16 Pemain ‘Deadline Day’, Siapa Yang Layak Untuk Pasukan FPL Anda?

Adakah anda salah seorang pemain Fantasy Premier League (FPL) ? Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali lagi pada hujung minggu ini untuk perlawanan minggu ke-4.

Sepertimana minggu-minggu sebelum ini, peminat dan pemain akan sibuk mengemaskini pasukan masing-masing sebelum sepak mula perlawanan pertama.

Artikel kali ini akan membantu anda untuk melihat 16 pemain yang didatangkan pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas pada tahun ini.

Berbaloikan untuk melakukan pertukaran? Perlukah mengaktifkan ‘Wild Card’? Bolehkah pemain-pemain ini dipercayakan dengan pengaktifan ‘triple captain’?

Ikuti reviu daripada kami.

1. Mamadou Sakho (Crystal Palace)

Nilai: £4.9 juta
Posisi: Pertahanan
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Crystal Palace tidak berada pada prestasi terbaik pada masa ini. Tetapi kehadiran Mamadou Sakho menambahbaik pasukan tersebut pada musim lalu apabila hadir sebagai pemain pinjaman.

Selepas melengkapkan perpindahan secara tetap dari Liverpool pada hari terakhir jendela perpindahan, kami menjangkakan Sakho mampu membantu Palace memperbaiki bahagian pertahanan mereka yang rapuh.

(Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

2. Danny Drinkwater (Chelsea)

Nilai: £4.9 juta
Posisi: Pemain tengah
Pendapat kami: Abaikan

Penyokong Chelsea sendiri agak skeptikal dengan kehadiran Danny Drinkwater. Musim lalu bukanlah musim yang terbaik untuk Drinkwater ketika bersama Leicester.

Namun kembali bergandingan dengan N’golo Kante mungkin mampu memulihkan prestasi semasa pemain ini. Bagaimanapun kami tidak meramalkan beliau akan mengumpul banyak mata untuk pasukan anda.

Danny Drinkwater
Danny Drinkwater. Kredit foto: The Field

3. Alex Oxlade-Chamberlain (Liverpool)

Nilai: £6 juta
Posisi: Pemain tengah
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Salah satu sebab Alex Oxlad-Chamberlain memilih untuk ke Liverpool adalah kerana Jurgen Klopp memberikan jaminan bahawa tempat beliau di bahagian tengah pasukan Anfield tersebut adalah terjamin.

Pada nilai £6 juta, pemain ini adalah nilai yang baik untuk pasukan.

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

4. Serge Aurier (Tottenham Hotspur)

Nilai: £6 juta
Posisi: Pertahanan
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Mauricio Pochettino mungkin akan menurunkan Serge Aurier terus ke dalam kesebelasan utama selepas kecederaan buku lali yang dialami oleh Kieran Trippier ketika menentang Everton.

Pemain antarabangsa Ivory Coast ini gemar melakukan larian ke hadapan dan memiliki 19 bantuan sepanjang tempoh 4 musim di Ligue 1.

5. Wilfried Bony (Swansea City)

Nilai: £6 juta
Position: Penyerang
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Sukar untuk kami perkatakan. Wilfred Bony hanya mampu menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan selepas meninggalkan Swansea sejak 2 tahun setengah yang lalu.

Namun kepulangan ke Liberty mungkin akan menghidupkan kembali sentuhan jaringannya yang pernah kita saksikan.

(Photo by Athena Pictures/Getty Images)

6. Fernando Llorente (Tottenham Hotspur)

Nilai: £7.4 juta
Posisi: Penyerang
Pendapat kami: Abaikan

Musim lalu, Fernando Llorente meledak sejumlah 15 gol untuk Swansea. Nilai £7.4 juta adalah nilai yang berpatutan untuk penyerang dengan profil sedemikian.

Namun begitu, Llorente pasti sukar mendapatkan minit untuk beraksi dengan Harry Kane pasri menjadi pilihan utama mengetuai jentera serangan.

(Photo by Tottenham Hotspur/Tottenham Hotspur via Getty Images)

7. Davide Zappacosta (Chelsea)

Nilai: £6 juta
Posisi: Pertahanan
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Davide Zappacosta tiba di Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan sepertimana Marcos Alonso pada musim panas lalu. Jika prestasi di Torino diambil kira, maka Zappacosta turut boleh memberi impak seperti apa yang dilakukan oleh Alonso.

Bersama Torino pada musim 2016/17, Davide Zappacosta mencipta 49 peluang jaringan sepanjang musim.

Davide Zappacosta. Kredit foto: The Field

8. Nikola Vlasic (Everton)

Nilai: £5.5 juta
Posisi: Pemain tengah
Pendapat kami: Abaikan

Nikola Vlasic dianggap sebagai salah seorang prospek terbaik daripada Croatia. Ronald Koeman pantas menyambar pemain tengah ini selepas prestasinya bersama Hajduk Split.

Pada usia 19 tahun, Vlasic jelas punyai bakat untuk menjadi bintang pada satu hari nanti. Perpindahan ke Everton adalah perpindahan yang baik, tetapi perjalanan masih jauh buat pemain ini.

(Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

9. Nahki Wells (Burnley)

Nilai: £5 juta
Posisi: penyerang
Pendapat kami: Abaikan

Sean Dyche gemar menggunakan 2 penyerang untuk pasukan Burnley. Bagaimanapun Nakhi Wells bukanlah pilihan, sekurang-kurangnya buat masa ini kerana sedang di dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali yang dialaminya.

. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

10. Marvin Zeegelaar (Watford)

Nilai: £4.5 juta
Posisi: Pertahanan
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Ketibaan Marvin Zeegelaar di Watford mungkin ditenggelamkan oleh saga perpindahan yang lebih besar di hari terakhir jendela perpindahan EPL.

Tetapi Zeengelaar dijangka akan menjadi aset kepada Watford untuk memperkuatkan bahagian pertahanan.

(Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

11. Ezequiel Schelotto (Brighton & Hove Albion)

Nilai: £4.5 juta
Posisi: Pertahanan
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Pemain antarabangsa Itali ini akan memberi saingan kepada pemain veteran Brighton & Hove Albion, Bruno di posisi bek kanan.

Kelincahan melakukan larian ketika membantu serangan mungkin memberikan kelebihan buat Schelotto. Musim lalu, pemain ini menyumbangkan 5 bantuan gol untuk Sporting CP.

(Photo by Bruno Barros / DPI / NurPhoto via Getty Images)

12. Grzegorz Krychowiak (West Brom)

Nilai: £5 juta
Posisi: Pemain tengah
Pendapat kami: Abaikan

Tony Pulis dan West Brom amat bertuah kerana mampu meyakinkan pemain tengah PSG ini untuk menyertai mereka. Pemain antarabangsa Poland ini mampu menjaringkan gol. Bagaimanapun tugas utamanya ialah sebagai pemain tengah bertahan.

Kami menjangkakan beliau tidak akan mengumpul banyak mata.

West Bromwich Albion

13. Aleksandar Dragovic (Leicester City)

Nilai: £5 juta
Posisi: Pertahanan
Pendapat kami: Abaikan

Leicester City mahu mendapatkan Aleksandar Dragovic sejak setahun yang lalu. Namun demikian, pemain ini menyertai Bayer Leverkusen pada musim panas yang lepas.

Selepas musim yang tidak menentu di Jerman, akhirnya Dragovic memutuskan untuk menyertai Leicester. Pemain yang berisiko untuk pasukan anda.

(Photo by Plumb Images/Leicester City FC via Getty Images)

13. Molla Wague (Watford)

Nilai: £4.5 juta
Posisi: Pertahanan
Pendapat kami: Abaikan

Musim lalu, Molla Wague tampil hanya sekali untuk Leicester City dalam kekalahan kepada Milwall dalam pertandingan Piala FA.

Sukar untuk membayangkang Wague akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama Watford.

Photo : Dave Winter / Icon Sport

14. Renato Sanches (Swansea City)

Nilai: £5 juta
Position: Pemain tengah
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Jika anda bercadang untuk membawa Sanches ke dalam pasukan FLP anda, ia mempunyai risiko yang sama seperti Krychowiak. Tetapi siapa yang tidak teruja dengan kehadiran prospek Portugal ini di EPL?

Pertama sekali ialah kerana tiada siapa yang menjangkakan Sanches akan memilih Swansea selepas menyertai Bayern Munich musim lalu. Kedua, Sanches tiba di Swansea untuk menutup mulut pengkritiknya.

Anak muda ini mempunyai banyak perkara untuk dibuktikan di Swansea.

(Photo by Simon Hofmann/Getty Images)

15. Tim Krul (Brighton & Hove Albion)

Nilai: £4 juta
Posisi: Penjaga gol
Cadangan kami: Wajar dipertimbangkan

Tim Krul tiba di Brighton sebagai penjaga gol kedua di belakang Matt Ryan. Namun jika keputusan tidak memihak kepada pasukan tersebut, Chris Hughton pasti akan beralih kepada penjaga gol dari Belanda ini.

Bekas penjaga gol Newcastle ini kaya dengan pengalaman bola sepak Inggeris termasuk EPL. Pada nilai £4 juta, Krul adalah pilihan terbaik untuk bajet yang rendah.

(Photo by VI Images via Getty Images)

16. Orestis Karnezis (Watford)

Nilai: £4.5m
Posisi:
Penjaga gol
Pendapat kami: Abaikan

Heurelho Gomes adalah pilihan No.1 untuk berada di hadapan gawang Watford tanpa sebarang persaingan untuk beberapa musim. Oretis Karzenis tiba untuk tujuan itu.

Namun buat masa ini, Gomez adalah pilihan utama melainkan kecederaan dan kemeruduman prestasi menjadi penyebab untuk Karnezis diberikan peluang.

(Photo by Federica Roselli/NurPhoto via Getty Images)

Rumusan

Lakukan pilihan anda dengan bijak. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas mata pasukan anda.

Selamat berhujung minggu dan terus setia membaca artikel-artikel terkini, perkembangan bola sepak dari dalam dan luar negara, eksklusif untuk anda hanya di Semuanya BOLA!

Sumber:

1. Oliver Young-Myles, Squawka (2017): Sign or swerve? How to play the Premier League’s deadline day signings on fantasy football; http://www.squawka.com/news/sign-or-swerve-how-to-play-the-premier-leagues-deadline-day-signings-on-fantasy-football/988215#vlXUIxtXi62uC0JP.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN