap kumpulan tersebut untuk meyakinkan Premier League menghalang konsortium milik Arab Saudi itu meneruskan usaha pemilikian.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula menyamakan pengambilalihan Newcastle United oleh keluarga diraja Arab Saudi sama seperti dengan pembentukan European Super League (ESL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN