Quantcast

BERITA

10 Lokasi Di Perak Siarkan ‘Live Big Screen’ Aksi Final Piala FA 2019

Penyokong Perak yang gagal mendapatkan tiket atau tidak berkesempatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 masih mampu untuk merasai kehangatan bahang aksi tersebut.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Program Semarak Semangat Perak yang akan menyiarkan ‘Live Big Screen’ di beberapa lokasi telah ditetapkan.

Selain daripada tayangan layar gergasi bersempena aksi Perak bertemu Kedah itu, terdapat juga aktiviti menarik yang bakal menemui pengunjung seperti cabaran ‘Penalty Shoot-out’ serta cabutan bertuah.

Manakala salah satu lokasi iaitu di Dataran KTM, Ipoh turut akan diserikan lagi dengan pertandingan E-Sports.

Perak berjaya mara ke final apabila bangkit untuk menundukkan Pahang 3-0 di Stadium Perak selepas kecundang 1-3 pada aksi separuh akhir pertama di Kuantan.

Berikut adalah 10 lokasi yang telah ditetapkan bagi aktiviti Program Semarak Semangat Perak:

1) Dataran KTM, Ipoh
2) Perkarangan Masjid Al-Fateh Meru
3) Lembah, Kuala Kangsar
4) Mydin Manjoi
5) Bukit Balwind, Tapah
6) Giant Tambun, Sunway
7) Pusat Penjaja Chemor
8) Padang MDS Selama
9) Padang Bunga Raya, Lenggong
10) Arena Square Pangkalan Baharu

Ayuh semua penyokong bola sepak Perak di kawasan yang telah dinyatakan, meriahkan Program Semarak Semangat Perak bagi memberikan sokongan buat skuad bimbingan Mehmed Durakovic walaupun hanya dari jauh!

Kredit foto: Perak TBG