Prebiu Taktikal Piala Sumbangsih 2015: JDT vs Pahang

Malam ini JDT akan menjadi hos kepada musuh ketat mereka dalam satu lagi perlawanan merebut piala.

Musim lepas, JDT langsung tidak pernah menang ke atas Pahang, satu rekod yang pasti mahu dibetulkan oleh mereka pada malam ini. Bagi cup-specialist Pahang pula, ini adalah peluang mereka untuk menambah satu lagi piala, 3 mata dan hak untuk berlagak untuk penyokong-penyokong mereka.

JDT

Musim lepas, Bojan Hodak banyak menggunakan formasi 4-4-2 untuk mengubah prestasi JDT di liga selepas mengambil alih dari Cesar Jimenez. Dalam formasi ini, Jorge Pereyra Diaz akan bergandingan dengan Luciano Figueroa  sebagai pasangan penyerang. Diaz akan beroperasi di sebelah kiri manakala Figueroa sebagai penyerang di sebelah kanan. Di tengah Jasazrin Jamaluddin berpasangan dengan Safiq Rahim. Kedua-dua mereka mempunyai stamina untuk mendominasi bahagian tengah, tetapi lain pula kesnya ketika JDT menentang pasukan yang mengamalkan route one football seperti Pahang.

Baca juga: JDT Mahu Dominasi Mutlak Dalam Liga (Prebiu Liga Super 2015)

Musim ini, Bojan Hodak kelihatan seperti ingin mengubah sesuatu. Kehadiran Junior Eldstal dikala mereka sudah mempunyai 5 pemain tengah menandakan JDT ingin memperbaiki kelemahan mereka pada musim lepas, iaitu kegagalan mereka untuk menangani ancaman route one football yang diamalkan oleh Pahang dan Felda United. Fadhli Shas dan Marcos Antonio bergelut untuk menyelamatkan benteng mereka tanpa perlindungan true defensive midfielder di hadapan mereka. Ya, Shakir Shaari dan Hariss Harun adalah defensive midfielder tetapi mereka bukan jenis ball winning midfielder. Musim ini mereka mempunyai Junior Eldstal untuk tugas spesifik itu.

6 pemain tengah juga menandakan kemungkinan JDT akan bermain menggunakan 3 pemain tengah. Mungkin perubahan strategi taktikal ini yang mahu dilindungi oleh Bojan Hodak sehingga hampir kesemua perlawanan pra-musim mereka dijalankan di belakang tabir. Tiada video ulangan perlawanan dan tiada pengumuman starting line-up di page FB rasmi mereka.

Barisan kemungkinan:

JDT - Football tactics and formations

Pahang

Zainal Abidin Hassan sangat berpuas hati dengan barisan pemainnya pada musim lepas sehinggakan beliau meminimumkan aktivitinya pada jendela perpindahan pemain kepada cuma 2 pembelian pemain. Ini bermakna, Pahang musim lepas adalah Pahang yang bakal kita saksikan musim ini. Direct, fast transition, gemar menyerang melalui sayap dan jika perlu, mereka boleh bermain route one football melalui Dickson Nwakaeme.

Baca juga: Pahang FA Mahu Tambah Kejuaraan Liga Super Dalam Kabinet Trofi Mereka (Prebiu Liga Super 2015)

Pahang gemar bermain dengan formasi 4-4-2 dengan pasangan Dickson Nwakaeme dan Matias Conti mengetuai jentera serangan. Nwakaeme akan beroperasi di bawah Conti manakala Azamuddin Akil dan R. Gopinathan di sayap kanan dan kiri. Ruang kosong antara barisan tengah dan pertahanan seperti di dalam gambar di bawah inilah yang Nwakaeme gemar untuk memporak perandakan pertahanan JDT dan membuka ruang kepada Conti, Azamuddin dan Gopinathan.

nwakaeme

Pemain baru Pahang, D. Saarvindran adalah tambahan yang berkualiti untuk Pahang. Seorang pemain versatil yang boleh bermain di kedua-dua sayap dan tengah, Saarvindran juga mempunyai teknik rembatan jauh yang bagus, sesuai dengan corak permainan Pahang yang direct.

Musim ini tidak banyak perubahan akan dilakukan Pahang. Semua orang tahu bagaimana mereka akan bermain dan Zainal mengharapkan pengekalan muka-muka sama ini akan mengekalkan team cohesion mereka di hadapan gol. Kami menjangkakan ‘enjin Pahang panas lebih cepat’ daripada JDT pada perlawanan malam ini.

Barisan kemungkinan:

Pahang - Football tactics and formations

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN