Reaksi Internet Selepas Petr Cech Sah Menyertai Arsenal

Berita perpindahan Petr Cech dari Chelsea ke jiran London mereka, Arsenal, disambut dengan dua cara.

Bagi penyokong Chelsea, walaupun pasukan mereka sudah mempunyai Thibaut Cortois, kehilangan Petr Cech tetap diratapi oleh mereka.

Di Chelsea, Cech memenangi 4 kejuaraan Premier League, 4 kejuaraan FA Cup, 3 kejuaraan League Cup, sebuah kejuaraan Europa League dan sudah pastilah – kejuaraan Champions League ketika Chelsea menewaskan Bayern Munich dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam final tersebut, Cech menyelamatkan penalti Arjen Robben di masa tambahan sebelum menyelamatkan lagi 2 penalti daripada Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger dalam penentuan sepakan penalti. Cech diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam itu.

Memori malam itu tidak dilupakan oleh penyokong Chelsea.

Mereka juga tidak lupa bagaimana Cech tampil memberikan persembahan yang berkualiti walaupun selepas hampir mati dalam insiden retak tempurung kepala. Kecederaan ini berlaku selepas kepalanya dirempuh lutut pemain Reading, Stephen Hunt.

Peminat Chelsea juga tidak melupai aksi-aksi penyelamat beliau yang lain.

https://twitter.com/SebSidnell25/status/615528744162361345

Tetapi ada juga penyokong Chelsea yang tidak dapat ‘menerima hakikat’.

petrcecharsenal1

Ada yang masih mengaku Cech masih lagenda Chelsea. Tetapi kastanya rendah sedikit berbanding John Terry dan Didier Drogba.

Tetapi bagi penyokong Arsenal, berita kemasukan Cech disambut gembira. Bagi mereka, walaupun David Ospina adalah penjaga gol yang bagus, Petr Cech berada di satu kelas di atas Ospina.

https://twitter.com/__arsenal_news_/status/615553417503764484

https://twitter.com/gunnerblog/status/615532970422743040

Pemain-pemain Arsenal sendiri gembira dengan kedatangan ahli pasukan terbaru mereka.

Malah Cech sendiri sempat berjenaka dengan Walcott, yang menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dengan menewaskan Cech sendiri.

Sesetengah penyokong Arsenal sudah mula bergurau kasar dengan penyokong Chelsea.

Ada juga penyokong Arsenal yang mahukan Arsene Wenger menandatangai pemain bola sepak yang boleh bermain bass.

petrcecharsenal2

Ini adalah kerana Petr Cech sendiri seorang pemain drum yang berbakat seperti Rani Kulup!

Penyokong Chelsea mungkin marah dengan tindakan Cech yang berpindah ke Arsenal. Sebagai persediaan, Cech menyediakan nota perpisahan untuk mereka.

Baca juga: Bagaimana Roberto Firmino Akan Membantu Liverpool?

Sumber: Twitter, Reddit

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN