Zlatan Umumkan Perpindahan Ke Manchester United

Zlatan ke Manchester United 

Dunia bolasepak sekali lagi menjadi ‘gila’ apabila Zlatan mengumumkan perpindahan beliau ke Manchester United dan bukannya Manchester United yang mengumumkan beliau terlebih dahulu.

Zlatan menggunakan platform media sosial beliau dengan kapsyen;

Masa untuk dunia tahu, destinasi saya seterusnya adalah Manchester United’
zla

Zlatan mengambil keputusan ini setelah meninggalkan Paris St Germain pada akhir musim lalu. Beliau mengakui, banyak tawaran datang kepada beliau namun pilihan muktamad beliau adalah Manchester United.

Sebelum ini , Zlatan telah menggemparkan dunia dengan persaraan daripada arena antarabangsa walaupun sudah berusia 34 tahun namun peminat tahu beliau masih ada kualiti.

Pencapaian

Ini adalah serba sedikit tentang pencapaian Zlatan setakat ini:

Ibrahimovic membuat penampilan pertama untuk kelab kampung halaman beliau, Malmo pada tahun 1999.

Kemudian beliau berhijrah ke Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan & PSG.

Ibarhimovic telah menjaringkan 392 gol daripada 677 perlawanan. Musim lalu adalah musim paling prolifik beliau dengan 50 gol daripada 51 perlawanan.

Beliau juga mencipta satu rekod untuk liga Perancis dengan 38 gol pada musim lepas.

Beliau telah memenangi trofi setiap musim dalam kariernya sejak 2001, termasuk 13 gelaran liga daripada 6 kelab berbeza.

Dalam empat musim di PSG, Ibrahimovic memenangi 12 trofi, termasuk kejuaraan 4 piala (quadruple) sebanyak 2 kali.

Rekod Trofi

  • Ajax: Eredivise (2001-02, 2003-04), Dutch Cup (2002) Dutch Super Cup (2003)
  • Juventus: Serie A (2004-05, 2005-06) *kejuaraan Juve kemudian ditarik balik 
  • Inter Milan: Serie A (2006-07, 2007-08, 2008-09) Italian Super Cup (2006, 2008)
  • Barcelona: La Liga (2009-10), Spanish Super Cup (2009, 2010), Uefa Super Cup (2009), Fifa Club World Cup (2009)
  • AC Milan: Serie A (2010-11) Italian Super Cup (2011)
  • PSG: Ligue 1 (2012-13, 2013-14, 2014-15, 2015-16), French Cup (2015, 2016), League Cup (2014, 2015, 2016) French Super Cup (2013, 2014, 2015).

Faktor Mourinho

Ibrahimovic ada “banyak pilihan” untuk bermain di mana musim depan terutama sekali Itali. Zlatan telah menganggap Itali sebagai rumah kedua beliau.

download

Namun, hubungan beliau dengan Mourinho telah mengatasi segalanya. Mourinho adalah orang yang pernah menjadikan karier Zlatan cemerlang pada 2008-09.

Beliau dan Mourinho berjaya menjuarai Serie A pada tahun tersebut sebelum menyertai Barcelona yang disifatkan beliau sebagai antara langkah paling malang dalam karier beliau.

Dalam bukunya I Am Zlatan Ibrahimovic, beliau menyifatkan Mourinho adalah pengurus yang beliau sanggup korbankan apa sahaja demi beliau.

Pada hari United mengumumkan Mourinho sebagai pengurus baru mereka, Zlatan terus berkata;

“Dia adalah orang yang membawa mereka kembali ke atas, saya mempunyai masa yang hebat bekerja dengan beliau. Mungkinkah kami akan bekerjasama semua, saya tak tahu..”

Ia menjadi petanda awal bahawa Zlatan akan ke United kerana Mourinho.

Manchester Derby paling panas dalam sejarah ?

Manchester United vs Manchester City, Mourinho vs Pep, Zlatan vs Pep. Ia adalah gambaran awal kepada suhu derby di bandar Manchester musim hadapan.

Zlatan dalam buku autobigrafi beliau melabel Pep Guardiola adalah pengecut. Presiden Barca sendiri mengakui, Zlatan mungkin akan menumbuk Pep Guardiola jika mereka berterusan bertentangan.

ibra-jose-pep

Jadi ia adalah ego yang akan menjadikan Zlatan ada misi peribadi untuk dirinya dan pada masa yang sama ia akan lebih indah kerana ia akan diselesaikan di dalam derby setempat.

Aset dan permasaran

Pakar kewangan bolasepak Rob Wilson, daripada Universiti Sheffield Hallam, menyatakan Ibrahimovic akan menjadi pemain paling banyak dipasarkan United sejak Cristiano Ronaldo,

Jualan baju sahaja mungkin akan melebihi £ 50 juta. Ia sudah cukup untuk menampung kos gagal melayakkan diri ini Liga Juara-Juara.

“Zlatan mempunyai profil global dan permintaan global,” kata Wilson. “Peminat akan membeli baju dengan Ibrahimovic di belakang mereka terutamnaya Afrika, Asia Tenggara dan pasaran Amerika.”

“Hanya beberapa beberapa pemain tertent yang ada nilai sebegitu: Gareth Bale, Neymar, Lionel Messi dan Ronaldo.” – Rob Wilson

Ego dan United

Zlatan adalah figura ikonik yang terkenal kerana ego beliau. Namun kini beliau adalah sebahagian daripada Manchester United. Kelab yang besar dan berprestij.

Zlatan pernah menolak untuk bermain dengan Arsenal kerana ‘Zlatan tak akan melakukan audition’ ketika Arsene Wenger mengarahkan beliau menyertai sesi pemilihan.

Akhirnya beliau menyertai Ajax Amsterdaam pada tahun 2000.

Pada 2014, selepas Sweden gagal melayakan diri ke Piala Dunia Brazil, Zlatan berkata;

‘Satu perkara yang pasti, piala dunia tanpa saya maksudnya tiada apa untuk ditonton’

Selamat datang ke Liga Inggeris

Walaupun sudah berusia 34 tahun, Zlatan masih ada kualiti sebagai penyerang yang memiliki penyudah yang berbisa.

Fizikal beliau yang kuat antara faktor beliau sesuai dengan suasana di Liga Inggeris. Ia adalah satu perkara yang membuatkan semua orang ingin tahu, apakah yang akan berlaku musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN