Quantcast
13 Pemain Dijual Oleh Inter Milan Terlalu Awal, Harga Tak Setimpal Dan Silap Perkiraan
KAJIAN & FAKTA

13 Pemain Dijual Oleh Inter Milan Terlalu Awal, Harga Tak Setimpal Dan Silap Perkiraan

Thursday, 20 Apr 2017

Ada ramai bintang dijual oleh Inter Milan terlalu awal. Melihat kepada aksi cemerlang Phillipe Coutinho sehingga menjadi pemain regular dalam skuad Brazil.

Beliau turut diintai Barcelona dan banyak lagi kelab besar lain.

Bagi peminat Inter Milan ia bukanlah senario baru yang mereka lihat, sekadar mampu melihat bekas pemain yang dianggap tidak cukup bagus dilepaskan ke kelab lain terlalu awal pada harga yang murah.




Squawka menyenaraikan 13 pemain yang dilepaskan Inter Milan terlalu awal kerana silap perkiraan dan harga yang tidak setimpal.

1. Andrea Pirlo

Bermain di Inter Milan dari 1998-2001. Dilepaskan ke pasukan jiran AC Milan dengan harga £12.6 juta. Ianya selepas mereka merasakan mereka perlukan pemain tengah baru.

Ini kerana Pirlo kurang cemerlang pada 2001. Ketika di AC Milan Pirlo dibangunkan menjadi deep lying playmaker dan menjadi bakat elit dalam bola sepak dunia.

Dan tak lupa, AC Milan pun silap perkiraan, melepaskan Pirlo secara percuma ke Juventus kerana mereka merasakan peak Pirlo sudah menurun.

Di Juventus Pirlo bermain pada tahap terbaik dalam karier beliau.

2. Clarence Seedorf

Hanya 2 tahun di Inter dari 2000-2002, Seedorf juga dijual ke AC Milan. Milan membayar £15.75 juta dengan pakej pemain Francesco Coco.

Alasannya, mereka merasakan tawaran dari AC Milan cukup besar untuk Seedorf.

Coco hanya bermain 26 perlawanan dalam 5 musim di Inter. Seedorf pula menjadi antara pemain terbaik di Eropah dengan 300 penampilan Serie A.

2 kejuaran Serie A dan 2 UCL di dalam kabinet Seedorf.

3. Adriano

Inter Milan melepaskan Adriano ke Parma pada 2002 dengan nilai £8.96 juta.

Mereka merasakan mereka tersilap membeli Adriano dan menyatakan pemain itu tidak seperti yang disangka.

Namun aksi Adriano bersama Parma sangat cemerlang. Dan Inter Milan terpaksa membeli balik pemain itu pada 2004 kerana kekurangan penggempur berbisa.

Namun sayangnya kali ini Adriano gagal untuk memenuhi potensi kerana masalah kecederaan. Inter Milan tersilap menjual beliau ke Parma sebelum itu dan tersilap membeli balik ketika Adriano ada masalah fizikal.

4. Dennis Bergkamp

Dennis Bergkamp antara penjualan paling teruk dalam sejarah Inter Milan. Bergkamp bermain untuk Inter selama 2 musim dari 1993-1995.

Arsenal berjaya membeli raja zon 14 ini dengan nilai £7.9 juta sahaja. Bergkamp mendedahkan dia memang sayangkan Inter.

Namun malangnya era beliau, Inter terlalu kerap bertukar pengurus dan pengurus yang baru akan cenderung mencari pemain baru. Bergkamp dijual untuk dana mendapatkan Maurizio Ganz.

Dennis Bergkamp dijual kerana tidak ada rekod yang baik di Inter. Mana tidaknya, Dennis Bergkamp kerap tercedera dan tidak dibangunkan sebaik-baiknya.

Bergkamp kemudiannya menjadi antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah sama ada untuk Arsenal ataupun Belanda.

5. Roberto Carlos

Roberto Carlos hanya berada di San Siro selama 1 musim. Selepas dianggap bukan pemain yang bagus oleh Roy Hogdson, Carlos dijual ke Real Madrid dengan harga lelong £4.2 juta.

Carlos kurang menjadi di Inter kerana diarahkan bermain posisi tengah menyerang. Bercakap kepada FourFourTwo, Carlos berkata”

“Masalah saya di Inter adalah Roy Hodgson. Dia mahukan saya bermain di posisi menyerang sedangkan saya seorang pertahanan.”

“Saya bercakap dengan Presiden, Massimo Moratti. Akhirnya kami merasakan hanya ada 1 penyelesaian iaitu saya terpaksa keluar dari Inter.”

6. Jocelyn Angloma

Pemain ini hanya bermain 1 musim dan dijual serendah £840,000 ke Valencia. Beliau menjadi antara pemain terbaik dalam sejarah La Liga.

Membantu Valencia menjuarai La Liga dan 2 kali mara ke final UCL.

7. Youri Djorkaeff

Apr 1997: Youri Djorkaeff (left) of Inter Milan in action during a Serie A match against Fiorentina at the San Siro Stadium in Milan, Italy. Mandatory Credit: Allsport UK /Allsport

Selepas 3 musim di Inter, Djorkaeff dijual Kaiserslautern dengan harga £1.05 juta sahaja. Djorkaeff memang pemain utama Inter, Membantu mereka menjuarai UEFA Cup pada 1997-98.

Namun dijual kerana sudah berusia 31 tahun. Ia adalah polisi kelab. Penjualan itu dianggap silap kerana Djorkaeff masih sangat cemerlang bersama Kaiserslautern dan kemudian bersama Bolton Wanderers.

8. Diego Simeone

Simeone bermain untuk Inter selama 2 musim sahaja dari 1997-1999. Beliau dilepaskan ke Lazio dengan harga yang tidak dinyatakan.

Menariknya, Simeone menjadi pemain utama yang membantu Lazio menjuarai Serie A dan Coppa Italia pada musim pertama di sana.

Simeone juga menjaringkan gol ke atas Inter Milan untuk menghalang mereka daripada menjuarai Serie A.

9. Adrian Mutu

Ini antara penjualan mengarut dilakukan Inter Milan. Mereka menjual Mutu hanya dengan harga £2.8 juta ke Chievo Verona.

Mereka menyatakan Mutu tidak cukup bagus walaupun menjaringkan gol dalam debut beliau. Mutu hanya diberikan masa bermain sebanyak 10 perlawanan.

Selepas meninggalkan Inter, Mutu menjadi antara penyerang paling digeruni di Serie A dan Eropah bersama Verona, Parma, Juventus dan kemudiannya Fiorentina.

Pemain ini juga pernah menyertai revolusi biru Abramovich.

10. Fabio Cannavaro

Fabio Cannavaro bermain untuk Inter dari 2002-2004. Beliau kemudiannya dijual ke Juventus dengan harga £7 juta.

Canavaro gagal cemerlang di Inter kerana kerap bermain di posisi lemah. Beliau menjadi antara pemain terbaik dunia selepas itu bersama Juventus dan Real Madrid.

Menjadi satu-satunya pertahanan yang pernah memenangi Ballon d’Or setakat ini.

11. Philippe Coutinho

Coutinho dipantau Inter sejak di bangku sekolah lagi. Dibawa masuk ke Inter pada 2008. Diserao ke dalam akademi.

Selepas 5 musim di Inter, Coutinho masih gagal menjadi pemain utama. Sedangkan Inter Milan terus mencari perancang kreatif di pasaran perpindahan.

Coutinho dijual ke Liverpool pada Januari 2013 hanya dengan harga £9.1 juta. Inter merasakan ia harga yang cukup tinggi untuk pemain yang kurang meyakinkan mereka.

Selepas itu, pemain ini menjadi perancang sensasi di EPL bersama Liverpool. Beliau juga menjadi pemain utama skuad Brazil.

12. Thiago Motta

Selepas 3 musim bersama Inter, Thiago Motta dijual ke PSG dengan harga hanya £8.05 juta.

Pemain ini dijual pada harga yang terlalu rendah. Motta menjadi pemain penting era baru di PSG dan juga dalam pasukan Itali di bawah Conte.

13. Angelo Peruzzi

Dijual kepada Lazio dengan harga £12.53 juta. Pemain ini adalah kesayangan penyokong Inter selepas beliau dibawa masuk menggantikan Van Der Sar.

Selepas dijual ke Lazio, Peruzzi menjadi antara penjaga gol terbaik dalam generasi beliau. Pernah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik Itali.

Memenangi Coppa Italia dan Supercoppa Italiana bersama Lazio.

Baca juga: Chelsea & Tottenham Hotspur Kuasai PFA Team Of The Year, Tiada Pemain Arsenal Tersenarai

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: 13 Pemain Dijual Oleh Inter Milan Terlalu Awal, Harga Tak Setimpal Dan Silap Perkiraan



Berita Bola Yang Menarik