1. Serhiy Sydorchuk (Ukraine)
Tarikh lahir: 02/05/1991 (23 tahun)
Posisi: Midfielder tengah (ofensif dan defensive)
Kelab: Dinamo Kiev
Jika Ukraine mahu mencari pengganti Ruslan Rotan – mereka dah menjumpainya pada Serhiy Sydorchuk. Sudah menjaringkan 2 gol dari 3 caps bersama Ukraine, Sydorchuk seolah-olah mahu membuktikan kepada ketua jurulatih Ukraine, Mykhaylo Fomenko – bahawa sudah sampai masanya Ruslan Rotan duduk di bangku simpanan dan merehatkan otot badannya yang tua itu.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: box-to-box midfielder klasik seperti Michael Ballack, Frank Lampard.
2. Aleksandar Dragovic (Austria)
Tarikh lahir: 06/03/1991 (23 tahun)
Posisi: Pertahanan tengah
Kelab: Dinamo Kiev
Rakan sepasukan Serhiy Sydorchuk di Dinamo Kiev, Dragovic merupakan pemain tetap kesebelasan utama Dinamo Kiev dan Austria pada usia 23 tahun. Satu masalah beliau adalah disiplin. Semasa upacara penyampaian pingat dan trofi kepada pemain Basel selepas menjuarai Swiss Cup, Dragovic bergurau dengan memukul kepala botak Menteri Sukan Switzerland, Ueli Maurer sebanyak tiga kali. Rakyat Switzerland merasakan Dragovic terlalu kurang ajar dam mendesaknya meminta maaf kepada Maurer. Dragovic menjawab:
Saya rasa tak perlulah kita hipokrit. Saya rasa semua orang suka pukul kepala orang botak.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: Swiss centre back yang popular di Liverpool, Stéphane Henchoz. Berbadan besar tetapi laju.
3. Ricardo Rodriguez (Switzerland)
Tarikh lahir: 25/08/1992 (22 tahun)
Posisi: Pertahanan kiri
Kelab: Wolfsburg
Jika anda sudah bosan dengan nama-nama popular seperti Jordi Alba, Ashley Cole, Leighton Baines, Patrice Evra atau Marcelo – sila tengok perlawanan Woflsburg di Bundesliga. Rodriguez seorang left back yang bagus permainan defensifnya dan pada masa yang sama – boleh membuat hantaran lintang setepat pemain sayap. Boleh mengambil free kick dan penalti, saya menjangkakan Rodriguez tidak akan kekal lama di Wolfsburg dan bakal dibeli kelab-kelab besar.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: Ian Harte ketika beliau bermain di Leeds United. Siapa tak kenal Ian Harte, sah kau orang baru nak belajar tengok bola.
4. Paco Alcacer (Spain)
Tarikh lahir: 30/08/1993 (21 tahun)
Posisi: Penyerang
Kelab: Valencia CF
Jika pada tahun 2007 dahulu orang bersembang pasal Bojan, sekarang orang bersembang pasal Paco Alcacer pula. Alcacer merupakan pemain yang wajib dibeli bagi pemain FIFA 12/13 dan Football Manager, kerana skil, teknik dan kelajuannya. Dibayangi oleh lagenda David Villa, Alcacer perlu mengikut langkah Villa – bermain secara konsisten di Valencia dan mengasah bakatnya – sebelum berpindah ke kelab besar.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: Djibril Cisse atau Giampaolo Pazzini – striker yang nampak laju, teknik penyudah yang bagus tetapi lemah dalam link-up play. Striker sebegini nampak bagus dalam pasukan counter-attacking tetapi nampak biasa-biasa dalam pasukan yang main posession football.
5. Arkadiusz Milik (Poland)
Tarikh lahir: 28/02/1994 (20 tahun)
Posisi: Penyerang
Kelab: Ajax Amsterdam (dipinjam dari Bayer Leverkusen)
Dibeli oleh Bayer Leverkusen sebagai pengganti jangka masa panjang Stefan Kießling, Milik diharap mampu memberi impak yang sama diberi kepada Robert Lewandowski kepada Borussia Dortmund. Walaupun selalu bermula dari bangku simpanan di Ajax, beliau sudah menjaringkan 11 gol untuk mereka. Tetapi bersama Poland, Milik selalu bergandingan dengan Lewandowski dan sudah menjaringkan 4 gol termasuk 1 gol ketika Poland menang ke atas Germany.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: hybrid target man yang berbadan besar, teknik bagus dan laju seperti Robert Lewandowski, Jurgen Klinsmann dan Jimmy Floyd Hasselbaink. Untunglah Poland. Belum pun Lewandowski tua, mereka sudah menjumpai klonnya.
6. Karim Bellarabi (Germany)
Tarikh lahir: 08/04/1990 (24 tahun)
Posisi: Pemain sayap
Kelab: Bayer Leverkusen
Lupakan Marco Reus, Arjen Robben, Frank Ribery dan Son Heung-Min. Perhatikan Karim Bellarabi pula di Bundesliga. Winger yang tinggi berbahaya kerana satu benda – mereka boleh menggunakan ketinggian mereka untuk menewaskan full back yang rata-ratanya pendek dan memulakan serangan. Ditambah pula dengan kelajuan dan skil gelecekannya, Bellarabi adalah pemain yang mesti anda masukkan jika full back lawan sudah mula letih, mendapat kad kuning atau lembab.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: dua pemain sahaja. Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Hybrid wingers seperti mereka laju, tinggi dan berskil pula tu. Mimpi ngeri buat full back.
7. Andrew Robertson (Scotland)
Tarikh lahir: 11/03/1994 (20 tahun)
Posisi: Pertahanan kiri
Kelab: Hull City
Jika rakyat Scotland berdoa supaya pasukan mereka dikurniakan Gareth Bale mereka sendiri, mereka perlu berdoa Andrew Robertson adalah orangnya. Perlu diingat, Gareth Bale bermula sebagai pertahanan kiri di Southampton dan musim sulungnya di Tottenham Hotspurs sebelum Harry Redknapp memberi lesen kepada Bale untuk merogol pertahanan kanan lawan.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: Jordi Alba, Christian Ansaldi dan Federico Balzaretti. Stamina tinggi, pandai menggelecek, dan tidak takut naik menyerang (kerana mereka mempunyai kelajuan untuk track back) – Andrew Robertson boleh menjadi seperti Leighton Baines yang bermula di Wigan.
8. Martin Ødegaard (Norway)
Tarikh lahir: 17/12/1998 (15 tahun)
Posisi: Midfielder tengah (ofensif)
Kelab: Strømsgodset
Namanya terkenal seluruh dunia apabila beliau memecah rekod Norway sebagai pemain paling muda muncul dalam liga domestik Norway, menjaringkan gol dalam liga domestik Norway dan mewakili pasukan senior Norway. Seorang peminat tegar Liverpool, Odegaard tidak terburu-buru untuk berhijrah ke kelab besar kerana ayahnya mengawal segala aspek kontraknya dan tidak mahu anaknya menjadi seperti Freddy Adu.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: classic playmaker tengah yang berskil tinggi seperti Andres Iniesta. Beliau mempunyai skil menggelecek yang tinggi, first touch yang bagus TETAPI perlu bermain seperti Iniesta sebenar iaitu – kurangkan fancy skill ketika bermain dan ringkaskan cara beliau bermain. Permainan beliau ketika ini mengingatkan saya kepada musim pertama Cristiano Ronaldo yang terlalu banyak menggelek bola. Nampak fancy di mata penonton tetapi menganggu tempo permainan pasukannya. Less is more, Odegaard.
https://www.youtube.com/watch?v=Smi8jvNixL8
9. Hakan Çalhanoğlu (Turki)
Tarikh lahir: 08/02/1994 (20 tahun)
Posisi: Midfielder tengah (ofensif)
Kelab: Bayer Leverkusen
Hakan Çalhanoğlu mencipta namanya di Hamburg SV. Video gol sepakan percuma jarak jauhnya ketika menentang Borussia Dortmund menjadi viral dan sejak itu Germany dan Turkey bermain tarik tali, cuba memujuk beliau untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka. Çalhanoğlu memilih Turki. Tetapi yang peliknya, Turki jarang memanggilnya bermain meskipun beliau adalah nama tetap dalam kesebelasan utama Leverkusen.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: Juninho Pernambucano. Aspek permainan mereka hampir sama. Biasa-biasa sahaja dari segi kelajuan, stamina dan skil gelecekan – tetapi boleh menjadi mimpi ngeri penjaga gol ketika sepakan percuma, sepakan sudut, penalti dan long shot.
10. Andrej Kramarić (Croatia)
Tarikh lahir: 19/06/1991 (23 tahun)
Posisi: Penyerang, pemain sayap
Kelab: HNK Rijeka
Boring sebenarnya bila bercerita pasal pemain muda Croatia ni. Kebanyakkan mereka sudah berpindah ke kelab besar seperti Mateo Kovacic (Inter Milan), Alen Halilovic (Barcelona), Tin Jedvaj (Bayer Leverkusen). Tetapi di liga domestik Croatia, mereka masih mempunyai banyak lagi pemain muda yang power seperti Andrej Kramarić.
Disebut-sebut media Croatia sebagai pengganti Davor Suker, Andrej Kramarić adalah penyerang yang sangat prolifik. Setakat ini beliau sudah menjaringkan 37 gol dari 38 perlawanan. Ya ya, itu liga Croatia sahaja. Tapi daripada 3 caps mewakili Croatia, beliau sudah menjaringkan 2 gol.
Melihat dia bermain mengingatkan saya kepada: David Villa yang boleh bermain sebagai penyerang dan pemain sayap. Tingginya biasa-biasa sahaja tetapi lonjakan lompatannya mengingatkan saya kepada Bambang Pamungkas (haha!) atau Tim Cahill. Berkemungkinan besar akan berpindah ke kelab besar pada tahun akan datang apabila scout AC Milan dilaporkan datang ke perlawanan liga Croatia untuk melihatnya bermain.