10 ‘Wonderkid’ Football Manager 2007: Di Mana Mereka Sekarang?

Dalam bola sepak, istilah wonderkid diberikan kepada para pemain muda yang dijangka bakal menjadi pemain yang cukup berjaya apabila sudah sampai tempoh matang.

Ada yang berjaya dibangunkan dengan baik, malah ada yang tidak.

Selepas 10 tahun, kami mencari semula 10 daripada banyak pemain yang digelar sebagai wonderkid permainan Football Manager 2007 (FM07).

Di mana mereka sekarang?

Julio Baptista

Pemain Brazil yang bermula sebagai pemain tengah bertahan ini memulakan kariernya di Sao Paolo sebelum dilamar oleh Sevilla.

Apabila di Sevilla, beliau bermain sebagai penyerang dan cukup tajam di depan gol. Hasilnya, perpindahan ke Real Madrid menjadi ganjaran.

Namun kegagalan mendapatkan tepat di Real Madrid mendorong kepada pinjaman di Arsenal dan selepas itu dilepaskan ke AS Roma, Malaga dan Cruzeiro.

Kini, Baptista bermain untuk Orlando City di Major League Soccer.

Manuel Fernandes

Fernandes adalah 1 diantara ramai produk dari akademi Benfica dan ketika remaja, beliau adalah salah seorang yang dijangka bakal menjadi bintang utama bola sepak.

Namun begitu entah di mana silapnya, Fernandes gagal menyerlah seperti yang diharapkan.

Beberapa siri pinjaman ke Everton, Valencia, Portsmouth dan Besiktas gagal menjadikan pemain ini memenuhi potensi sebenar beliau.

Kini, Fernandes bermain untuk kelan Rusia – Lokomotiv Moscow.

Luka Modric

Modric turut digelar sebagai wonderkid ketika usia remaja beliau.

Bermula dari Dinamo Zagreb di Croatia, beliau dipinjamkan ke 2 kelab sebelum berpindah ke Tottenham Hotspur.

Di England, nyata bakat beliau semakin menyerlah dan menyerlah. Akhirnya, pada 2012 beliau memperoleh perpindahan ke Real Madrid.

Di Real Madrid, beliau menjadi sebahagian daripada watak penting pasukan itu dan beliau baharu saja memenangkan gelaran UEFA Champions League ke-12 buat kelabnya itu.

Sergio Ramos

Ramos turut digelar sebagai wonderkid dalam permainan FM07. Beliau merupakan antara prospek muda terhangat di Sevilla ketika zaman mudanya.

Bermain Sevilla B dan Sevilla dari tahun 2003 hingga 2005, Ramos berhijrah ke Real Madrid dan kini masih lagi kekal di kelab tersebut sebagai kapten kelab.

Sergio Aguero

Aguero memulakan karier beliau di Independiete di Argentina sebelum ke pasukan yang terkenal menghasilkan penyerang bertaraf dunia – Atletico Madrid.

Di Atletico, 74 gol dari 175 penampilan menjadikan beliau antara penyerang yang cukup tajam walaupun masih lagi muda.

Hasilnya beliau memperoleh perpindahan ke Manchester City ketika era baharu mereka dan masih lagi kekal di kelab tersebut.

Steven Taylor

Pemain yang menyerahkan hampir keseluruhan kariernya bersama Newcastle United ini mempunyai jalan yang sedikit berbeza dengan wonderkid lain.

Beliau memilih untuk setia bersama kelabnya untuk 13 tahun sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pihak kelab.

Kini, Taylor beraksi bersama-sama Ipswich Town.

Raul Garcia

Pemain akademi Osasuna juga merupakan antara wonderkid FM07 yang berjaya dalam karier beliau.

Selepas beraksi dengan cemerlang bersama Osasuna dan Osasuna B, Garcia berpindah ke Atletico Madrid dan melakukan 216 penampilan bersama kelab tersebut.

Kini menjangkau usia 30 tahun, beliau masih lagi bermain dengan salah satu kelab utama di Sepanyol – Athletic Bilbao.

Solomon Kalou

Kemuncak karier pemain berasal dari Nigeria ini adalah apabila beraksi untuk Chelsea sekitar tahun 2006 hingga 2012.

Kalou memulakan karier di Eredivisie bersama-sama Feyenoord dan pernah dipinjamkan ke Excelsior sebelum ke Chelsea.

Selepas Chelsea, Kalou bermain di Lille di Ligue 1 dan kini di Bundesliga bersama-sama Hertha Berlin.

Freddy Adu

Beliau merupakan wonderkid paling gagal dalam sejarah bola sepak.

Menjadi pemain termuda yang memperoleh kontrak profesional di Major League Soccer, Adu gagal menghidupkan potensi beliau akibat tekanan yang diberikan kepada beliau sebelum usia.

Adu kini sudah tidak bermain bola sepak secara profesional. Di sini kami senaraikan kesemua kelab yang pernah disertai beliau:

  • DC United
  • Real Salt Lake
  • Benfica
  • AS Monaco (pinjaman)
  • Belenenses (pinjaman)
  • Aris (pinjaman)
  • Caykur Rizespor (pinjaman)
  • Philadelphia Union
  • Bahia
  • Jagodina
  • KuPS
  • KuFu-98 (pinjaman)
  • Tampa Bay Rowdies

Lionel Messi

Jika Adu merupakan wonderkid paling gagal, Messi pula wonderkid yang paling berjaya!

Bermain di pasukan remaja Newell’s Old Boys di Argentina, Barcelona datang menjemput untuk ke Eropah pada usia yang cukup muda.

Bakatnya dibangunkan dengan rapi oleh Barcelona dan nyata ia cukup berbaloi. Messi kini menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini.

Jumlah kejuaraan domestik dan Eropah yang tak terkira banyaknya dan juga 5 kali gelaran Ballon d’Or menjadikan beliau pemain yang cukup berjaya yang pernah digelar sebagai wonderkid di FM07.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN