Thierry Henry Kutuk Chelsea Di Hadapan Cesc Fabregas Dalam Rancangan Soal Jawab Facebook

Cesc Fabregas pasti tidak akan menjemput Thierry Henry ke rumahnya sempena Krismas selepas lagenda Arsenal itu mengkritik pemain Chelsea secara terbuka dalam satu rancangan soal jawab Facebook di Sky Sports.

Fabregas sedang mengalami musim terburuk dalam kariernya apabila Chelsea sedang bergelut di tangga ke-16 liga dengan hanya 1 mata di atas zon penyingkiran menjelang Krismas.

Tambah buruk, tempat kesebelasan Fabregas ketika ini sudah dirampas oleh Ramires.

Dalam rancangan soal jawab yang dirakam di ibu pejabat Facebook London itu, Thierry Henry tanpa berselindung mengkritik prestasi semasa pemain Chelsea di hadapan Fabregas.

henrycesc1

Menurut Henry:

“Situasi dengan doktor, Mourinho dengan pengadil, saya memang akan cuba melindungi pemain. Tapi saya sedih tengok kualiti pemain Chelsea ketika ini.”

“Sama ada anda bermain 4-4-2, 4-3-3 atau 4-5-1, bagaimana mereka tak boleh mengalahkan Bournemouth dan Crystal Palace?”



“Saya hormat dengan pasukan-pasukan tersebut, tetapi bagaimana anda gagal menewaskan pasukan tersebut di halaman sendiri?”

“Situasi sekarang nampak sukar dan ya, kita boleh salahkan Mourinho. Tetapi saya juga rasa kita perlu salahkan pemain-pemain (Chelsea) ketika ini.”

Ketika menjawab soalan siapa pemain yang paling beliau gemar bermain bersama-sama, tanpa kejutan kepada peminat Arsenal, Thierry Henry menjawab Dennis Bergkamp.



Henry yang pernah bermain dengan pemain-pemain hebat seperti Sonny Anderson, Samuel Eto’o, Lionel Messi, Xavi, Andres Iniesta dan Zinedine Zidane berkata:

“Disebabkan saya telah melihat beliau setiap hari di latihan selama 7 tahun, saya pilih Dennis Bergkamp.”

“Kenapa? Sebab dia (Bergkamp) selalu buat apa yang ‘bola sepak’ suruh dia buat.”

“Saya sentiasa meminati bagaimana Dennis sentiasa menghormati bola sepak. Dia boleh jaringkan gol tetapi dia juga boleh membuat hantaran dan menunggu sehingga saat yang tepat tiba.”

“Dia sentiasa menghormati bola sepak sedangkan dia boleh buat skill yang menakjubkan. Perkara ini membuatkan saya jadi hormat kepada dia.”

“Saya juga suka cara dia berlatih. Dia tak mahu hilang bola. Bila dia hilang bola, dia akan terus rampas bola. Dia mahu jadi pemain pertama yang kejar bola.”



Mengulas tentang pemain terbaik di dunia ketika ini, Lionel Messi, Henry menjawab:



“Saya perlu juga beritahu tentang pemain yang aneh. Leo adalah salah seorangnya. Saya rasa anda (peminat bola sepak) takkan faham apa yang pemain aneh ini buat dalam sesi latihan dan perlawanan.”

“Leo, Zizou…anda tak boleh buat apa yang mereka buat, sebab apa yang mereka buat mustahil bagi manusia biasa.”

Baca juga: Antara Wenger, Guardiola dan Mourinho, Cesc Fabregas Tak Mahu Namakan Pengurus Kegemarannya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN