11 Saat Untuk Eriksen, Siapakah Penjaring Terpantas EPL Sepanjang Zaman?

11 saat. Apakah kebiasaan yang boleh anda lakukan di dalam kehidupan seharian yang mengambil masa kurang dari 11 saat?

Bolehkah anda mengikat tali kasut kurang daripada 11 saat? Atau bolehkah anda mengikat tali leher sebelum menuju ke pejabat di dalam tempoh 11 saat?

Bagi sesetengah perkara, 11 saat itu adalah tempoh yang sangat pantas. Rekod dunia bagi larian acara 100 meter dunia dimiliki oleh Usain Bolt dengan catatan masa 9.58 saat. Pantas bukan?

Bagaimana dengan bola sepak? Christian Eriksen hanya memerlukan 11 saat untuk meletakkan Tottenham Hotspur di hadapan dalam kemenangan 2-0 ke atas Manchester United pada awal pagi tadi.

Adakah gol tersebut merupakan gol terpantas di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL). Di manakah jaringan Eriksen jika dibandingkan dengan gol-gol pantas lain yang pernah dihasilkan di EPL?

1. Ledley King (2000); Bradford 3 Tottenham Hotspur 3

Sebelum jaringan Eriksen yang memerlukan 11 saat untuk meletakkan Tottenham Hotspur di hadapan, Ledley King hanya memerlukan 10 saat untuk meletakkan pasukan yang sama di hadapan ketika menentang Bradford.

Spurs pada satu ketika hanya berupaya mengutip 1 mata daripada 8 perlawanan di tempat lawan pada musim tersebut.

Spurs memulakan perlawanan melalui sepak mula dalam perlawanan menentang Bradford. Hantaran ke belakang daripada bahagian tengah padang, disusuli oleh satu hantaran jauh dari pemain tengah Spurs.

Selepas satu tandukan yang kurang kemas daripada pertahanan Bradford, bola tersebut jatuh ke kaki Ledley King yang kemudiannya melakukan rembatan dari jarak kira-kira 30 meter dari gawang Bradford.

Percubaan tersebut sedikit terbias selepas terkena pemain pertahanan Bradford, sekaligus mengelirukan penjaga gol, Matthew Clarke untuk Ledley King mencatat rekod sebagai penjaring gol terpantas di dalam sejarah 25 tahun EPL.

2. Alan Shearer (2003); Newcastle 2 Man City 0

Bekas penyerang England dan Blackburn Rovers ini hanya memerlukan 10 saat untuk menjaringkan gol pertama Newcastle United dalam perlawanan menentang Manchester City di tempat sendiri, menyamai rekod yang dilakukan oleh King pada 2000.

Sepak mula perlawanan dimulakan oleh Manchester City, dan bola lantas dihantar ke belakang menuju penjaga gol, Carlo Nash yang mengawal gawang City pada ketika itu.

Ia sepatutnya rutin mudah buat Nash untuk pantas melakukan hantaran jauh mencari pemain-pemain City yang lain di atas padang.

Namun demikian, sepakan clearance kurang kemas oleh Nash menyebabkan Shearer merampas bola daripada kawalan penjaga go, tersebut sebelum menolak bola ke arah gawang gol yang kosong.

Di dalam bola sepak moden, Shearer melakukan high pressing ke arah Carlo Nash untuk memungkinkan gol tersebut.

3. Mark Viduka (2001); Charlton 1 Leeds 2

Perlawanan yang diadakan pada 17 Mac 2001 ini menyaksikan Charlton Athletic belum pernah ditewaskan selepas tiga bulan menuju 2001. Namun perlawanan di The Valley itu terus menjadi panas apabila Mark Viduka hanya memerlukan 11 saat untuk meletakkan Leeds United di hadapan.

Bermula daripada sepak mula, David Batty melakukan hantaran kepada Ian Harte yang terus melakukan hantaran jauh yang tampak seperti tidak mengancam kubu Charlton.

Namun Alan Smith berjaya menguis bola ke ara Viduka yang kemudiannya memerlukan satu sentuhan sebelum melepaskan rembatan menewaskan Sasa Ilic untuk meletakkan Leeds di hadapan.

Mandatory Credit: Alex Livesey/ALLSPORT

 

 

4. Dwight Yorke (1995); Coventry 0 Aston Villa 3 

Penyerang antarabangsa Trinidad & Tobago, Dwight Yorke mulai memperagakan aksi di bola sepak Inggeris pada 1989 bersama Aston Villa.

Dalam satu perlawanan EPL pada 1995, Yorke mencipta nama untuk dirinya sebagai antara penjaring terpantas di EPL dengan catatan masa 13 saat untuk Aston Villa.

Terus daripada sepak mula, Mark Draper berjaya mencari Ian Taylor di sebelah sayap kanan serangan Villa.

Hantaran cantik oleh Taylor kemudiaanya disempurnakan oleh Yorke sebelum Savo Milosevic melengkapkan kemenangan 0-3 Villa dengan 2 lagi gol pada babak akhir separuh masa kedua.

Mandatory Credit: Ben Radford/Allsport

5. Chris Sutton (1995); Everton 1 Blackburn 2 

Chris Sutton dan Alan Shearer merupakan gandingan penyerang yang digeruni ketika bersama Blacburn Rovers.

Perlawanan menentang Everton di Goodison Park pada April 1995 merupakan antara perlawanan terpenting bagi mereka dalam misi memburu kejuaraan EPL pada musim tersebut.

Gol Sutton 13 saat selepas perlawanan bermula merupakan antara gol terpenting di dalam sejarah kelab berkernaan. Selain daripada menambah keyakinan pemain dan penyokong, ia memastikan Blackburn berada di landasan kejuaraan pada musim tersebut.

Penutup

Di manakah gol 11 saat Christian Eriksen di dalam senarai gol terpantas di EPL? Ia bukan gol terpantas di EPL, namun cukup untuk ia dikira sebagai antara tiga gol terpantas bersama-sama jaringan Mark Viduka pada 2001 untuk Leeds United.

Bekas pengadil Graham Poll menganggap jaringan itu tidak seharusnya dikira oleh pengadil perlawanan kerana kedudukan Harry Kane yang berada di kawasan padang Manchester United sebelum sepak mula diambil.

Perdebatan akan terus menjadi perdebatan, namun tidak ada sesiapa boleh mengambil tiga mata daripada Tottenham Hotspur. Oleh itu, kami yakin bahawa jaringan Eriksen selayaknya diiktiraf sebagai jaringan ketiga terpantas di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN