Belum ada tanda-tanda Cristiano Ronaldo untuk memperlahankan naluri pemusnahnya selepas beliau terus melebarkan rekod jaringannya di peringkat antarabangsa dengan menjaringkan gol ke-112 ketika Portugal menewaskan Qatar 3-0 dalam aksi persahabatan.
Penyerang Manchester United itu menyumbat gol pertama pasukannya pada separuh masa pertama menerusi satu tolakan mudah selepas menerima hantaran dari tandukan Diogo Dalit dari sebelah kanan untuk menggegarkan sorakan penyokong di Estadio Algarve.
Pemain yang sudah mencecah usia 36 tahun itu memecahkan rekod 109 gol milik penyerang Iran, Ali Daie pada bulan lalu.
Beliau kini telah mengumpul 181 kaps antarabangsa dan berupaya untuk memintas rekod legenda bola sepak Malaysia, Soh Chin Ann yang membuat 195 penampilan yang yang mana rekod tersebut baru sahaja disahkan oleh FIFA sebelum ini.
Rekod Soh Chin Aun Mungkin Tak Bertahan Lama, Ronaldo Berpeluang Cerah Memintas
Portugal menambah dua gol lagi pada awal dan penghujung babak kedua menerusi Jose Fonte dan Andre Silva.
Jurulatih A Salecao, Fernando Santos turut memberi peluang kepada penyerang AC Milan, Rafael Leao untuk membuat debutnya bersama skuad kebangsaan Portugal apabila dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Ronaldo.