‘10% Mengikut Kapasiti Stadium’ – MFL Berhasrat Benarkan Penyokong Kembali Meriahkan Liga-M

Ab Ghani MFL Penyokong

Melihat perkembangan sektor sukan yang telah mula diberi kelonggaran, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhasrat untuk membenarkan penyokong kembali menikmati aksi bola sepak di stadium dalam skala kecil.

Apalah erti bermain bola sepak tanpa penyokong. Ketiadaan penyokong di stadium dalam sesuatu perlawanan jelas memberikan kesan yang besar terhadap psikologi pemain.

Oleh itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghanis Hassan dalam kenyataannya kepada The Star berkata pihaknya telah pun membuat permohonan tersebut kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada November lalu.

“Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, kami berharap sekurang-kurang 10 peratus penyokong dibenarkan hadir ke stadium dalam tempoh dua tau tiga bulan akan datang,” ujar Ghani dalam kenyataannya.

“Kami mahu di semua venue ada penyokong tempatan bersorak untuk pasukan mereka dalam jumlah yang kecil untuk permulaan, itu sasaran kami.”

Dalam pada itu, Ghani turut berterima kasih kepada Menteri Beliau dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di atas sokongannya kepada Liga-M untuk bermula pada 5 Mac seperti yang telah dijadualkan.

Aksi pembuka tirai musim ini akan mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim dan naib juara liga Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi merebut Piala Sumbangsih.

“Saya harap semua pasukan akan kekal fokus dan berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya lagi.

“Saya tahu ini bukanlah tempoh yang baik untuk semua pasukan, tetapi saya yakin semua pihak akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya bagi mengelak dari timbulnya kluster melibatkan industri bola sepak.”

Berdasarkan perkembangan Liga-M, jumlah 10 peratus penyokong mengikut kapasiti stadium seperti yang ditetapkan MFL itu mungkin tiada masalah buat kebanyakan pasukan.

Hal ini kerana sebelum pandemik lagi agak sukar untuk melihat kebanyakan stadium dipenuhi penyokong melainkan menjelang aksi pusingan separuh akhir dan akhir.

Kredit Foto: Sukan KL

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Anumanthan Mohan, Rabih Ataya Bakal ‘Suntik’ Perubahan Di Kedah

Sri Pahang Kibar Bendera Putih, Sedar Pasukan Tidak Gah Seperti Dahulu

Pertembungan Hangat JDT Dan Kedah Buka Tirai Liga Super Musim 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN