Portugal Juara Eropah 2016!


Forca Portugal!

Portugal menewaskan Perancis buat pertama kali dalam tempoh 41 tahun dan 11 perlawanan. Mereka juga menjadi penghalang Perancis untuk menang 3 kejohanan besar berturut-turut di Paris.

Mereka berjuang hampir 100 minit tanpa kapten Cristiano Ronaldo. Ia adalah kejuaraan besar pertama yang dimenangi Portugal dalam sejarah mereka.

Laporan Perlawanan

Separuh masa Pertama

Portugal dan Perancis memulakan perlawanan di Stade De France dengan tempo sederhana. Perancis mengancam kubu Portugal lebih awal, clearance oleh Fonte gagal dirembat kemas Sissoko.

Kesilapan Pepe membuatkan pertahanan Portugal panik dan Griezmann hampir menjaringkan gol melalui tandukan bebas.

Perlawanan menjadi sedikit emosi apabila Cristiano Ronaldo yang dikasari Payet. Beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-24 dan digantikan dengan Ricardo Quaresma.

asasas

Ronaldo yang sebelum itu 2 kali meminta rawatan kali ini akur beliau harus keluar. Ronaldo memberikan lilitan kapten kepada Nani.

3905

Portugal menukar formasi kepada 4-1-4-1 yang kelihatan agak lemah untuk mengancam pasukan Perancis. Mereka agak sukar untuk menyerang dengan Nani sebagai False 9.

Pada baik 15 minit terakhir separuh masa pertama Perancis turut berhempas pulas untuk mendapatkan gol pertama. Portugal berjaya menyerang ke kubu Perancis namun tidak ada penyudah.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 dan cuma 3 cubaan tepat sahaja dihasilkan kedua dua pasukan.

stas

Separuh Masa Kedua

Pada separuh masa kedua, perlawanan masih sukar buat kedua dua pasukan. Moussa Sissoko banyak memberikan ancaman dan melakukan satu rembatan deras dari jarak jauh.

Deschamps memasukkan Coman dan mengeluarkan Payet untuk lebih aktif di bahagian sayap. Coman mencipta peluang kepada Giroud pada minit ke-75 namun masih gagal disempurnakan.

5330

Portugal melakukan pertukaran taktikal dengan memasukkan Eder. Portugal bermain dengan 4-3-3 dan hampir mendapat gol hasil hantaran nani yang hampir masuk.

Susulan akrobatik oleh Quaresma mencemaskan pintu gol Perancis namun diselamatkan Hugo Lloris yang beraksi cemerlang sepanjang malam.

2507

Giroud dikeluarkan dan Gignac melakukan cubaan yang paling hampir untuk gol dalam perlawanan ini pada minit ke 90+2 namun terkena tiang setelah menewaskan pertahanan dan penjaga gol Portugal.

Masa Tambahan Pertama

Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Pepe turut berpeluang memberikan gol pendahuluan namun sudah pun ofsaid.

Keletihan dan tekanan jelas dirasakan para pemain. 3 kad kuning oleh kedua dua pasukan dalam tempoh 5 minit pada 10 minit pertama masa tambahan.

Guereirro mengambil sepakan penjuru dari arah kanan. Tandukan Eder pada minit ke 103 diselamatkan point blank save oleh Hugo Lloris.

3600

Masa Tambahan Kedua

Portugal menampakkan karakter lebih baik. Sepakan percuma Quaresma pada minit ke 107 terkena palang gol.

Gol kejuaraan mereka hadir seminit kemudian, minit ke-108 melalui penyerang simpanan mereka Eder yang merembat dari luar kotak penalti. Ia menjadi gol kemenangan Portugal yang gagal dibalas oleh Perancis.

Perancis cuba mencari gol penyamaan di saat saat akhir namun mereka terlalu tumpul kali ini di hadapan pintu gol.

ede

ssssss

ds

Statistik Perlawanan

sa

Terus ikuti kami di semuanyaBOLA untuk analisis taktikal penuh. Tahniah Portugal!

[adrotate banner=’9′]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN