Taktikal Bayern Munich 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

Bercakap mengenai Pep Guardiola, ramai yang menganggap beliau gemarkan tiki-taka dan bola sepak hantaran pendek.

Bagi kami, inilah salah faham yang paling banyak peminat bola sepak lakukan.

Di bawah kendalian Guardiola, Bayern Munich adalah pasukan paling versatil di dunia ketika ini.

Ketika kemenangan 3-0 menentang Mainz 05 pada 26 September 2015 lepas, Bayern menyerang dengan hantaran pendek.

Tetapi ketika kemenangan 5-1 menentang Borussia Dortmund, Bayern menyerang dengan hantaran panjang.

Tetapi di sebalik perbezaan antara dua perlawanan ini, falsafah bola sepak Bayern masih sama. Mereka:

  1. Bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi
  2. Pemain mereka versatil dan boleh bermain dalam banyak posisi
  3. Sentiasa mengadaptasi taktikal mereka untuk mendedahkan kelemahan taktikal pasukan lawan
  4. Menggunakan peraturan 15 hantaran untuk menyusun organisasi serangan dan pertahanan

Bermain dengan defensive line yang tinggi

Seperti pasukan Barcelona kendalian Pep Guardiola dulu, Bayern gemar bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi.

Bagi sesetengah pasukan, bermain dengan garisan defensif yang tinggi umpama menempah maut. Pasukan anda akan meninggalkan ruang yang sangat besar di belakang pertahanan tengah.

Dan ruang ini boleh dieksploit oleh penyerang yang laju dalam serangan balas.

Inilah yang berlaku ketika Bayern kalah kepada Vfl Wolfsburg (1-4) dan Borussia Monchengladbach (0-2) pada musim lepas.

Untuk mengelak penyerang pihak lawan mengeksploit ruang yang besar di belakang pertahanan tengah mereka, Bayern akan:

  1. Melakukan counter-pressing (atau gegenpressing) setiap kali mereka kehilangan bola.
  2. Memastikan ada sekurang-kurangnya 1 pertahanan tengah laju (Jerome Boateng, Mehdi Benatia dan kadangkala Juan Bernat juga).
  3. Memberi kebebasan kepada Manuel Neuer untuk menjadi sweeper (last man).

Baca: Pengenalan Kepada Taktik Gegenpressing

Pemain versatil

Dalam skuad Bayern, mereka mempunyai banyak pemain versatil.

David Alaba boleh bermain sebagai pertahanan tengah, bek kiri dan pemain tengah. Philip Lahm boleh bermain sebagai bek kanan, pemain sayap dan pemain tengah.

Pep Guardiola perlu berterima kasih kepada Marcelo Bielsa kerana mengajar Javi Martinez – seorang defensive midfielder – cara bermain sebagai pertahanan tengah semasa di Athletic Bilbao dulu.

Di Bayern, Thiago pernah bermain sebagai pemain tengah, defensive midfielder dan pemain sayap.

Manakala Mario Goetze pula sudah mencipta nama sebagai pemain sayap klasik.

Jika dulu beliau terkenal sebagai inverted winger dan attacking midfielder, kini Goetze kerap berlari berhampiran dengan garisan tepi padang sebelah kanan.

Mengadaptasi taktikal untuk eksploit kelemahan lawan

Di bawah kendalian Pep Guardiola, Bayern menjadikan bola sepak seperti perlawanan catur. Mereka tiada formasi kegemaran.

Sebaliknya, scouting team Bayern akan menganalisis taktikal pasukan lawan.

Dan Guardiola akan mengubah taktikal Bayern supaya mereka dapat mengeksploit kelemahan taktikal pasukan lawan.

Keversatilan pemain-pemain Bayern seperti Alaba, Lahm, Thiago, Mueller dan Goetze membolehkan Bayern menukar formasi dan sistem permainan mereka mengikut situasi perlawanan.

Tetapi secara kasarnya, Bayern akan bermain dengan 3 pertahanan tengah jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang.

Ini adalah untuk mencipta situasi 3 lawan 2 di bahagian pertahanan Bayern.

Jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 1 penyerang, mereka akan bermain dengan 2 pertahanan tengah.

Taktikal vs Borussia Dortmund (4 Oktober 2015)

Ketika menentang Bayern, Dortmund bermula dengan formasi 4-3-1-2. Pierre Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan mengetuai jentera serangan Dortmund.

Melihat Dortmund yang bermain dengan 2 penyerang, Bayern menggunakan formasi 3-4-3/3-3-1-3.

bayern-5-1-dortmund-semuanya-bola

Apabila sistem 4-3-1-2 Dortmund bertembung dengan sistem 3-3-1-3 Bayern, situasi di jentera tengah menjadi pertarungan 4 lawan 4.

Tiada pemain tengah yang benar-benar bebas untuk menguasai perlawanan.

Satu-satunya pemain yang bebas adalah Jerome Boateng (bagi Bayern) dan Mats Hummel (bagi Dortmund).

Menyedari Boateng adalah satu-satunya pemain yang bebas daripada tekanan mana-mana pemain Dortmund, Guardiola mengarahkan Boateng untuk melancarkan hantaran-hantaran jauh (long balls) ke ruang di belakang Mats Hummel dan Sven Bender (yang bermain sebagai pertahanan tengah ketika itu).

Long balls yang dilancarkan oleh Boateng ini kemudiannya akan dikejar oleh Robert Lewandowski dan Thomas Mueller.

Menyedari taktikal yang dilakukan oleh Guardiola ini, Thomas Tuchel menukar formasi Dortmund kepada 4-2-3-1.

Guardiola pula bertindak balas dengan menukar formasi pasukannya kepada 4-2-3-1.

Amat menakjubkan apabila anda melihat Bayern bertukar daripada sistem 3 at the back kepada sistem 4 at the back tanpa sebarang pertukaran pemain.

Bayern menang 5-1 dalam perlawanan tersebut.

Taktikal vs Werder Bremen (17 Oktober 2015)

Werder Bremen vs Bayern Munich - Football tactics and formations

Menentang Werder Bremen yang bermain dengan formasi 4-5-1 pula, Bayern menampilkan formasi 4-1-4-1 pula.

Alaba dan Boateng berpasangan sebagai pertahanan tengah.

Tetapi apabila Bayern memegang bola, Xabi Alonso turun berhampiran Boateng. Dan Alaba akan naik menyertai serangan dari bawah.

Alaba sukar dikawal oleh pemain Bremen. Dia berada di mana-mana. Fungsinya dalam sistem ini hampir sama dengan fungsi Franz Beckenbauer, Klaus Augenthaler dan Mathias Sammer:

  • bebas menyerang ketika pasukannya mempunyai bola.
  • tetapi pantas turun sebagai pertahanan tengah sebaik sahaja Bayern kehilangan bola.

Thiago bermain di sayap kiri. Mueller pula bermain di sayap kanan. Tetapi kedua-duanya tidak bermain sebagai pemain sayap klasik. Sebaliknya mereka menjadi pemain tengah.

Thiago dan Mueller hanya berada di kawasan sayap bila Bayern kehilangan bola.

Bayern menang 1-0. Dan mereka mempunyai 81% penguasaan bola.

Peraturan 15 Hantaran

Dalam buku Pep Confidential tulisan Marti Perarnau, Guardiola ada memperkenalkan Peraturan 15 Hantaran.

Menurut Guardiola, Peraturan 15 Hantaran membolehkan pasukan beliau menyerang dan mempunyai organisasi pertahanan yang kukuh pada masa yang sama.

“Tanpa 15 hantaran ini, adalah mustahil untuk membuat transisi daripada bertahan kepada menyerang.”

“Dengan Peraturan 15 Hantaran, anda boleh menyusun organisasi pertahanan pasukan anda. Dan dalam pada masa yang sama, anda boleh merosakkan organisasi pasukan lawan.”

“Bagaimana untuk merosakkan organisasi pasukan lawan? Dengan 15 hantaran pendek yang laju dan kemas.”

“Pemain anda perlu bekerjasama dalam satu unit. Dan mereka perlu meluaskan padang untuk stretch (rosakkan) pasukan lawan.”

“Ini kerana ketika anda melaksanakan Peraturan 15 Hantaran, pemain pasukan lawan akan mengejar pemain anda untuk merampas bola.”

“Tanpa mereka sedari, organisasi pasukan mereka akan rosak.”

Guardiola menjelaskan Peraturan 15 Hantaran memudahkan pasukannya melaksanakan counter-pressing atau gegenpressing.

“Jika pemain anda hilang bola selepas melaksanakan Peraturan 15 Hantaran pun, pemain yang dapat merampas bola itu akan berseorangan dan dikelilingi pemain anda.”

“Ini memudahkan pasukan anda untuk merampas kembali bola dan menghalang mereka untuk menyerang.”

Apa maksud Guardiola?

Kami ambil contoh ketika Bayern menentang Mainz 05 pada 26 September 2015 lepas.

Seperti yang kami beritahu sebelum ini, Bayern gemar bermain dengan garisan defensif yang tinggi.

Dan seperti yang anda sudah maklum, bermain dengan garisan defensif yang tinggi ada bahayanya.

Untuk mengurangkan bahaya ini, Guardiola mencadangkan Peraturan 15 Hantaran.

Katakan pasukan anda mendapat bola dari bawah seperti ini:

bayern-peraturan-15-hantaran-1

Idea Guardiola adalah pasukan anda perlu melaksanakan Peraturan 15 Hantaran untuk bermain dengan garisan defensif yang tinggi seperti ini:

bayern-peraturan-15-hantaran-2

Dengan Peraturan 15 Hantaran, pasukan anda mempunyai organisasi yang tersusun untuk melaksanakan counter-pressing sekiranya pasukan anda hilang bola.

Baca juga: Taktikal AS Roma 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN