13 Pemain Import Terawal Yang Pernah Mewarnai Premier League

Selepas hampir 30 tahun dijenamakan semula, Premier League telah menampilkan ramai pemain asing daripada 65 buah negara.

Jika pada hari ini nama-nama seperti Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Romelu Lukaku, Son Heung-Min, Bruno Fernandes, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi beraksi di liga yang dianggap antara paling sukar di dunia, 29 tahun lalu hanya 13 pemain asing yang memperagakan bakat masing-masing di sini.

Siapakah 13 pemain import pertama yang memperagakan aksi mereka di EPL?

1. John Jensen (Arsenal)

(Photo by John Stillwell – PA Images/PA Images via Getty Images)

Selepas kempen yang menakjubkan bersama Denmark dalam kejohanan Euro 92′, Jensen dibawa oleh George Graham untuk memperkuatkan bahagian tengah The Gunners.

Jensen menjaringkan gol yang menakjubkan dalam perlawanan akhir Euro 92′ untuk negaranya menentang Jerman, namun memerlukan 2 tahun untuk menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal.

Satu-satunya jaringan Jensen untuk Arsenal adalah dalam perlawanana menentang QPR.

Walaupun Arsenal sekadar menduduki tangga ke-10 EPL pada musim 1992/93, Jensen membantu Arsenal untuk memenangi Piala FA dan juga Piala Liga (kini Piala EFL) pada musim tersebut.

Kini, John Jensen adalah pengurus Fremad Amager, sebuah kelab bola sepak di Denmark.

2. Anders Limpar (Arsenal)

(Photo by Dave Munden – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Pemain sayap Sweden ini membantu Arsenal memenangi Liga Inggeris terakhir sebelum ianya dijenamakan semula. Namun demikian, hubungan Limpar dengan George Graham bertukar dingin sebelum sepak mula EPL musim pertama.

Musim 1992/93 adalah musim penuh terakhir buat Anders Lumpar bersama Arsenal selepas beliau jarang diturunkan oleh Graham. Limpar menyertai Everton pada Januari 1994.

3 tahun di Everton, Limpar membantu pasukan tersebut memenangi Piala FA pada 1995, sebelum mengakhiri karier profesional beliau bersama Birmingham City.

Kini Anders Limpar menetap di Stockholm dan memiliki pelbagai perniagaan termasuklah rangkaian restoran.

3. Robert Warzycha (Everton)

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Pemain sayap lincah Poland ini menyertai Everton dengan tanda harga £500,000 dari Gornik Zabrze, langkah yang dianggap luar biasa oleh Howard Kendall yang lebih gemar akan pemain berbangsa Inggeris sebelum ini.

Robert Warzycha (gambar bawah, kiri) lebih diingati kerana aksinya dalam perlawanan ke-2 EPL musim 1992/93, apabila kelincahannya memberi masalah kepada pertahanan Manchester United, Gary Pallister di Old Trafford.

Everton menang perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0, namun kelibat Warzycha mulai pudar ketika kempen menuju ke penghujung musim.

Robert Warzycha meninggalkan Goodison Park selepas hanya semusim dan mengembangkan karier bola sepaknya di Hungary dan juga Amerika Syarikat.

Warzycha pernah tampil sebagai pengurus kelab Gronik dan juga Columbus Crew.

4. Eric Cantona (Leeds United)

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

‘King Eric’ bukan memulakan era EPL bersama Manchester United, sebaliknya bersama kelab yang berpengkalan di Elland Road, Leeds United.

Malah beliau sempat membantu Leed United menjulang Community Shield apabila menjaringkan hatrik ketika berhadapan dengan Liverpool sebelum sepak mula musim tersebut.

Hubungan Cantona bersama pengurus, Howard Wilkinson di Leeds tidak berapa baik pada ketika itu. Akhirnya Cantona menyertai Manchester United pada 16 November 1992 dan membantu United menjulang kejuaraan liga pertama di bawah kendalian Alex Ferguson.

Kehadiran Cantona sangat penting buat United, terutama untuk membimbing barisan pemain muda yang digelar ‘class of 92” pada era itu.

Selepas bola sepak, Cantona juga menceburkan diri ke dalam bidang lakonan dan merupakan sumber inspirasi pengarah Ken Loach untuk filem ‘Looking for Eric’.

5. Gunnar Hale (Oldham Athletic)

(Photo by Paul Barker – PA Images/PA Images via Getty Images)

Pemain pertahanan rajin dari Norway ini dianggap sebagai antara pemain terbaik yang pernah ditandatangani oleh Joe Royle di Boundary Park.

5 tahun bersama Oldham Athletic, Hale akhirnya menyertai Leeds United pada 1996. Hale turut beraksi untuk Bradford City dan Wolverhampton Wanderers selepas itu.

Oldham Athletic adalah sebuah pasukan yang disegani pada musim 1992/93. Tidak hairanlah mereka mampu menegejutkan Chelsea dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan pembukaan dengan Dave Beasant dan Vinnie Jones antara pemain The Blues.

Hari ini, Gunnar Hale merupakan jurulatih skuad kebangsaan Norway B-17.

6. Ronnie Rosenthal (Liverpool)

(Photo by Paul Marriott/EMPICS via Getty Images)

Pemain ini paling diingati kerana gagal menjaringkan gol ketika gawang terbuka luas, merembat bola ke arah palang dalam perlawanan menentang Aston Villa.

Kepantasan dan kelincahannya merupakan aset untuk Liverppol dari tahun 1990-1994, sebelum menyertai Tottenham dan juga Watford.

Pemain dari Israel ini digantikan oleh Mark Walters ketika perlawanan berbaki 16 minit dalam perlawanan pembukaan EPL, ketika Liverpool tewas 1-0 kepada Nottingham Forest di hadapan kamera ketika siaran langsung pertama yang disiarkan oleh Sky Sport.

Ronnie Rosenthal menjadi seorang ejen bola sepak selepas bersara.

7. Michel Vonk (Manchester City)

(Photo by Paul Marriott/EMPICS via Getty Images)

Pengurus City, Peter Reid memanggil nama beliau sebagai ‘Michael’ kerana tidak mahu pemain pertahanan tengah berbadan sasa ini dipanggil dengan nama ‘Michelle’- seperti nama seorang perempuan.

Vonk tampil sebanyak 103 kali untuk City di antara 1992-1995, dan membentuk kombinasi pertahanan yang jitu bersama Keith Curle.

Selepas Manchester City, Vonk meneruskan kariernya bersama Oldham dan juga Sheffield Wednesday sebelum kembali ke Belanda untuk menamatkan karier profesionalnya.

Michel Vonk kemudian pernah tampil sebagai pengurus kelab Belanda, SC Telstar.

8. Peter Schmeichel (Manchester United)

(Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik sepanjang zaman di era EPL, Sir Alex turut berpendapat Schemeichel adalah antara individu terpenting ketika Manchester United muncul juara liga pada 1993, 1994, 1996, 1997 dan 1999.

Penjaga gol yang sangat vokal dan mempunyai kekuatan fizikal ini yang memenangi kejohanan Euro 92′ bersama Denmark meninggalkan Old Trafford selepas kejayaan merangkul trofi Champions League pada 1999.

Schemeichel kemudiannya beraksi bersama Manchester City dan Aston Villa, dan turut menyaksikan anaknya Kasper Schmeichel merangkul kejuaraan EPL bersama Leicester City pada musim 2015/16.

Peter Schmeichel adalah seorang pengulas sukan yang popular di Denmark, dan kerap kelihatan dalam perlawanan bola sepak membabitkan anaknya Kasper.

9. Andrei Kanchelskis (Manchester United)

Credit: Barrington Coombs – EMPICS / Contributor

Kepantasan dan skill yang dimiliki oleh pemain sayap kanan antarabangsa Rusia ini sangat berkesan dalam sistem 4-4-2 Alex Ferguson.

Ryan Giggs di posisi sayap kiri, manakala Kanchelskis di sayap kanan, pemain ini memerlukan seorang penterjemah untuk bersama Alex Ferguson di bangku simpanan ketika perlawanan.

Kanchelskis meninggalkan Old Trafford pada 1995 untuk memberi laluan kepada David Beckham. Beliau terus beraksi di England bersama Everton, Manchester City dan Southampton selepas itu.

Baru-baru ini, Kanchelskis menerbitkan sebuah buku autobiografi bertajuk ‘Russian Winters’.

10. Craig Forest (Ipswich Town)

(Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Tidak banyak boleh diperkatakan mengenai Craig Forest. Namun penjaga gol berasal dari Canada ini tampil sebanyak 300 kali untuk Ipswich Town dalam semua pertandingan.

Selain daripada Ipswich, Forest turut pernah beraksi bersama Colchester, Chelsea dan juga West Ham.

Kini Craig Forest adalah seorang pengulas sukan yang disegani di Amerika Utara selepas berjaya bertarung dengan penyakit kanser yang dihadapinya.

11. Roland Nilsson (Sheffield Wednesday)

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Bek kanan antarabangsa Sweden ini digelar oleh pengurusnya Ron Atkinson sebagai ‘Mr Dependable’.

Atkinson sangat mempercayai kebolehan Nilsson dan menyifatkan pemain ini sebagai pemain profesional terbaik yang pernah dikendalikannya.

Selain daripada Sheffield Wednesday, Nilsson turut melalui karier yang baik ketika bersama Coventry City.

Kini Roland Nilsson adalah pengurus kepada skuad kebangsaan Sweden B-21.

12. Hans Segers (Wimbledon)

(Photo by Steve Morton/EMPICS via Getty Images)

Penjaga gol berasal daripada Belanda ini adalah sebahagian daripada anggota ‘crazy gang’ yang menganggotai skuad Wimbledon satu masa dahulu.

Walaupun corak permainan Wimbledon disifatkan sebagai ‘jahat’ oleh kebanyakkan pasukan lain di EPL, Segers menganggapnya sebagai ‘semangat dan kesunguhan’.

Hans Segers turut beraksi bersama Nottingham Forest sebelum menyertai Tottenham Hotspur sebagai pemain merangkap jurulatih.

Segers turut didakwa dengan dakwaan mengatur perlawanan pada 1997  namun didapati tidak bersalah.

13. Jan Stejskal (QPR)

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Sebelum Petr Čech, Republic Czech pernah menyaksikan satu lagi penjaga gol membintangi kelab Inggeris di EPL.

Jan Stejskal beraksi untuk negaranya dalam Piala Dunia 1990 dan merupakan penjaga gol kedua di QPR di belakang Tony Roberts sebelum menjadi pilihan utama di Rangers.

Jan Stejskal mempunyai satu masalah. Beliau sukar memahami Bahasa Inggeris.

Sepanjang kariernya Jan Stejskal pernah membantu QPR menewaskan Manchester United di Old Trafford dan juga Liverpool di Wembley.

Beliau meninggalkan QPR pada 1994 dan menamatkan karier profesionalnya di negaranya. Jan Stejskal kemudian dilantik sebagai jurulatih penjaga gol pasukan kebangsaan Republic Czech dan turut instrumental dalam membentuk bakat Petr Čech.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN