Radar Bakat; Henrikh Mkhitaryan (Manchester United)

Selamat Datang Ke EPL Henrikh !

Manchester United mengesahkan bahawa Henrikh Mkhitryan sebagai pemain terbaru mereka selepas transaksi €27 juta diterima Dortmund.

Berikut adalah berberapa perbandingan Opta di antara Mkhitaryan dengan pemain pemain Manchester United pada musim lalu.

infographic-henrikh-mkhitaryan-3315-910x569

Mkhitaryan telah berada dalam team of the season Bundesliga 2015/16.

Daripada empat aspek perbandingan utama, pemain antarabangsa Armenia ini telah menduduki tangga teratas dalam ke empat empat aspek.

Pesaing utama Mkhitaryan mungkin Jese Lingaard dan Memphis Depay.

Gol

Pada musim pertama, bintang flop dari belanda yang bernilai £25 juta, Memphis Depay cuma menjaringkan 2 gol daripada 29 penampilan.

Depay ada banyak kerja yang perlu dilakukan jika dia mahu mengekalkan tempatnya di United selepas ini.

Mkhitaryan telah berjaya menjaringkan menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk Dortmund musim lalu.

Sebelas daripada gol adalah dalam Bundesliga untuk membantu BVB menjadi naib juara.

Anthony Martial pula telah menjaringkan sebelas gol pada musim lalu dengan minit yang lebih banyak daripada Mkhitryan.

Dalam musim diselubungi kecederaan, Wayne Rooney berjaya menjaringkan lapan gol. Beliau ditransisi daripada penyerang kepada pemain tengah.

Mata pula, pemain no.10 yang sering bermain di posisi lemah, sayap kanan di bawah kendalian Van Gaal masih berjaya menjaringkan 6 gol.

Assist

Mkhitaryan melakukan 15 assist musim lalu. Jumlah yang sama apabila assist Wayne Rooney, Mata, Martial dan Depay digabungkan.

Malah tidak ada pemain Bundesliga lain pada musim 2015/16 melakukan lebih banyak asissts daripada Mkhitaryan.

Hantaran Bahaya (Key Passes)

Mkhitryan telah melakukan 67 hantaran bahaya dan ia lebih 19 hantaran bahaya daripada yang dilakukan Mata.

Take Ons

Mkhitrayan memiliki kadar take ons yang tinggi. Beliau mencatatkan sejumlah 84 take ons yang berjaya musim lalu atau 2.7 take ons berjaya dalam setiap permainan.

Persaingan Posisi

Pemain seperti Mata dan Jesse Lindgard telah bermain di sebelah kanan untuk United musim lalu dan mereka berdua agak cemerlang.

Mkhitrayan boleh bermain di sayap kiri atau sebagai nombor 10 di belakang srtiker itu.

Walau bagaimanapun, posisi utama beliau adalah di bahagian sayap (right wing forward) di sebelah kanan. Namun di Dortmund dia juga banyak digunakan sebagai no.10 atau center attacking midfielder.

Musim lalu beliau bermain 9 kali sebagai no.10/attacking midfielder dan 8 kali sebagai sayap kanan.

Apa kata penyokong United, anda ada gambaran formasi dan posisi pemain pemain pasukan anda musim baru?

[adrotate banner=”9″]

Baca juga : Sidang Media Mourinho; Aspirasi, Legasi,Etika Kerja Dan Tak Lupa Wenger & Van Gaal


Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN