Kami faham. Sebagai newbies, korang mungkin baru saja belajar tengok bola. Atau mungkin korang dah lama try tengok bola, tapi tak faham apa benda yang geng kaki bola ini excited sangat bila tengok bola.
Bagi korang, geng kaki bola ini adalah manusia ‘spesies’ yang berlainan dengan anda. Tak mungkin anda boleh ‘ngam’ dengan mereka.
Well, mujur korang jumpa artikel ini. Sebab dalam artikel ini, kami akan bagi korang 10 ayat power yang korang boleh gunakan untuk impress geng kaki bola tegar ketika tengok Piala Dunia di rumah ataupun di luar.
1. Tanya geng kaki bola: “Apa pendapat korang pasal VAR?”
Info penting: VAR adalah singkatan kepada video assistant referee.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Sejak pengenalan VAR, geng kaki bola merasakan VAR membuatkan perlawanan bola sepak menjadi kurang drama.
Ayat untuk impress: “Menarik juga VAR ni sebab dalam 335 insiden semasa Piala Dunia 2018, VAR berjaya meningkatkan ketepatan keputusan pengadil dari 95% kepada 99.3%.”
Bila boleh digunakan?: Bila-bila masa.
2. Tanya geng kaki bola: “Korang rasa kenapa juara bertahan Piala Dunia selalu tersangkut awal?”
Info penting: Juara Piala Dunia 2014, Jerman terkandas awal dalam Piala Dunia 2018 di peringkat kumpulan.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Sejak Piala Dunia 1998, sudah ada trend juara bertahan terkandas awal dalam edisi 4 tahun berikutnya. Perancis (juara 1998) terkandas awal dalam edisi 2002. Itali (juara 2006) terkandas awal dalam edisi 2010. Sepanyol (juara 2010) terkandas awal dalam edisi 2014.
Ayat untuk impress: “Trend juara bertahan sangkut awal ini membuktikan kitaran taktikal bola sepak semakin pantas berubah. Sistem tiki-taka Sepanyol mungkin relevan pada 2010 tapi pada 2014, ia telah ditewaskan oleh gegenpressing.”
Bila boleh digunakan?: Bila-bila masa.
3. Tanya geng kaki bola: “Boleh tak pengurus Belgium ni bawa Belgium jadi juara Piala Dunia?”
Info penting: Pengurus Belgium, Roberto Martinez pernah melatih dua kelab Liga Perdana Inggeris yang terkenal, Wigan dan Everton.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Roberto Martinez tak berpengalaman mengurus pasukan yang penuh dengan bintang seperti Belgium dan hanya pernah memenangi 1 trofi sahaja sepanjang 8 tahun mengurus Wigan dan Everton.
Ayat untuk impress: “Menarik bila tengok dalam sejarah pengurus yang memenangi Piala Dunia, tak ada lagi pengurus yang berlainan kerakyatan dengan pasukan yang diuruskannya pernah memenangi Piala Dunia.”
Bila boleh digunakan?: Bila Belgium bermain.
4. Beritahu geng kaki bola: “Lupakan Belgium. Uruguay adalah dark horse dalam Piala Dunia kali ini.”
Info penting: Dark horse adalah pasukan yang sudah lama/belum menjadi juara, tetapi mempunyai kualiti untuk menjadi juara.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Sejarah pemenang Piala Dunia menunjukkan pasukan pilihan sentiasa menjadi juara. Uruguay pernah menjadi juara edisi 1930 dan 1950, tetapi ia adalah ketika era Piala Dunia Pertama dan Piala Dunia Kedua – di mana banyak pasukan Eropah tak dapat menyertai.
Ayat untuk impress: “Pelik juga orang banyak sokong Argentina berbanding Uruguay. Sedangkan Uruguay menamatkan pusingan kelayakan di hadapan Argentina. Dan mereka juga mempunyai dua pertahanan tengah yang bermain di Atletico Madrid – pasukan yang kuat pertahanannya di Eropah.”
Bila boleh digunakan?: Bila Belgium atau Uruguay bermain.
5. Tanya geng kaki bola: “Kenapa Gabriel Jesus dapat main first eleven berbanding Roberto Firmino?”
Info penting: Gabriel Jesus adalah penyerang pilihan utama Brazil dalam Piala Dunia 2018 ketika ini. Roberto Firmino sekadar di bangku simpanan.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Meskipun hanya bermula dari bangku simpanan, Firmino sudah menyumbang 1 gol. Jesus masih tiada gol lagi.
Ayat untuk impress: “Mungkin Tite merasakan Neymar perlu digandingkan dengan true no.9 seperti Jesus berbanding false nine seperti Firmino.”
Bila boleh digunakan?: Bila Brazil bermain.
6. Beritahu geng kaki bola: “Korang sedar tak Piala Dunia kali ini banyak gol open play terhasil daripada long shot.”
Info penting: Berbanding edisi 2010 dan 2014, banyak gol open play dalam Piala Dunia 2018 kali ini terhasil daripada rembatan jarak jauh.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Banyak gol cantik dalam Piala Dunia 2018 merupakan gol rembatan jarak jauh. Contoh: Philippe Coutinho vs Switzerland, Jesse Lingard vs Panama, Ricardo Quaresma vs Iran dan banyak lagi.
Ayat untuk impress: “Mungkin disebabkan pengenalan VAR, banyak pasukan bermain agak defensif untuk mengurangkan kesilapan. Ini menyebabkan penyerang terpaksa buat lebih banyak long shot untuk membuat percubaan.”
Bila boleh digunakan?: Bila-bila masa.
7. Beritahu geng kaki bola: “Kecederaan Alan Dzagoev adalah blessing in disguise buat pasukan Russia.”
Info penting: Alan Dzagoev adalah perancang utama Russia dalam Piala Dunia 2018. Tetapi beliau mungkin terpaksa melupakan keseluruhan kejohanan kerana mendapat kecederaan dalam perlawanan pembukaan menentang Arab Saudi.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Sejak kecederaan Dzagoev, Russia menggunakan Denis Cheryshev yang kini telah menjaringkan 3 gol dalam Piala Dunia 2018.
Ayat untuk impress: “Sejak kecederaan Dzagoev, Cheryshev dapat bermain sebagai pemain nombor 10 Russia – posisi kegemarannya, berbanding posisi sayap yang beliau main di Villareal.”
Bila boleh digunakan?: Bila Russia bermain.
8. Beritahu geng kaki bola: “Kylian Mbappe berpotensi menjadi the next GOAT.”
Info penting: Kylian Mbappe adalah penyerang sayap Perancis yang baru berusia 19 tahun.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Mbappe adalah pemain Perancis yang bertanggungjawab memporak-perandakan pertahanan Argentina ketika kemenangan 4-3 di peringkat kalah mati.
Ayat untuk impress: “Sekurang-kurangnya bila Portugal dan Argentina dah tersingkir, kita boleh berhenti cakap pasal Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Mbappe adalah the next GOAT (greatest of all time).”
Bila boleh digunakan?: Bila Perancis bermain.
9. Beritahu geng bola: “Mereka kena push full backs dah sekarang.”
Info penting: Full backs adalah pemain pertahanan sisi dalam pasukan bola sepak.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Dalam ilmu asas taktikal bola sepak, full backs selalunya disuruh naik menyerang dengan agresif untuk mencari gol.
Ayat untuk impress: “Mereka dah kena mula push full backs dah sekarang. Mereka kena mula stretch pertahanan pasukan lawan.”
Bila boleh digunakan?: Bila pasukan yang memegang bola ketinggalan gol.
10. Beritahu geng bola: “Mereka kena compact kat tengah.”
Info penting: Dalam konteks bola sepak, compact bermaksud memadatkan kawasan tengah padang dengan pemain untuk menyukarkan pasukan lawan menyerang.
Mengapa isu ini penting kepada geng kaki bola: Pasukan yang compact di tengah sukar ditembusi pasukan lawan – tak kiralah pasukan itu kuat atau tidak.
Ayat untuk impress: “Mereka dah kena mula compact kan tengah dah sekarang. Park the bus, jika perlu. Ini Piala Dunia. Bukannya friendlies dah.”
Bila boleh digunakan?: Bila pasukan yang mendahului mula ditekan pasukan lawan dan perlawanan menghampiri minit ke-70 ke atas.
Jangan terlepas aksi Piala Dunia dengan geng-geng bola korang!
Sempena musim Piala Dunia sekarang ini, rugilah kan tengok bola sorang-sorang tanpa geng kaki bola korang. Mujurlah dengan adanya pelan Digi Postpaid tanpa sempadan, korang tetap boleh tengok perlawanan Piala Dunia dengan geng-geng kaki bola korang – walaupun tengah berada di luar negara!
Dengan Digi Postpaid, korang akan dapat perkhidmatan perayauan (roaming) secara PERCUMA, panggilan antarabangsa (IDD calls) di 10 negara, data Internet sebanyak 100GB dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Selain daripada itu, korang juga boleh dapatkan smartphone terbaru dengan harga RM1. Wah, mana lagi nak dapat smartphone dengan harga RM1 zaman-zaman sekarang ni?
Dapatkan semua kelebihan ini dengan Digi Postpaid, kini tanpa sempadan!