Walaupun baru beraksi satu musim dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), penyerang kebangsaan Liberia iaitu Abu Kamara tampil dengan kualiti yang cukup menyakinkan.
Tampil selaku penyerang import untuk Kuching City, kehadiran Kamara jelas memberi impak sangat besar buat serangan pasukan tersebut sepanjang aksi Liga Premier 2022 berlangsung.
PEMENANG 🏆 ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2022
PENJARING TERBANYAK LIGA PREMIER 2022
ABU KAMARA (KUCHING CITY FC) 🟩⬜️#ABK22 pic.twitter.com/muaF9f9L47
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 15, 2022
Bersama Kuching City, Kamara telah pun meledak 11 gol secara keseluruhan dan sekali gus mengesahkan diri sebagai penjaring terbanyak Liga Premier musim ini.
Disebabkan itu, Kamara berjaya merangkul gelaran Penjaring Terbanyak Liga Premier dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2022.
Selain meledak 11 gol untuk persaingan Liga Premier, penyerang profilik ini juga telah membuktikan kemampuan beliau untuk mencabar pasukan elit selepas tampil garang dalam saingan Piala Malaysia untuk meledak satu jaringan.
Seperti diketahui kebanyakan penyerang dari Liberia yang menyertai Liga-M sering tampil dengan prestasi mengujakan para peminat dan konsisten membantu setiap kelab diwakili.
1️⃣1️⃣ gol dicatat oleh penyerang @OfficialKCFC, Abu Kamara untuk muncul penjaring terbanyak Liga Premier 2022!
Jom saksikan kompilasi kesemua jaringan Kamara dalam saingan liga musim ini. 🔥#LigaPremier2022 pic.twitter.com/KLzh1GB0xK
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 16, 2022
Pada suatu ketika pemain seperti Francis Forkey Doe, Patrick Ronaldinho Wleh, dan Zah Rahan Krangar antara yang pernah menghiasi bola sepak negara menerusi aksi positif mereka di posisi serangan.
Untuk generasi terkini, jelas Kpah Sherman menjadi import serangan paling menyerlah yang berasal dari Liberia menerusi impaknya bersama Terengganu musim ini.
Kamara dilihat mempunyai peluang yang sama untuk terus mencipta nama beliau dalam Malaysia, berdasarkan usianya masih muda dan catatan rekod musim ini yang dianggap sangat cemerlang.
Kelebihan beliau yang bijak menghidu peluang dalam petak penalti serta membantu rakan sepasukan lain membuka ruang serangan, menjadikan Kamara sebagai aset penting dalam sistem permainan yang diterapkan oleh Irfan Bakti Abu Salim bersama Sulaiman Hussin.
Persoalannya, adakah Kuching City akan mengekalkan Kamara dalam perancangan mereka musim hadapan?
Berdasarkan rekod penyerang berusia 25 tahun tersebut musim ini, pastinya sudah banyak pasukan-pasukan lain mula memantau Kamara untuk dibawa masuk pada saingan hadapan.
Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022
Abu Kamara sah menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Premier 2022 dengan 11 jaringan.#kuchingcityfc #cityofunity #lsc #yakult #fitogether #khaimalborneo #malaysiaairlines #capsulesportrehab #grabngoburger #atfsporttaping pic.twitter.com/OaCISSGnHA
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) October 3, 2022
Tambahan pula, Kamara juga merupakan salah seorang pemain kebangsaan buat Liberia dan ini pastinya menaikkan lagi nama beliau dalam pasaran pemain.