Ronaldo Derma 7 Juta Euros Untuk Mangsa Gempa Bumi Di Nepal

Bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo menderma sebanyak 7 juta Euros menurut laporan dari majalah sukan Perancis iaitu So Foot.

Wang derma tersebut telah disalurkan ke pertubuhan kebajikan Save The Children yang terlibat dalam membantu mangsa gempa bumi di Nepal. Bulan lepas, Ronaldo telah melancarkan kempen derma di Facebook beliau untuk mengajak orang ramai sama-sama membantu mangsa di Nepal.

Help the children affected by #NepalQuake by supporting Save the Children’s relief efforts: http://bit.ly/1DDZ19Y

Posted by Cristiano Ronaldo on Tuesday, April 28, 2015

 

Ini bukanlah kali pertama sumbangan kebajikan yang Ronaldo lakukan. Sebelum ini beliau dipercayai membiayai pembedahan otak kanak-kanak lelaki berumur 10 bulan tahun lepas dan pernah juga terbang ke Acheh, Indonesia untuk membantu mangsa Tsunami selepas melihat video kanak-kanak memakai baju Portugal dengan nama beliau di jersi tersebut pada 2004.

Main bola power, kacak dan selalu menyumbang derma. Itulah Ronaldo yang menjadi idola ramai.

Baca juga: Sokongan Kelab Jerman Kepada Pemain Yang Menghisap Kanser Ini Sungguh Mengharukan

kredit featured image: o.canada.com

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN