Previu Fantasy Premier League: Minggu 3

Gameweek 2 merupakan minggu yang sangat ‘epic’. Setiap pasukan mula menunjukkan kemampuan sebenar dengan pemain-pemain yang baru dibeli.

Man Utd dilihat menang mudah keatas Southampton dibantu oleh pemain baru mereka iaitu Paul Pogba. Juara liga musim lepas, Leicester City terikat 0-0 menentang Arsenal.

Paling mengejutkan adalah Liverpool. Pasukan yang baru sahaja menang di Emirates tewas 2-0 kepada Burnley. Benarlah kata orang, EPL ini sangat ‘unpredictable’.

Berikut merupakan tips sempena minggu ketiga ini:

Penjaga gol

SCHMEICHEL-rex-2-large_trans++qVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwfSVWeZ_vEN7c6bHu2jJnT8

Leicester bertahan dengan baik ketika menentang Arsenal pada minggu lepas. Schmeichel turut menjadi hero buat Leicester sekaligus mendapat 1 mata bonus. Kasper Schmeichel bakal menentang Swansea pada minggu ini dimana pasukan ini baru sahaja berjaya menyumbat 1 gol di dalam 2 perlawanan.

Berikutan kehadiran Eric Bailly tugas David De Gea dilihat tidak begitu sukar dan sibuk sepertimana musim lepas. Pertahanan Manchester United berjaya mendapatkan clean sheet dengan mudah pada minggu lepas semasa menentang Southampton. Menentang pasukan yang lebih suka menyerang pada minggu ini iaitu Hull City mungkin akan menyukarkan Man Utd mendapatkan clean sheet namun peluang untuk Man Utd clean sheet agak tinggi.

Pertahanan

tottenham-kyle-walker_3360258

Kyle Walker 5.6) antara full back yang kerap naik untuk menyerang. Hasilnya, Walker berjaya mendapatkan assist ketika perlawanan pertama. Pada perlawanan kedua Spurs berjaya mendapatkan clean sheet. Minggu yang agak sukar untuk Spurs apabila bakal menentang Liverpool pada minggu ini. Bermain di White Hart Lane mungkin akan meningkatkan peluang Spurs beraksi dengan cemerlang.

Wes Morgan 5.0) antara watak penting ketika menentang Arsenal. Dibantu oleh kehadiran Robert Huth, pertahanan Leicester dilihat agak stabil seterusnya bakal memberikan peluang buat pasukan Leicester memperoleh lebih banyak clean pada minggu-minggu akan datang.

Sama seperti Kyle Walker, Luke Shaw 5.6) antara full back yang kerap naik untuk menyerang. Shaw setakat ini berjaya mendapatkan 1 assist, 1 clean sheet serta 2 bonus point berikutan aksi cemerlang pada minggu lepas menentang Southampton.

Pemain Tengah

3732064B00000578-3744851-image-m-22_1471425259156

Raheem Sterling (£8.0) dilihat sebagai individu yang banyak berubah berbanding musim lepas. Siapa sangka beliau berjaya untuk menyesuaikan diri di bawah pengurus baru iaitu Pep Guardiola. Sterling berjaya untuk menghabiskan 90 minit perlawanan untuk 2 perlawanan pertama serta mengutip 2 assist. Menentang pasukan yang mengalami masalah kecederaan iaitu West Ham, dijangka Man City mudah untuk mendapatkan gol.

Tidak banyak yang dapat Eden Hazard 10.1) buktikan menentang pasukan yang bermain dengan formasi 3-5-2 iaitu Watford pada minggu lepas. Dalam pada itu, Hazard berjaya mendapatkan 1 assist pada perlawanan tersebut. Hazard kini berjaya mengutip 1 goal dan 1 assist pada perlawanan pertama. Daripada pemerhatian awal, Hazard dilihat seperti individu yang berbeza dibawah pengurusan Antonio Conte. Pada minggu ini Chelsea bakal bertemu dengan Burnley di Stanford Bridge.

Dusan Tadic 7.4) dan Nathan Redmond 6.1) gagal untuk buktikan permainan terbaik mereka semasa perlawanan minggu lepas menentang Manchester United. Walaubagaimanpun, pergerakan untuk mendapatkan gol itu ada. Pada musim ini dibawah kendalian Claude Puel mereka ditempatkan di posisi belakang penyerang dimana Nathan Redmond diberikan mandat untuk bermain sebagai free role. Menentang Sunderland dimana David Moyes masih gagal untuk mendapatkan keserasian taktikal dijangka memberikan peluang buat Southampton untuk mencetak gol.

Etienne Capoue pada masa ini merupakan pemain tengah yang berjaya mengutip markah FPL tertinggi dengan 19 mata. Apa yang lebih menarik, pemain kelahiran Perancis ini cuma beharga 4.6) dan sudahpun mendapatkan 2 gol dan 5 bonus point.

Penyerang

636068986772628924w

Terpaksa kami ulangi senarai penyerang yang sama buat kali ke-3 berturut-turut berikutan prestasi yang sangat baik. Tidak lain dan tidak bukan Zlatan Ibrahimovic (£11.6) dan Sergio Aguero (£13.0). Kedua-duanya berjaya membuktikan tanda harga yang mahal pada diri mereka sangat berbaloi untuk didapatkan dengan masing-masing berjaya menyumbat 3 gol di dalam 2 perlawanan.

Pada minggu ini, Zlatan Ibrahimovic bakal bertemu Hull City manakala Sergio Aguero bakal menentang West Ham di Manchester Stadium. Mampukah mereka meneruskan goal scoring form mereka?

Diego Costa 9.6) juga beraksi dengan cemerlang untuk 2 perlawanan pertama. Costa berjaya mencatat 2 gol. Walaubagaimanapun, sikap beliau di atas padang yang sudahpun menerima 2 kad kuning mungkin bakal mengurangkan markah FPL anda.

4 pemain penyerang yang baik untuk anda dapatkan pada harga yang rendah. Menariknya, kesemuanya datang daripada 3 kelab yang baru sahaja naik ke Liga Perdana Inggeris. Alvaro Negredo 6.7), Abel Hernandez (£6.0), Andre Gray 6.5) dan Christhian Stuanni 5.0). Namun, melihat daripada jadual setiap perlawanan mereka selepas ini, kami cadangkan untuk anda dapatkan pemain daripada Middlesbrough untuk lebih peluang untuk mendapatkan gol.

Jangan lupa untuk follow akaun twitter SemuanyaBOLA yang terbaru untuk lebih info mengenai EPL dan FPL.

[adrotate group=”3″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN