14 Penganjur Liga Negeri & Liga Sosial Bentuk Liga M5

Siang tadi satu lagi sejarah dicatatkan di dalam bola sepak negara apabila sebanyak 14 penganjur liga komuniti dan liga sosial dari seluruh negara menyertai divisyen ke-5 bola sepak negara yang dikenali sebagai Liga M5.

Majlis menandatangani perjanjian di antara 14 penganjur dan Football Malaysia LLP (FMLLP) telah diadakan di Hotel Forest City, Johor dn turut disaksikan oleh YAM Tunku Abu Bakar Iman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Sumber: FMLLP, Facebook

FMLLP turut mengesahkan daripada 14 penganjur tersebut, 9 daripadanya adalah dari sekitar Lembah Klang.

Manakala dua lagi penganjur yang terlibat ialah dari Terengganu dan masing-masing satu dari Johor, Melaka dan juga Pahang.

14 penganjur Liga M5 tersebut ialah:

1. DD League (Cheras, Kuala Lumpur)
2. Liga Komuniti Puchong (Puchong, Kuala Lumpur)
3. Shah Alam League (Klang, Selangor)
4. Subang Football League (Subang, Selangor)
5. Sunrize Community League (Sungai Buloh, Selangor)
6. Klang Valley League (Shah Alam, Selangor)
7. Liga PBKL DIV 1 (Kuala Lumpur)
8. South Selangor League (Shah Alam, Selangor)
9. Selangor Social Premier League (Shah Alam, Selangor)
10. Melaka Div 1 – Melaka FA (Melaka)
11. Pahang Div 1 – Pahang FA (Pahang)
12. Piala Sultan – Johor FA (Johor)
13. Liga PBSNT – Terengganu FA (Terengganu)
14. Terengganu Amateur League (Terengganu)

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata Liga M4 & M5 ini diadakan bagi menyediakan hala tuju liga negeri dan liga sosial dalam bola sepak Malaysia.

Perancangan selama 10 tahun ini dapat meningkatkan penglibatan pemain amatur serta meningkatkan tahap prestasi mereka sekaligus meningkatkan ‘pool’ pemain tempatan.

FMLLP juga mensasarkan pasukan-pasukan Liga M5 ini dapat dipromosikan ke Liga M4, Piala FAM, 100PLUS Liga Premier Malaysia dan seterusnya ke unifi Liga Super Malaysia.

Idea tambahan dua lagi divisyen dalam hierarki bola sepak negara dikenali sebagai Liga M4 dan M5 ini adalah cetusan misi dan visi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda yang juga merupakan Pengerusi FMLLP sebelum ini pernah berkata mahukan bola sepak dikembalikan kepada rakyat.

Dengan ini bolasepak Malaysia kini menjadi inklusif dan bukan eksklusif sekaligus membenarkan lebih banyak pasukan akan diwujudkan pada masa hadapan.

Secara tidak langsung ini akan membuka lebih banyak peluang penghasilan pemain yang lebih ramai serta melibatkan lebih ramai rakyat terlibat di dalam pembangunan bola sepak di dalam negara.

Liga M5 akan bermula pada tahun ini dengan juara setiap penganjur dijangka akan membentuk Liga M4 pada 2019.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN