Quantcast

BERITA

10 Detik Apabila Penyokong Marah Memaki Pemain Dan Jurulatih

Kami percaya pemain dan penyokong perlu berkomunikasi. Tetapi bukan di media sosial, di mana kedua-dua pihak cenderung untuk berkomunikasi seperti budak-budak tidak cukup umur seperti ini dan ini. Tetapi berkomunikasi secara depan-depan, seperti gentlemen.

Kali ini kami akan membawa anda 10 detik apabila penyokong marah mula meluahkan suara mereka kepada pemain. Kredit kepada pemain-pemain yang menerima kritikan penyokong marah dengan baik. Kami tahu bukan mudah untuk menggembirakan hati semua orang setiap masa.

1. Penyokong AS Roma (kalah 0-3 vs Fiorentina, UEFA Europa League 2015)

Selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama, penyokong AS Roma yakin mereka mampu mendapatkan sekurang-kurangnya seri 0-0 di Stadio Olimpico dalam perlawanan kedua. Sebaliknya mereka tewas 0-3 sekaligus mengundang kemarahan ultras mereka di seksyen curva sud Stadio Olimpico.

Daniele de Rossi, Francesco Totti, Alessandro Florenzi dan Morgan de Sanctis mengetuai barisan pemain untuk mendengar makian ultras Roma yang meminta mereka menanggalkan jersi mereka kerana: ‘mereka tidak layak untuk memakai jersi AS Roma’.

Juan Manuel Iturbe hampir-hampir menanggalkan jersinya sebelum dihalang oleh ahli pasukannya yang lain (lihat minit 2:17 dalam video di bawah)

2. Penyokong Borussia Dortmund (kalah 0-1 vs Augsburg, Bundesliga 2014/2015)

2557A46E00000578-2940154-image-a-29_1423086747393

Berada di kedudukan ke-18 liga, Dortmund mengundang kemarahan penyokong Dortmund terutama sekali di seksyen Sidtribune yang dinamakan Yellow Wall selepas tewas kepada Augsburg 0-1. Meskipun menentang Augsburg yang bermain dengan 10 pemain, Dortmund kekeringan idea untuk menembusi taktik ‘park the bus’ pelawat.

Hanya Matt Hummels dan Roman Weidenfeller yang bersemuka dengan penyokong Dortmund sambil diperhatikan oleh pemain lain. Jurgen Klopp hanya menganga, barangkali terkesima dengan tindakan berani Weidenfeller dan Hummels.

SorrowfulSecondAfricancivet

https://www.youtube.com/watch?v=_aAeVlACFzg

3. Penyokong Hamburg SV (kalah 0-2 vs Wolfsburg, Bundesliga 2014/2015)

Kalah 4 kali berturut-turut, berada di dasar Bundesliga – penyokong Hamburg SV sudah tidak mempu menahan perasaan kecewa mereka lagi.

Selepas kekalahan 0-2 menentang Wolfsburg, penyokong Hamburg SV menghamburkan makian kepada Rene Adler, Valon Behrami, Heiko Weistermann dan tak dilupakan – Lewis Holtby yang dipinjam dari Tottenham Hotspurs. Apa yang menariknya, penyokong Hamburg SV turut merakam reaksi Holtby selepas dimaki.

Nota: Sila tekan butang captions ‘CC’ untuk membaca sari kata reaksinya dalam Bahasa Inggeris.

4. Penyokong Levski Sofia (sidang akhbar perlantikan jurulatih baru, Oktober 2013)

article-2451131-18A222A300000578-929_634x356

Sekumpulan ultras Levski Sofia (pasukan di liga Bulgaria jika anda tak tahu) menyambut berita perlantikan jurulatih baru pasukan mereka dengan membuat kacau semasa sidang akhbar. Apa yang membuatkan mereka tidak gembira adalah, jurulatih baru mereka Ivaylo Petev adalah penyokong kelab musuh; CSKA Sofia.

Mereka memaksa Petev menanggalkan baju Levski Sofia. Petev meletakkan jawatannya sehari kemudian.

5. Penyokong West Ham (kalah 0-4 vs West Brom, FA Cup 2015)

David-Sullivan-West-Ham-angry-fans

Okey. Ini lain sedikit kerana ia tidak membabitkan pemain. Sebaliknya penyokong marah ini memaki pemilik kelab.

Kecewa dengan ‘persembahan terburuk sepanjang musim’, sekumpulan penyokong West Ham meminta jawapan daripada pemilik kelab, David Sullivan. Sambil bersalaman dengan penyokong West Ham, Sulliva diajukan beberapa soalan. Termasuklah desakan untuk memecat pengurus pasukan, Sam Allardyce.

Meskipun West Ham selesa di tangga ke-8 liga, kekalahan 0-4 kepada West Brom di FA Cup dianggap memalukan bagi penyokong West Ham ini. Bagaimanapun, majoriti penyokong West Ham menyelar tindakan penyokong marah dalam video ini dan mempertahankan David Sullivan.

6. Penyokong Arsenal (kalah 0-2 vs Southampton, English Premier League 2014/2015)

Jika penyokong Arsenal yang lain memilih untuk meluahkan kekecewaan mereka di media sosial, Luke Bryant, 25 memilih untuk membayar £700 dan mendapat pengharaman masuk ke mana-mana stadium selama 3 tahun untuk hanya memberitahu Arsene Wenger: “it’s not good enough”.

Ketika Arsenal ketinggalan 0-2 kepada Southampton pada minit 86′, Bryant menceroboh kawasan teknikal Arsenal untuk meluahkan kekecewaannya. Beliau bukan sahaja dimaki Steve Bould (get the fuck off!) malah kejadian itu juga menyebabkan majikannya tidak jadi untuk menaikkan pangkatnya.

7. Penyokong Barcelona (kalah 1-2 vs Real Madrid, final Copa del Rey 2014)

Tidak puas dengan 38 gol yang dijaring Lionel Messi pada musim itu, seorang penyokong Barcelona menghambur makian kepada Messi selepas kekalahan 1-2 Barcelona kepada Real Madrid dalam final Copa del Rey 2014.

Penyokong marah tersebut memanggil Messi ‘bodoh’ dan menyuruhnya minum minuman tenaga kerana Jose Manuel Pinto lebih banyak berlari daripada beliau.

Baca juga: Reaksi Orang Ramai (dan James Milner) Terhadap Aksi Nutmeg Messi

8. Penyokong Real Madrid (kalah 1-2 vs Barcelona, Liga BBVA 2014/2015)

Selepas kekalahan 1-2 kepada Barcelona dalam saingan La Liga, sekumpulan kecil penyokong Real Madrid menunggu pemain-pemain di ruang parking lot kelab untuk meluahkan kemarahan mereka.

Antara pemain yang menjadi mangsa kemarahan penyokong marah adalah Jese Rodriguez, Gareth Bale dan Sergio Ramos. Sergio Ramos kemudiannya mempersoalkan cara penyokong tersebut dengan bertanya: “Adakah ini cara yang betul untuk mengkritik kami?”

https://www.youtube.com/watch?v=PpyjTLIoRcE

9. Penyokong Internacional (menang 1-0 vs Ypiranga, 2015 Campeonato Gaúcho 1)

UniqueWhichClownanemonefish

Internacional masih terikat 0-0 menentang Ypiranga, ketika Fabricio, bek kiri Internacional merosakkan peluang serangan balas dengan menghantar bola ke belakang.

Ini menyebabkan Fabricio diejek oleh penyokong Internacional sendiri. Setiap kali beliau memegang bola, beliau diejek dan di-boo. Tidak tahan dengan ejekan penyokong, Fabricio mengangkat jari tengah di kedua-dua tangannya dan menujukannya kepada penyokong pasukannya sendiri. Beliau diberi kad merah oleh pengadil. Kemudian, beliau mengoyak dan membuang jersinya dan keluar dari padang sambil berkata: “saya takkan bermain untuk kelab ini lagi”.

Selepas beliau dibuang padang, Internacional mendapat penalti dan memenangi perlawanan. Lagilah gembira penyokong Internacional. Fabricio kini bermain di Cruzeiro.

https://www.youtube.com/watch?v=_udom2L0RUM&feature=youtu.be

10. Penyokong Selangor (sesi latihan pasukan selepas kekalahan 0-4 vs FELDA United, Piala Malaysia 2014)

penyokong selangor

Curiga dengan kekalahan 0-4 kepada FELDA United, penyokong Selangor mengesyaki ada ‘anasir luar’ yang menyebabkan Selangor kalah dan seri pada perlawanan yang mereka ‘sepatutnya menang’.

Penyokong Selangor mendakwa isu ‘anasir luar’ tersebut didedahkan oleh orang dalaman FAM sendiri. Tetapi Bunyamin Omar yang mewakili pemain Selangor menafikan dakwaan tersebut.

Baca juga: 9 Jenis Penyokong Harimau Malaya Di Stadium

Kesimpulan

Bagi kami, penyokong mempunyai hak untuk menegur pemain asalkan teguran mereka adalah untuk memperbaiki prestasi pasukan. Bukannya untuk melampiaskan kemarahan secara membabi-buta.

ezgif-919103179

Pemain juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka sendiri, tetapi janganlah sombong kepada penyokong sendiri. Contohilah Daniele de Rossi, Mats Hummel, Lionel Messi dan Lewis Holtby yang menunjukkan contoh yang baik di hadapan penyokong.

[gravityform id=”6″ title=”false” description=”false”]

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Dapatkan Jersi Rasmi Penyokong Harimau Malaya anda! Klik pada gambar.

11131020_10205253279946072_1491589727_o