Dengan pengenalan Liga Simpanan bermula musim depan, bagaimana dengan nasib pasukan-pasukan yang memiliki ‘reserve team’ seperti JDT?
Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC dan Selangor FC merupakan pasukan yang memiliki ‘reserve team’ yang dimansuhkan musim depan.
Apa nasib pemain-pemain yang berada dalam tiga pasukan tersebut? Untuk Selangor, ia mungkin bukan masalah besar kerana majoriti pemain dalam skuad tersebut adalah pemain muda. Bagaimana nasib pemain-pemain di TFC II dan JDT II terutamanya yang telah berusia melebihi 23 tahun.
Untuk Terengganu, mereka menempatkan tiga pemain import di sana. Dan ia mungkin kurang terkesan dengan adanya kouta untuk pemain import.
Benjamin Mora beri bayangan akan ada beberapa pemain baru mungkin diberi peluang untuk perlawanan #GUAvJDT malam ini.
Siapa kesebelasan utama yang anda nak saksikan untuk @OfficialJohor turun menentang Guangzhou FC? #ACL2022 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/HIqZIyjBOQ
— Team Malaysia (@TeamMsia) April 27, 2022
Adakah JDT akan terkesan dengan pengenalan Liga Simpanan? Kita tahu bagaimana besarnya ‘squad depth’ yang dimiliki skuad Harimau Selatan. ‘Reserve team’ bukan hanya diisi pemain muda tetapi terdapat ramai juga pemain yang berusia lebih 23 tahun tampil bermain di sana musim ini.
Untuk musim 2021, siapakah pemain yang didaftarkan di ‘reserve team’?
Ini adalah 10 pemain yang didaftarkan untuk skuad tersebut bagi musim ini.
- Hong Wan
- Leandro Velazquez
- S. Kunanlan
- Feroz Baharudin
- Danial Amier Norhisham
- Hazwan Bakri
- Akhyar Rashid
- Azrif Nasrulhaq
- Carli de Murga
- Moussa Sidibe
Rupa-rupanya, tidaklah terlalu ramai mereka daftarkan pemain untuk JDT II dan bermain untuk skuad utama. Hanya 10 pemain ini sahaja didaftarkan.
Hanya Hong Wan dan Feroz Baharudin yang berusia 22 tahun masih boleh didaftarkan untuk skuad tersebut. Bagaimana dengan nasib pemain seperti Hazwan Bakri, Azrif Nasrulhaq dan Danial Amier? Kunanlan mungkin akan bersara atas faktor usianya yang bakal menginjak ke usia 37 tahun.
Begitupun, melihatkan jumlah pemain yang didaftarkan untuk skuad utama, sebenarnya masih ada ruang untuk pemain lebih umur didaftarkan nanti. Berdasarkan maklumat daripada Malaysian Football League (MFL), JDT hanya mendaftarkan 26 pemain daripada maksimum 30 pemain.
Jadi, jika mahu ‘menyelamatkan’ pemain lebih umur daripada ‘reserve team’, terdapat empat slot untuk mereka penuhi. Pemain seperti Hazwan, Azrif, Danial dan Kunanlan masih boleh bersama JDT. Dan masih ada kouta lima pemain lebih umur untuk skuad simpanan musim 2023. Tiada masalah.
Bagaimana dengan kouta pemain import pula? JDT masih berada di bawah jumlah yang dibenarkan pada musim depan iaitu hanya tujuh pemain daripada sembilan yang dibenarkan oleh MFL. Jadi, khabar kepulangan semula Jonathan Herrera tampaknya tidak pun menggugat pemain lain.
“Last League Game As Black Panther” – Endrick Sah Tinggalkan Penang?
Sebenarnya tiada masalah untuk JDT mendaftar skuad yang sama dengan pertambahan beberapa lagi pemain seperti yang diura-urakan iaitu Herrera dan kapten Penang FC, Endrick dos Santos. Adakah ini perancangannya?
Mereka juga memiliki beberapa pemain yang telah dipinjamkan keluar dan tiada masalah untuk kekal sebegitu ataupun dilepaskan jika tiada dalam perancangan pasukan. Ini kerana, pemain yang dipinjamkan rata-rata sudah tiada tempat untuk bersama pasukan musim ini dan musim depan.
Kembali kepada persoalan, adakah pemain yang JDT daftarkan untuk ‘reserve team’ – yang dimansuhkan, akan tergugat? Dapat dilihat ia tidak sama sekali tergugat dan mereka masih boleh dikekalkan oleh pasukan.