10 Bintang Baharu Paling Menyerlah Di Saingan La Liga Pada Musim Ini

Setiap tahun akan ada pemain yang beraksi di La Liga Santander yang mampu membawa permainan masing-masing ke tahap seterusnya. Begitu juga pada musim ini.

Ada di kalangan mereka adalah pemain lama. Ada juga merupakan wajah baharu yang baru mendapat tempat di dalam skuad utama pasukan. Tidak kurang juga dari kalangan mereka yang dipinjamkan, atau selepas mendapat promosi bersama pasukan masing-masing.

Tidak banyak bezanya saingan pada musim ini dan pada musim lalu. Tetapi 10 pemain ini merupakan pemain paling mencuri tumpuan selepas memberikan impak positif kepada pasukan masing-masing setakat ini.

Carlos Soler (23, Valencia)

Pemain tengah Valencia ini mulai menyerlah selepas perpindahan Dani Parejo pada musim panas lalu. Pada mulanya Valencia dijangka akan bergelut dengan teruk di bahagian tengah selepas menjual Parejo dan Francis Coquelin tanpa sebarang pengganti dibawa masuk.

Namun sedikit perubahan menyaksikan Carlos Soler beraksi lebih ke tengaj pada musim ini nyata tidak mengecewakan. Sehingga kini, Soler telah menjaringkan lima gol dan menghasilkan empat bantuan gol untuk Valencia di saingan La Liga Santander.

Renato Tapia (25, Celta Vigo)

Pemain dari Peru ini berhijrah ke Celta Vigo pada musim panas lalu dan terus menyerlah di Galicia sehingga ke saat ini.

Sejak Chaco Coudet mengendalikan pasukan pada November, Renato Tapia memainkan peranan penting sebagai pemain tengah bertahan.

Peranan tersebut adalah tunjang kepada kestabilan corak permainan Celta Vigo yang direncakan jurulatih dalam corak permaian menyerang pasukan diperkenalkan jurulatih itu.

Bryan Gil (19, Eibar – on loan from Sevilla)

Eibar pada mulanya dijangka akan terkesan dengan kehilangan pemain perancang kreatif, Fabian Orellana.

Tetapi hanya berusia 19 tahun, Bryan Gil membuktikan mengapa dirinya dipandang tinggi di Sevilla sebelum menyertai Eibar secara pinjaman pada musim ini.

Gil setakat ini dianggap sebagai pemain paling cemerlang dari kalangan pemain kendalian Jose Luis Mendilibar.

Luis Milla (26, Granada)

Diiktiraf sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di La Liga SmartBank pada musim lalu, Luis Milla kemudiannya dipancing oleh Granada pada musim panas lalu.

Nyata ia pelaburang berbaloi buat Granada setelah Mulla tampil sebagai pemain paling konsisten pada musim ini.

Prestasi Milla bersama Granada pada musim ini turut membantu kelab itu menduduki kedudukan ke-7 menjelang Krismas.

Alex Berenguer (25, Athletic Club)

Athletic Club menjadikan Alex Berenguer sebagai sasaran urama pada musim panas lalu dan membelanjakan €10.5 juta untuk memastikan khidmat pemain tersebut dari Torino.

Dan sehingga Disember ini, Berenguer sudah membuktikan apa yang beliau mampu tawarkan kepada Los Leones.

Kesefahaman yang jitu bersama Yuri Berchiche di bahagian sayap kiri menjadikan kedua-dua pemain sebagai senjata dan ancaman utama dari Athletic pada musim ini.

Fernando Pacheco (28, Alaves)

Tiada keraguan bahawa Fernando Pacheco adalah salah seorang penjaga gol paling menyerlah di La Liga Santander sejak beberapa musim lalu. Tetapi pada musim ini, tahap itu naik setakuk lagi.

Musim 2020/21 telah menyaksikan aksi menakjubkan dari pemain ini terutama dalam perlawanan menentang Barcelona, Real Madrid dan Real Sociedad.

Dengan prestasi semasa yang ditampilkan, tiada keraguan panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol juga akan menghampiri.

Thomas Lemar (25, Atletico Madrid)

Pada mulanya masa depan Thomas lemar bersama Atletico Madrid tampak seperti akan berakhir, dengan pihak kelab turut bersedia menjual pemain Perancis ini kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Musim ini, Lemar akhirnya mulai menampilkan potensi yang dimilikinya sehingga pernah diintai Liverpool. Beliau kini hanya berusia 25 tahun, dan tiada keraguan pasti akan terlibat dalam membawa cabaran Atletico untuk kejuaraan liga pada musim ini.

Kebangkitan Lemar dan kemampuan Atletico untuk mencabar kedudukan teratas La Liga Santander bukan perkara yang ramai jangkakan pada beberapa bulan yang lalu.

Ronald Araujo (21, Barcelona)

Ronald Araujo mempunyai debut yang ingin dilupakan bersama Barcelona setelah dilayangkan kad merah hanya selepas 14 minit aksi menentang Sevilla pada Oktober 2019.

Tetapi pemain pertahanan tengah dari Uruguay itu kini dilihat mempunyai prospek dan masa depan yang cerah bersama Barcelona – di sebalik musim yang sukar ini.

Kecederaan yang menimpa Gerard Piue telah membuka ruang untu Araujo menampilkan kebolehannya kepada Ronald Koeman. Merupakan aset di bahagian pertahanan, pemain seperti Araujo turut boleh menjadi senjata ketika gerakan set-pieces, khususnya dari sepakan sudut.

Mario Hermoso (25, Atletico Madrid)

Banyak keraguan mengenai kemampuan Mario Hermoso selepas perpindahan beliau dari Espanyol pada musim panas 2019. Namun musim ini beliau dilihat sangat sesuai dengan sistem baharu hybrid 3-4-2-1/4-4-2 Diego Simone di posisi kiri pertahanan tengah, atau sebagai bek kiri.

https://twitter.com/Gab_ATM/status/1341486874494455809

Pertama kali dipanggil menganggotai skuad kebangsaan Sepanyol ketika masih bersama Espanyol. Aksi konsisten bersama Atletico Madrid pasti turut mencuri tumpuan Luis Enrique untuk satu lagi panggilan pada masa terdekat.

Pedri (18, Barcelona)

Barcelona sememangnya mengetahui mereka memiliki seorang pemain berbakat besar di dalam diri Pedri. Namun tiada siapa menjangka pemain ini mampu menyerlah secepat ini.

Pemain perancang ini hanya baru mencecah usia 18 tahun pada 25 November lalu, tetapi permainannya terus menampilkan peningkatan dan dilihat mampu berada di tahap seperti Lionel Messi.

Pada skala perkembangan terkini, Pedri dilihat akan bertambah baik dan matang dalam permainannya. Tidak mustahil satu hari nanti, Barcelona sekali lagi telah melahirkan salah seorang pemain terbaik dunia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN