Quantcast
10 Gandingan Bek Tengah Terbaik Di Eropah Pilihan Squawka
KAJIAN & FAKTA

10 Gandingan Bek Tengah Terbaik Di Eropah Pilihan Squawka

Sunday, 19 Mar 2017

Kami senaraikan antara 10 gandingan bek tengah terbaik dalam bola sepak Eropah. Susunan angka tidak mengikut ranking.

Nombor itu hanyalah nombor, bukan merujuk kepada siapa nombor 1 atau siapa nombor 10.

1. Nemanja Vidic – Rio Ferdinand – Manchester United




Dua pemain ini diberikan previu yang berbeza oleh media. Rio Ferdinand lebih mendapat publisiti.

Manakala Nemanja Vidic lebih dilayan sebagai pertahanan yang tidak perlu diberikan perhatian serta pembelian kecemasan.

Namun Vidic telah membuktikan karier beliau di England sangat berimpak besar. Gandingan beliau dan Ferdinand adalah kombinasi sempurna.

Seorang ball winner dan seorang lagi ball playing center back. Vidic antara pemain yang sentiasa menjadi pilihan pertama Sir Alex Ferguson.

2. Ricardo Carvalho – John Terry – Chelsea

Di era yang sama dengan Vidic-Ferdinand, di kota London ada Carvalho-Terry. Gandingan yang dianggap memang dijodohkan bersama di dalam padang.

Duo ini antara yang menjadi asas kepada kegemilangan projek Abramovich di Chelsea.

Menjadi pilihan utama Jose Mourinho dan seakan-akan tidak terusik dari senarai kesebelasan utama sekiranya mereka cergas dan tidak digantung perlawanan.

3. Carles Puyol – Gerard Pique

Kepulangan Pique ke Sepanyol pada awalnya dianggap sebagai pelengkap kuota di pasukan serba lengkap Barcelona.

Beliau juga dianggap si gagal yang terpaksa pulang.

Namun, Pique telah belajar dengan sangat banyak dan cepat daripada Puyol. Menjadi asas kepada bola sepak tiki-taka.

Kedua-dua mereka adalah goalscoring center back dan sangat selesa dengan bola di kaki. Walaupun Pique kekal menjadi bek utama di Barcelona, tetapi beliau tetap tidak sama seperti era dia dan Puyol.

Puyol menjadikan Pique lebih baik dari segenap aspek.

4. Tony Adams and Steve Bould – Arsenal

Penyokong Arsenal beberapa musim ini menganggap Koscielny-Vermaelen, kemudian Koscielny-Mertesacker dan kini Mustafi-Koscielny sebagai gandingan lengkap.

Namun gandingan tersebut masih jauh bezanya dengan Tony Adams dan Steve Bould. Kedua-dua pemain ini boleh menjaringkan gol dan sangat kental bertahan.

Namun pada fasa akhir gandingan mereka, beberapa siri kesilapan mereka membuatkan penyokong Arsenal tidak begitu mengingati gandingan ini.

Namun percayalah, ini antara duo terbaik di England dan Eropah satu ketika dahulu.

5. Jamie Carragher and Sami Hyypia – Liverpool

Carragher dan Hyypia ada kisah menarik. Hyypia hanyalah dianggap pemain ‘murah’ pada awalnya. Carragher pula pemain yang gagal mendapat posisi utama dalam beberapa musim awal.

Ini membuatkan Carragher dianggap hanyalah pemain back-up untuk posisi lain.

Namun gandingan Carra dan Hyypia telah menjadi antara yang terbaik di England pada era mereka. Hyypia sangat tenang dan pakar untuk bola di udara.

6. Fabio Cannavaro – Alessandro Nesta – Italy

Nesta – Cannavaro diaggap antara gandingan bek tengah terbaik dalam sejarah bola sepak Itali.

Kejayaan Itali pada Piala Dunia 2006 juga banyak dibantu oleh 2 pemain ini. Cannavaro kekal menjadi satu-satunya pemain pertahanan yang menang Ballon d’Or.

Kedua-dua mereka nampak pendiam di dalam padang, namun komunikasi secara telepathic antara mereka sangat kuat. Komunikasi tanpa perlu bercakap!

Sayangnya Paolo Maldini adalah bek kori, kerana Maldini dan Nesta juga sangat sinonim.

7. Marcel Desailly – Frank Leboeuf – Chelsea

Sebelum Chelsea mewah dan kaya raya, mereka memiliki deretan nama pemain yang hebat. Antaranya Gianfranco Zola, Gianluca Vialli dan Roberto Di Matteo.

Di bek tengah mereka pernah ada gandingan Desailly-Leboeuf. Gandingan yang sangat kental dan keras di dalam padang.

Rasanya, John Terry pun banyak belajar dari mereka.

8. Franco Baresi – Alessandro Costacurta – AC Milan

Generasi baru mungkin kurang mendengar nama ini. Tetapi peminat bola sepak era 90-an sangat kenal dengan 2 nama ini.

Costacurta dan Baresi dianggap antara gandingan yang paling sempurna dalam sejarah AC Milan. Ramai yang mengaitkan Itali dengan pertahanan yang keras dan direct.

Namun gandingan Baresi dan Costacurta membuktikan mereka mampu bermain pertahanan yang lebih menggunakan ‘otak’ berbanding fizikal semata-mata.

Tak lupa juga gandingan Tassotti – Cesare Maldini tetapi bukan di bek tengah.

9. Gary Pallister – Steve Bruce – Manchester United

Gandingan ini boleh dikatakan gandingan terbaik pada era 90-an. Menjadi tulang belakang kejayaan awal Sir Alex Ferguson.

Sebelum Vidic-Ferdinand, inilah tembok kental United. Dan Alex Ferguson sentiasa memilih Steve Bruce sebagai antara pemain terbaik beliau.

Gandingan ini menjaringkan 48 gol sepanjang di Old Trafford. Meskipun karier mereka sebagai pengurus tidak begitu hebat, namun sebagai pemain 2 pemain ini sangat luar biasa.

10. Franz Beckenbauer – Hans-Georg Schwarzenbeck – Bayern Munich & Jerman

Pasangan ini asas kepada kejayaan Jerman Barat pada suatu ketika dahulu. Mereka sangat berjaya di kelab dan peringkat kebangsaan.

Duo ikonik ini menggandingkan pertahanan yang bijak, keras dan kemampuan untuk melakukan hantaran yang seperti seorang perancang tengah.

Banyak kejayaan mereka di peringkat domestik bersama Bayern. Di arena antarabangsa mereka ada 1 Piala Eropah dan 1 Piala Dunia.

Itu adalah senarai 10 yang terbaik kebanyakannya pilihan Squawka. Anda ada senarai tambahan, sila kongsikan di ruangan komen.

Baca juga: Bruno Suzuki Dipilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Liga Perdana

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: 10 Gandingan Bek Tengah Terbaik Di Eropah Pilihan Squawka



Berita Bola Yang Menarik