Siapakah pemain daripada 12 pasukan di Liga Super 2021 yang boleh jadi tumpuan sepanjang musim hadapan? Adakah mereka akan mampu menyerlah nanti?
Semuanya BOLA akan ketengahkan seorang pemain daripada setiap pasukan dengan melihat kepada kemungkinan yang pemain tersebut akan menjadi tumpuan sepanjang musim depan. Tidak semestinya mereka boleh menyerlah, ia terpulang pada prestasi.
1. Kuala Lumpur United FC (Romel Morales)
Untuk KL United, pemain import baharu mereka, Romel Morales dilihat wajar menjadi tumpuan. Playmaker ini sebenarnya sangat cemerlang ketika bersama dua buah pasukan yang diwakilinya iaitu PKNS FC dan Melaka United, sejak musim 2018.
Mungkin pengendali, Bojan Hodak melihatnya sebagai fokal kekuatan mereka dan gandingannya bersama kapten, Paulo Josue amat dinantikan dan dijangka boleh meletup. Jika dilihat, kekurangan mereka musim lalu di Liga Premier adalah di tengah.
RASMI: Penang FC Bawa Masuk 'Ubi Muda' Tajikistan, Sheriddin Boboev https://t.co/mPMC8pu0Zm pic.twitter.com/C6gADSwePE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 12, 2020
2. Penang FC (Sheriddin Boboev)
Permata baharu Tajikistan berusia 21 tahun ini mungkin bakal menambah ketajaman jentera serangan Penang FC. Sheriddin Boboev dijangka akan diletakkan di belakang penyerang utama, Casagrande – penjaring terbanyak saingan Liga Premier 2020.
Tak kalah, pemain yang sudah tampil 16 kali bersama skuad kebangsaan Tajikistan itu merupakan pemenang Kasut Emas di Tajikistan Higher League dan turut membantu Istiklol menjuarai liga tersebut pada musim 2019 dengan menghasilkan 16 gol.
3. Sabah FC (Sam Johnson)
Mengikut rekod, penyerang daripada Liberia ada statistik cemerlang di Liga Malaysia antaranya menerusi Kpah Sherman dan Francis Forkey Doe. Selain itu, Sam Johnson juga pernah cuba dipancing Bordeaux dan Lokomotiv Moscow sekitar musim 2015.
Penyerang berusia 27 tahun itu pada awal kariernya merupakan pemain tengah dan telah ditukarkan menjadi penyerang ketika bersama IK Frej, kelab di divisyen 3 Liga Sweden pada 2014. Hasilnya, beliau muncul sebagai penjaring terbanyak buat kelab.
Welcome to Sabah FC Sam Johnson “The Small Boy” 🇱🇷🤝🇲🇾 #SabahFC #KitaGempur #WelcometoSabah #GoalMachine #TheSmallBoy pic.twitter.com/It5VVDh0ZP
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) February 20, 2021
4. Melaka United (Wan Zaharulnizam Zakaria)
Jika Melaka United menggunakan formasi 4-4-2 dan menggunakan kekuatan jentera sayap, inilah musim yang Wan Zaharulnizam mungkin sangat nantikan. Beliau bakal beroperasi di sebelah sayap kiri skuad Hang Tuah. Mengapa musim terbaik buatnya?
Jika dilihat, termasuk Sony Norde, mereka telah membawa masuk dua lagi penyerang import iaitu Alex Goncalves dan Stefan Nikolic. Ini mungkin akan menolak Sony Norde ke posisi asalnya, pemain tengah menyerang dan untuk memaksimakan penggunaan ketiga-tiga pemain, formasi yang disebut di atas adalah yang paling sesuai.
5. Sri Pahang FC (Zarif Irfan Hashimuddin)
Penjaga gol yang seharusnya diperhatikan sejak sekian lama. Zarif Irfan cemerlang ketika bersama PKNS FC sehingga mendapat panggilan bersama skuad kebangsaan. Begitupun, beliau masih belum meraih sebarang penampilan bersama Harimau Malaya sehingga kini. Kariernya agak terumbang ambing selepas PKNS FC ‘berkubur’.
Sejak 2016, Helmi Eliza kurang mendapat saingan selaku pemain nombor 1 Sri Pahang dan pada musim lalu, beliau dicabar bekas penjaga gol skuad kebangsaan, Sharbinee Allawee. Kemasukkan Zarif Irfan menandakan akan berlaku transisi untuk posisi itu.
Sri Pahang Bawa Masuk Zarif Irfan Sebagai Pencabar Helmi Eliza? https://t.co/Fp4WwHkHsY pic.twitter.com/vtGDfvflED
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 29, 2020
6. PJ City FC (R. Kogileswaran)
Skuad yang bakal menampilkan pemain tempatan, PJ City FC mungkin kekurangan ‘watak’ yang berkualiti. Namun, mereka masih memiliki beberapa pemain yang mampu membantu melonjak mereka yang bakal dikemudi bekas jurulatih Selangor, P. Maniam.
Pemain yang sentiasa dijadikan pemain gantian, R. Kogileswaran mungkin bakal merasai musim terbaiknya. Sebagai seorang penyerang, pasukan tanpa pemain import sebegini akan memberikannya masa bermain yang lebih banyak dan tampil menyerlah.
7. UiTM FC (Dominik Picak)
Penjaga gol kedua dalam senarai ini, Dominik Picak menyertai UiTM FC sebagai pilihan utama di gawang The Lions untuk musim depan. Produk kelab gergasi Croatia, Dinamo Zegreb ini adalah penjaga gol import kedua mereka selepas tampil dengan penjaga gol utama skuad kebangsaan Kyrgyzstan, Pavel Matyash pada 2016.
Satu kelebihan utama, Dominik Picak sangat bagus dalam situasi satu lawan satu, aspek yang pastinya membantunya di Liga Malaysia dan juga UiTM FC. Dengan berketinggian 195 meter, dijangka beliau mampu menjadi pemain penting mereka.
⭐Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super : Shahrel Fikri (Perak FA)
⭐Penjaring Terbanyak Import Liga Super : Ifedayo (Selangor FA)
⭐Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier: Danial Asri (Selangor FA)
⭐Penjaring Terbanyak Import Liga Premier: Casagrande (Penang FA)
— Empayar Bola (@empayarbola) December 30, 2020
8. Selangor FC (Shahrel Fikri)
Sejujurnya, Selangor FC memiliki ramai pemain yang bagus pada musim depan. Namun, kita pastinya lebih teruja untuk melihat gandingan peledak import, Ifedayo Olusegun dan peledak tempatan terbaik musim lalu beraksi untuk Selangor.
Jika di Perak FC, Shahrel Fikri berjaya mengetepikan Guilherme de Paula selaku penjaring utama pasukan, adakah beliau akan berjaya pula menghentikan mesin gol The Red Giants ini nanti? Prestasi Shahrel Fikri akan jadi perhatian musim depan.
9. Perak FC (Leandro)
Sejujurnya selepas pemergian Brendan Gan, Perak FC tidak lagi boleh kehilangan mana-mana pemain utama. Namun, akhirnya mereka kehilangan Shahrel Fikri. Pasti ramai yang mahu melihat gandingan bek tengah, Shahrul Saad dan Shakir Hamzah.
Namun, perhatian juga harus terarah kepada ‘budak nakal’, Leandro yang mungkin akan disandarkan harapan sebagai tunjang kekuatan The Bos Gaurus. Bekas pengendali Perak, Mehmed Durakovic melabelnya seorang pemain yang berbudi bahasa di luar padang selain tidak pernah kenal erti putus asa dalam padang.
RASMI: Petrus Shitembi Sertai Terengganu FC, Kenapa Digelar 'Dancing Shoes'? https://t.co/bgZ1MFZDDu pic.twitter.com/IzP9rt3KEf
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 28, 2020
10. Terengganu FC (Petrus Shitembi)
Skuad Terengganu FC yang ‘baharu’ akan mengharapkan sentuhan pemain yang digelar ‘The Dancing Shoes’ ini untuk melancarkan asakan ke kubu lawan. Tiada lagi inspirasi kapten, Lee Tuck untuk merencana gerakan mereka pada musim depan.
Semua tahu, menari ada lenggok-lenggok tertentu dan begitu juga Petrus Shitembi. Di tengah padang, beliau seakan-akan menari apabila bola berada di kakinya. Anda boleh melihat kompilasi skil dan pergerakannya bersama Sabah musim lalu di SINI.
11. Kedah Darul Aman FC (Kpah Sherman)
Tak sah jika bercakap tentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), tetapi melupakan Kpah Sherman. Musim lalu beliau meledak enam gol dalam 11 penampilan. Gandingannya bersama Kipre Tchetche mampu menghadirkan gerun kepada benteng lawan.
Adakah dengan kehadiran Rabih Ataya pada musim depan bakal menambah sengat kepada jentera serangan skuad Hijau kuning? Rangkaian Kipre Tchetche, Kpah Sherman dan Rabih Ataya dilihat ampuh dan menarik untuk dilihat ‘kemampuannya’.
Coach Cheng Hoe will surely call Ramadhan Saifullah for the next #HarimauMalaya call-up. That kid is bloody confident, and that second goal from him was bloody brilliant. I hope he remains rooted and just focuses on the game. Savadi (superb) performance! #JDTSEL #MSL2020
— T. Avineshwaran (@avineshW90) September 19, 2020
12. Johor Darul Ta’zim (Ramadhan Saifullah)
Adakah pemain berusia 20 tahun, Ramadhan Saifullah akan meneruskan langkah baiknya seperti musim pengenalannya ke Liga Super musim lalu. Namun, apa nasibnya dengan adanya Safawi Rasid dan kemasukkan Mohamadou Sumareh?
Beliau pernah beraksi untuk JDT III dan JDT IV, sebelum diserap ke JDT II pada 2019. Di usia 18 tahun, kelincahan beliau dapat dilihat oleh bekas ketua jurulatih JDT II, Ervin Boban dan terus diserap ke JDT II. Dan kini, beliau sudah berjaya memikat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk mendapat panggilan pertamanya.
Penutup
Jadi, bagaimana dengan pilihan 12 pemain yang dijangkakan akan menjadi tumpuan di saingan Liga Super musim depan? Anda bersetuju atau ada nama lain yang berlegar di minda anda saat ini. Tidak semestinya mereka akan menyerlah, namun sewajarnya mereka adalah pemain tumpuan buat pasukan masing-masing, musim depan.