10 Gaji Termahal Pemain Bola Sepak J League

10) Yoshito Okubo,Kawasaki Frontale 100,000,000 yen / RM3.1 juta

J1 King! 2 tahun berturut turut sebagai penjaring terbanyak J1 menaikkan kembali namanya sejak pulang dari Bundesliga. Gandingan mantap bersama Nakamura, bakal menyaksikan hatrik sebagai penjaring gol terbanyak J1.

10) Yuki Abe,Urawa Reds 100,000,000 yen / RM3.1 juta

Merupakan gandingan terbaik Urawa Reds bersama Tulio. Abe merupakan antara idola penyokong Urawa Reds dan seorang motivator terbaik dalam pasukan dari Saitama itu. Pernah beraksi bersama Leceister city selama 2 musim sebelum kembali menyertai Urawa Reds pada 2012.

9) Nakamura Kengo,Kawasaki Frontale 110,000,000 yen / RM3.49 juta

Pemain ini kekal setia bersama Kawasaki Frontale sejak penglibatan beliau dalam J1 dan kapten di kelab ini. Bermain dibahagian tengah, hantaran serta visi yang baik menjadi faktor 2 tahun berturut turut, rakan sepasukannya Okubo diangkat sebagai penjaring terbanyak J1. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni dari Universiti Chuo.

7) Pedro Junior,Vissel Kobe 120,000,000 yen / RM3.71 juta

Rekod 29 penampilan bersama Jeju United dalam kancah K-League menarik minat kelab berpangkalan di Kobe ini menawarkan gaji lumayan kepada beliau. Merupakan watak penting membawa Vissel Kobe kembali ke J1.

7) Yasuyuki Konno,Gamba Osaka 120,000,000 yen / RM3.71 juta

Salah seorang tonggak berpengalaman dibahagian pertahanan Gamba Osaka. Persembahan mantap beliau di bahagian pertahanan menjadi faktor penting kebangkitan Gamba Osaka dari J2 pada 2013 sehingga merangkul “treble” pada 2014.

6) Yuji Nakazawa,Yokohama F Marinos 125,000,000 yen / RM3.83 juta

“Bomber” telah beraksi bersama Yokohama F Marinos selama 13 musim dan beliau merupakan kapten kelab berpangklana di Yokohama ini. Pengalaman luas “Bomber” dibahagian pertahanan banyak membantu kecemerlangan Yokohama F Marinos dalam J1. Beliau juga pernah merantau ke Brazil selama 1 musim pada 1996/1997 bersama America Maneiro.

Yuji Nakazawa Yokohama F Marinos

5) Nakamura Shunsuke,Yokohama F Marinos 130,000,000 yen / RM4.02 juta

Siapa tidak kenal pakar sepakan bebas kaki kiri dari Jepun ini. Salah seorang lagenda bola sepak matahari terbit yang masih beraksi bersama Yokohama F Marinos. 8 tahun pengalaman beraksi di beberapa kelab eropah digunakan untuk pembangunan pasukan remaja Yokohama F Marinos.

Baca: Kontrak Pemain Bola Sepak J League

2) Marcus Tulio Tanaka,Nagoya Grampus 150,000,000 yen / RM4.64 juta

Seorang pemain skuad kebangsaan Jepun kelahiran Brazil. Beliau berhijrah ke Jepun pada umur 15 tahun dan menamatkan zaman persekolah di Shibuya Makuhari High School. Tulio banyak kali menjaringkan gol disaat saat genting dan merupakan sumber inspirasi kepada rakan sepasukan. Beraksi sebagai pertahanan tengah tidak menghalang beliau menjaringkan 22 gol dalam 99 penampilan bersama Nagoya Grampus.

2) Marquinhos Marcos Gomes De Araujo,Vissel Kobe 150,000,000 yen / RM4.64 juta

Lebih dikenali sebagai Marquinhos merupakan pemain terbaik J League 2008. Beliau menjaringkan 26 gol dalam 56 penampilan bersama Yokohama F Marinos sebelum berpindah ke Vissel Kobe. Rekod 284 penampilan dan 135 gol dalam J1 membolehkan beliau diangkat sebagai antara penyerang prolifik dalam kancah J1.Musim 2014. Beliau berkedudukan di tangga ke 3 (14 gol ) dibelakang Yoshito Okubo dan Yohei Toyoda dalam senarai penjaring terbanyak.

Marquinhos Vissel Kobe

2) Yasuhito Endo,Gamba Osaka, 150,000,000 yen / RM4.64 juta setahun

Bekas pemain terbaik Asia 2009 ini merupakan “super hero” kepada Gamba Osaka musim 2014. Endo memainkan peranan penting dalam mengemudi Gamba Osaka merangkul 3 piala sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik J League 2014.

yasuhito endo gamba osaka

 

1) Diego Forlan,Cerezo Osaka, 346,500,000 yen /  RM10.7 juta

Bertepatan dengan statusnya sebagai bekas pemain terbaik Piala Dunia 2010, kehadiran Forlan ke J League sangat dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak di Jepun, terutamanya Cerezo Osaka.Bekas penyerang Uruguay  ini juga banyak memberi impak kepada pembangunan bola sepak remaja Cerezo Osaka selain menaikkan nama kelab Osaka itu dimata dunia.

Baca: Bagaimana Struktur J League Memacu kemajuan Bola Sepak Jepun

Diego forlan gaji termahal j league

**Artikel ini disumbangkan oleh Fanpage J League Malaysia. Like J League Malaysia di Facebook untuk mendapatkan info terkini mengenai J League.

Anda mahu menulis tentang bola sepak? Tulis apa-apa sahaja pasal bola sepak (artikel lepas geram, cadangan dan sebagainya) dan hantar artikel tulisan anda ke [email protected] dan kami akan siarkan di laman web kami.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN