10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo telah memecahkan pelbagai jenis rekod di dalam bola sepak sepanjang kariernya.

Malah sukar untuk menyatakan mana satukah di antara rekod tersebut yang boleh dianggap terbaik.

Namun selepas beberapa penilaian, berikut adalah antara 10 rekod terhebat yang pernah dihasilkan oleh bintang Portugal itu menurut portal GIVEMESPORT.

10. Pemain terpantas La Liga capai 200 gol (178 perlawanan)

Kita mulakan dengan karier hebatnya bersama Real Madrid. Ia seperti Los Blancos adalah di mana Ronaldo menjadikan La Liga itu ibarat taman permainan peribadi.

Beliau menjaringkan 200 gol dari 178 perlawanan dengan purata 1.12 gol untuk setiap 90 minit. Ia adalah rekod yang sukar ditandingi oleh sesiapa pun setakat ini.

9. Gol terbanyak dijaringkan di separuh akhir Champions League (13 gol)

Pemain terbaik akan membuktikan kemampuanyya di pentas terbesar, dan ungkapan ini amat bertepatan dengan Ronaldo.

Semakin ke penghujung saingan, sepatutnya cabaran itu semakin sukar, namun sifat itu berbeza buat pemain seperti Ronaldo.

Kali terakhir Ronaldo beraksi di separuh akhir pertandingan ini, beliau menjaringkan hatrik menentang Atletico pada musim 2016/17.

8. Gol terbanyak dijaringkan oleh pemain Man Utd dalam 38 perlawanan semusim (31 gol, 2007/08)

Jumlah 31 gol pada musim 2007/08 adalah jauh dibandingkan dengan musim-musim yang dilalui oleh Ronaldo selepas itu.

Sebagai perbandingan, Ronaldo pernah menghasilkan 48 gol dalam tempoh semusim di La Liga bersama Real Madrid.

Namun rekod bersama Manchester United wajar dibanggakan atas tanggapan Premier League adalah liga paling sukar di dunia.

Manchester United mempunyai ramai penyerang hebat sepanjang sejarah penubuhan.

Namun hakikatnya Ronaldo adalah pemeang penjaring terbanyak dalam semusim member gambaran kepada kebolehan sebenar dari pemain Portugal ini.

7. Paling kerap menjaringkan gol Champions League di tempat lawan (12 perlawanan)

Tidak mudah beraksi di tempat lawan, apatah lagi jika ia adalah pertandingan Eropah.

Namun bakat dan kebolehan oleh Ronaldo tidak memberi sebarang masalah kepada beliau untuk menjaringkan gol di tempat lawan.

Dan beliau telah melakukannya dalam 12 perlawanan eropah secara berturut-turut.

6. Pemain pertama menjaringkan 30 gol ke atas selama enam musim berturut-turut di liga utama eropah

Bukanlah mahu membandingkan. Tetapi pemain sehebat Messi pun pernah menjaringkan gol di bawah angka 30 gol semusim (28 gol pada 2013/14, dan 26 gol pada 2015/16).

Tetapi tidak Ronaldo. Diantara 2010/11 sehingga 2015/16, kapten Portugal tersebut menjaringkan lebih daripada 30 gol pada setiap musim dan menghasilkan 234 gol dari 207 perlawanan.

Malah Ronaldo turut menghasilkan lebih dari 40 gol dalam tiga daripada enam musim tersebut.

5. Pemain terpantas menjaringkan 350 gol di lima liga utama Eropah

Ini sudah pasti akan menjadi satu rekod yang akan mengambil masa yang lama untuk dipintas oleh sesiapa pun.

Messi atau Gerd Muller sekali pun tidak akan boleh menandingi rekod yang dihasilkan oleh Ronaldo bersama Real Madrid di semua pertandingan.
350 gol dalam 338 perlawanan pertama bersama Real bermakna perpindahan bernilai £80 juta dari Old Trafford sebelum ini adalah jauh lebih dari berbaloi.

4. Ratio jaringan terbaik dalam sejarah La Liga

Messi mungkin adalah penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga, namun ianya hampir mustahil untuk pemain dari Argentina itu menghasilkan purata jaringan yang mampu menyayingi ratio jaringan Ronaldo.

Secara keseluruhan selepas berhijrah ke Itali, Ronaldo telah menjaringkan 311 gol dan 95 assist hanya dalam 292 perlawanan La Liga.

Ia adalah purata angka yang amat luar biasa..

3. Perbezaan mata tertinggi ketika menang Ballon d’Or (429 mata, 2016)

Tidak ada siapa yang berani merahui Ronaldo akan memenangi anugerah Ballon d’Or pada 2016.

Sepanjang tempoh tersebut, Ronaldo membawa negaranya muncul juara Euro 2016, selain memastikan Real Madrid meraih kegemilangan di Eropah pada musim 2015/16.

Tetapi untuk menewaskan Messi dengan 249 perbezaan mata adalah satu perkara yang besar.

2. Pemain tunggal menghasilkan 60 gol ke atas dalam setahun untuk tempoh 4 tahun berturut-turut (2011-2014)

Bagi mana-mana penyerang dalam bola sepak moden pada hari ini, menjaringkan 60 gol dalam tempoh setahun adalah satu pencapaian luar biasa.

Tetapi Ronaldo menjadikan perkara itu seperti rutin, dengan melakukanyya sebanyak empat kali, selama empat tahun berturut-turut.

Rekod terbanya dalam satu tahun kalendar masih menjadi milik Messi, dengan 91 gol. Tetapi rekod oleh Ronaldo ini turut harus dijulang dengan cara yang sama.

1. Gol terbanyak dalam satu kempen pertandingan Eropah (17 gol, 2013/14)

Terdapat tanggapan bahawa sekiranya seorang pemain mampu menjaringkan 15 gol semusim di pertandingan Champions League, maka ia sudah menjadi pencapaian yang amat luar biasa.

Tidak cukup dengan itu, Ronaldo menambah lagi dua gol untuk menjadikan 17 gol yang dijaringkan beliau pada musim 2013/14.

Ronaldo kekal sebagai satu-satunya pemain yang pernah menghasilkan 15 gol ke atas dalam tempoh semusim, dan beliau telah melakukannya sebanyak tiga kali!

Penutup

Anda mempunyai rekod luar biasa lain yang pernah dihasilkan oleh Cristiano Ronaldo yang tidak berada di dalam senarai ini?

Kongskikan dengan kami. Kami juga ingin mengetahuinya.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Cristiano Ronaldo di sini:

Antara Rekod Yang Dilakarkan Cristiano Ronaldo Pada Usia 35 Tahun

Rio Ferdinand Beri Sebab Kenapa Trio Berbatov-CR-Rooney Berjaya

Ole Anggap Sepakan Percuma Rashford Tak Ubah Seperti Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN