10 Perpindahan Bosman Rule Paling Berbaloi Sejak Diperkenalkan 25 Tahun Lalu

Segalanya bermula apabila Jean-Marc Bosman yang melihat kontraknya akan berakhir pada 1990 dan tidak dilanjutkan. Beliau mahu memastikan masa depannya terjamin dan berminat untuk menyertai Dunkerque, sebuah kelab kecil di Perancis.

Namun peraturan kontrak pemain ketika itu menghalang Bosman untuk berbincang atau pergi ke kelab tersebut selagi-lagi kontrak beliau masih ada dengan kelab lamanya, FC Leige. Malah gaji Bosman dipotong oleh kelabnya kerana cuba mencabar kontrak sebelum ini.

Bertujuan untuk melindungi hak pemain daripada ditindas majikan, kes itu kemudiannya ke mahkamah.  Lima tahun untuk kes tersebut diselesaikan dan Jean-Marc Bosman menang dalam kes itu. Daripada itulah bermulanya peraturan ejen bebas yang dikenali dengan Bosman Rule.

Dan selepas 25 tahun salah satu peraturan yang mengubah wajah bola sepak itu berlaku, berikut adalah senarai 25 perpindahan menurut peraturan Bosman yang dianggap paling berbaloi pernah berlaku.

Sol Campbell – Tottenham ke Arsenal, 2001

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Premier League 2002, 2004; Piala FA  2002, 2005

Adakah ianya berbaloi? Tottenham menawarkan pemain pertahanan England itu kontrak yang akan menjadikan beliau pemain dengan bayaran tertinggi di dalam sejarah kelab, namun Campbell menolaknya. Beliau kemudian menyertai seteru setempat Spurs, iaitu Arsenal.

“Ia adalah keputusan yang besar,” ujar Campbell. “Saya boleh sahaja menerima gaji yang lebih besar jika bermain bersama kelab lain, tetapi inilah tempat yang saya rasa saya patut pergi.”

Dilabel ‘Judas’ oleh penyokong Tottenham sepanjang kariernya, impian Campbell untuk memenangi trofi dan beraksi di Champions League sekurang-kurangnya dipenuhi bersama Arsenal. Malah beliau turut tampil sebagai penjaring gol di perlawanan akhir Champions League pada 2006, namun Arsenal tewas kepada Barcelona.

Zlatan Ibrahimovic – Paris St-Germain ke Man United, 2016

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule:  Piala Liga 2017, Europa League 2017

Zlatan Ibrhimovic disifatkan sebagai penyerang terbaik pernah ada di dalam bola sepak, dan nilai perpindahan terkumpul beliau di serata eropah turut menjadikan pemain dari Sweden ini sebagai yang termahal di dalam industri.

Segar daripada bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman di PSG walaupun hanya menyertai kelab itu pada usia 30 tahun, Ibrhimovic mengambil keputusan untuk mencari angin baharu. Manchester United pula adalah pilihan.

Namun pada usia 34 tahun, ramai yang skeptikal akan impak yang beliau mampu hadirkan di Old Trafford. Ramai berpendapat paling kurang, beliau boleh menjadi pemain back-up yang tampil dari bangku pemain simpanan.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila Ibrahimovic menjaringkan 28 gol pada musim pertamanya. Turut menjaringkan gol kemenangan perlawanan akhir Piala Liga di Wembley, pemain kuda tua ini adalah tunjang kekuatan skuad kendalian Jose Mourinho.

Selepas ke LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic kini menghantui pemain pertahanan di Serie A, Itali bersama AC Milan. King of the Bosman Rule?

Robert Lewandowski – Borussia Dortmund ke Bayern Munich, 2014

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Bundesliga 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020; Piala Jerman 2016, 2019, 2020; Champions League 2020

Sukar untuk mencari dan membandingkan mana satukah perpindahan pemain paling berbaloi sepanjang zaman. Borussia Dortmund pula sudah pasti mempunyai sebab mereka tersendiri untuk memaki hamun keputusan mahkamah yang memihak kepada Bosman pada 1995 itu.

Robert Lewandowski bukanlah pemain pertama, dan bukan juga pemain terakhir yang meninggalkan Westfalenstadion untuk menuju ke Allianz Arena, tetapi inilah perpindahan yang paling merugikan Dortmund.

Lihat sahaja statistik ringkas ini. 175 gol dari 200 perlawanan Bundesliga untuk Bayern, Lewandowski turut menggondol enam kejuaraan Bundesliga berturut-turut. Beliau juga membantu kelab Bavarian dan seteru utama Dortmund itu menjuarai Champions League pada musim lalu.

Malah FIFA sendiri turut menobatkan Robert Lewandowski sebagai pemain terbaik dunia pada tahun ini. Bak kata orang putih: “No money well spent.”

Gary McAllister – Coventry ke Liverpool, 2000

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Piala FA 2001, Piala Liga 2001, Piala Uefa 2001

Keputusan Gerrard Houllier membawa masuk pemain veteran berusia 35 tahun, Gary McAllister ke Anfield dari kelab yang bergelut di zon penyingkiran, Coventry telah mencetuskan banyak tanda tanya.

Apatah lagi pada musim panas yang sama Liverpool turut berbelanja untuk pemain seperti Nick Barmby, Christian Ziege, Bernard Diomede, selain Markus Babbel – yang juga didatangkan melalui peraturan Bosman.

Namun akhirnya Houllier dengan bangganya melabel McAllister sebagai pembelian paling memberi inspirasi. Digandingkan dengan Steven Gerrard yang masih muda, ancaman utama dari McAllister adalah dari kemampuan melakukan hantaran set-pieces.

McAllister adalah pemain penting Liverpool yang merangkul kejuaraan treble musim 2000-01.

Steve McManaman – Liverpool ke Real Madrid 1999

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: La Liga 2001, 2003; Champions League 2000, 2002

Perpindahan Steve McManaman mungkin adalah perpindahan pertama berprofil tinggi berdasarkan peraturan Bosman. Dan perpindahan tersebut turut mendapat liputan hangat oleh media pada ketika itu.

Sebelum itu pemain sayap England tersebut sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona membabitkan nilai £12 juta. Namun rundingan perpindahan kedua-dua pihak telah menjadi saga walaupun pemain itu sering mengimpikan untuk beraksi di luar England.

Sebarang keraguan mengenai kemampuan beliau bersama Galaticos juga akhirnya terpadam. McManaman menjaringkan salah satu gol tercantik perlawanan akhir Champions League pada 2000, dan menjadi pemain Inggeris pertama untuk memenangi pertandingan tersebut bersama kelab asing.

James Milner – Manchester City ke Liverpool, 2015

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Premier League 2020; Champions League 2019

Milner memenangi dua kejuaraan Premier League ketika bersama Manchester City namun hanya tampil dari 89 perlawanan dari keseluruhan 190 perlawanan yang sepatutnya.

Beliau kemudiannya disambar Liverpool melalui peraturan Bosman; menimbulkan banyak tanda tanya dan keraguan kepada ramai penyokong The Reds sepertimana kehadiran Gary McAllister suatu masa dahulu.

Milner kemudiannya beraksi hampir sepanjang musim sebagai bek kiri di bawah kendalian Jurgan Klopp dan turut sering beraksi di bahagian tengah. Dilihat sebagai pemain versatil, boleh dipercayai, dan berkualiti, kehadiran Milner dianggap amat menguntungkan.

Jay-Jay Okocha – Paris St-Germain ke Bolton, 2002

Di atas kertas Parc des Princes dan Stadium Reebok milik Bolton ibarat rumah kediaman kelab bola sepak dua darjat. Namun kebijaksanaan Sam Allardyce telah meneutralkan tanggapan itu.

Antara nama besar yang pernah beraksi di Stadium Reebok pada era Allarsyce adalah seperti Fernando Hierro, Ivan Campo, dan Youri Djorkaeff .

Tidak ketinggalan yang didatangkan melalui peraturan Bosman dari PSG ialah Jay-Jay Okocha.

Okocha adalah pemain yang menghiburkan. Rabonas, rainbow flicks, sepakan percuma deras jarak jauh, semuanya mampu dihasilkan oleh pemain ini dengan penuh senyuman.

Pengikut Premier League pada era itu dianggap bertuah kerana sempat menyaksikan salah seorang pemain berkelas dunia seperti Okocha.

Andrea Pirlo – AC Milan ke Juventus, 2011

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Serie A 2012, 2013, 2014, 2015; Coppa Italia 2015

“Apabila Andrea [Pirlo] memberitahu saya dia akan menyertai kami, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah: ‘Tuhan itu memang wujud.” Untuk pemain di tahap beliau dan keupayaannya, didatangkan lagi secara percuma, saya berpendapat ini adalah perpindahan terbaik abad ini!” – Gianluigi Buffon.

Bagaimana untuk menafikan apa yang dikatakan oleh Buffon seperti kenyataan di atas?

https://twitter.com/FootbalIStuff/status/1350012307938680833

Pirlo tidak diberikan tempat pada musim terakhirnya di Milan sebelum menyertai Juventus pada usia 32 tahun.

Dianggap genius, Pirlo menjadi fulkrum skuad kendalian Antonio Conte yang menjuarai liga sebanyak empat musim berturut-turut, dan menampilkan aksi terbaik sepanjang kariernya bersama kelab Turin itu.

Hari ini beliau kembali sebagai pengendali di kelab yang beliau pernah mencipta nama itu.

Gus Poyet – Real Zaragoza ke Chelsea, 1997

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Piala FA 2000; Cup Winners’ Cup 1998

Nama Gus Poyet hampir tidak dikenali oleh peminat Premier League sebelum beliau didatangkan ke Stamford Bridge dari Real Zaeagoza pada 1997.

Poyet kemudiannya menghadirkan impak segera dengan jaringan-jaringan sebagai pemain tengah.

Tangkas di udara dan sinonim dengan voli padu, pemain Uruguay ini telah menjaringkan 49 gol dari 145 penampilan sebelum memilih bidang kejurulatihan dan pengurusan bola sepak.

Gianluca Vialli – Juventus ke Chelsea, 1996

Kejuaraan dimenangi selepas berpindah menurut Bosman Rule: Piala FA Cup, 2000 (sebagai pengurus); Cup Winners’ Cup 1998 (sebagai pemain/pengurus); League Cup 1998 (sebagai pemain/pengurus);

Vialli pernah menjadi pemain termahal dunia pada 1992 apabila menyertai Juventus pada nilai £12 juta.  Empat tahun kemudian, Ruud Gullit membawa beliau ke London melalui peraturan Bosman.

Vialli kemudiannya mengejutkan ramai selepas dipilih untuk menggantikan Gullit, sebelum menjadi pengurus termuda untuk memenangi pertandingan anjuran UEFA dalam pertandingan Cup Winners’ Cup pada 1998.

Tiga kejuaraan utama sebagai pengurus selain 40 gol dari 88 penampilan meletakkan Vialli di dalam senarai ini.

Penutup

Ada ramai lagi pemain yang berhijrah berdasarkan Bosman Rule sejak ia diperkenalkan pada 1995. Aaron Ramsey ke Juventus, dan Esteban Cambiaso ke Inter Milan adalah contoh lain perpindahan Bosman Rule yang pernah berlaku.

Jika anda ada nama-nama lain yang tiada di dalam senarai ini, anda boleh maklumkan kepada

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN