Berita Yang Peminat Pro Evolution Soccer (PES) Tidak Mahu Dengar

Awan Hitam di Studio Konami

koji

Beberapa minggu yang lalu merupakan minggu yang sukar bagi Konami, antara pengeluar game terbesar di Jepun kerana krisisnya dengan Hideo Kojima. Kojima, yang merupakan salah satu watak penting dalam merencanakan siri permainan francais utama Konami, Metal Gear Solid dikatakan sudah berpisah dengan pengeluar game tersebut.

Antara faktor yang disebut-sebut mendorong ke arah itu adalah kerana masalah kewangan Konami dan pihak pengurusan Konami yang tidak lagi sebulu dengan game developer yang sudah veteran itu. Lebih teruk, Konami juga telah mengumumkan pembatalan siri game bergenre seram yang mempunyai legasi tersendiri, Silent Hill.

Dengan pelbagai kontrovesi yang mencemarkan reputasi Konami, telah wujud beberapa spekulasi yang mempersoalkan tentang kemampuan Konami untuk memasarkan permainan video baru tahun ini. Nasib dan masa depan judul-judul permainan yang sinonim dengan Konami seperti Metal Gear Solid, Castlevania, Silent Hill dan PES juga bakal berakhir sekiranya syarikat itu terus dilanda masalah.

Walaupun pelancaran permainan video Silent Hill pada tahun ini telah dibatalkan, peminat-peminat judul Metal Gear Solid mungkin mampu menarik nafas lega apabila Hideo Kojima masih mengesahkan yang dia terlibat 100% dalam penghasilan judul terbaru franchais tersebut, The Phantom Pain. Terdapat indikasi-indikasi yang memungkinkan bahawa siri MGS ini merupakan siri terakhir yang mendapat sentuhan Kojima.

Masa Depan Francais PES

Ronaldo

Namun persoalan utama yang dibimbangi oleh penulis adalah nasib judul permainan yang paling tersohor oleh Konami, Pro Evolution Soccer. PES telah mendominasi perang permainan simulasi bola sepak sejak era PlayStation 2 lagi, dan pernah disebut-sebut sebagai salah satu simulasi permainan bola sepak yang sempurna kerana grafik yang realistik dan gameplay mechanics yang lancar.

Siapa yang boleh lupakan saat-saat pulang dari sekolah, beg ditinggalkan didepan pintu rumah dan terus mencapai controller PlayStation 2 untuk bermain PES? Kemudian datang pula si ayah dengan membawa rotan kerana penulis masih berbaju sekolah ketika melayan PES. Hujung minggu dan cuti sekolah pula, PlayStation 2 diusung di atas basikal ke sana ke mari dari rumah kawan ke rumah kawan yang lain untuk bermain PES di rumah mereka.

Secara jujurnya pada pandangan penulis, PES pernah melalui zaman emas mereka kerana judul tersebut pernah mengalahkan siri francais FIFA suatu masa dahulu. Namun, kerana FIFA mempunyai kelebihan dari segi pemilikan lesen rasmi dan permainan online yang lebih mengujakan, FIFA telah menjadi permainan bola sepak yang paling laris dan paling popular kini.

PES merupakan produk yang besar bagi Konami, dan ia menjana banyak keuntungan bagi syarikat, namun ia masih dibayangi oleh keunggulan FIFA kerana ciri permainan online PES yang tidak berkesan dan kurangnya pemilikan lesen rasmi pasukan. Dua faktor ini dijangka bakal menyekat kemajuan PES untuk satu tempoh yang panjang.

Justeru, wujudnya cakap-cakap yang mengatakan bahawa PES 2016 takkan dilancarkan pada tahun ini. Cakap-cakap ini sebenarnya timbul apabila didalam jadual pelancaran permainan video terbaru tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Konami, judul PES 2016 tidak dinyatakan. Sila rujuk jadual rasmi dibawah.

konami_list

Di dalam senarai tersebut, anda akan dapat menyaksikan permainan Winning Eleven 2015 myClub. Walaupun WE merupakan versi PES yang dilancarkan di Jepun, ia merupakan versi free-to-play (percuma) untuk konsol PlayStation 4 dan telah pun dilancarkan di Jepun pada bulan Mac yang lalu. Ternyata PES 2016 tidak disenaraikan langsung!

Berdasarkan jadual berikut, hanya dua permainan video sahaja yang bakal dilancarkan oleh Konami pada tahun ini iaitu Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dan permainan arked Matsuri de Fever.

Jika penelitian ini benar, terdapat spekulasi yang memungkinkan PES 2016 akan muncul dari rentetan PES 2015 myClub dan permainan PES 2016 akan menjadi seperti FIFA World iaitu keseluruhan permainan secara online. Atau, mungkin juga Konami bakal mengumumkan pelancaran PES 2016 ketika E3 2015?

Sedikit Cahaya Harapan

Walaupun khabar angin bertiup kencang dan berdepan dengan pelbagai masalah, tweet terbaru dari Adam Bhatti, pengurus komuniti PES ini ternyata amat melegakan peminat-peminat PES.

adam bhattiMenurut Adam:

“Hei semua, hanya nak memberitahu kalian supaya jangan risau, masa depan PES adalah selamat. Kita mempunyai masa depan yang sangat cerah, tak sabar nak tunjukkan pada kalian”.

Walau bagaimanapun, hanya tweet ini sahaja yang memberi harapan kepada peminat-peminat PES. Semasa artikel ini ditulis, masa depan PES 2016 tetap tampak tidak meyakinkan. Jika anda membuka laman web rasmi untuk membuat preorder pun, PES 2016 tidak terdapat dalam senarai permainan yang boleh di preorder. Maaf, peminat PES.

Merenung Masa Depan Yang Masih Kelam

PES dark

Namun, jika dakwaan Adam Bhatti ini benar, Konami dijangka bakal melancarkan PES 2016 pada masa yang hampir serupa dengan FIFA 16. Ketidaktentuan ini sebenarnya bakal ditentukan oleh kemampuan Konami menyerap tekanan pasaran dan menyelesaikan konflik dalaman nya. Jika mereka gagal melaksanakannya, penulis menjangkakan masa depan yang suram bagi francais permainan video ini.

Ia mungkin berita yang baik untuk EA, namun bukanlah berita yang ingin didengari oleh peminat. Jika PES tiada, FIFA bakal mendominasi perminan video sukan popular ini dan kita sedia maklum bahawa EA merupakan “kaki pau” terbesar kepada kaki permainan video.

Tak percaya? Tanyalah pada “FIFA fan boy” (istilah kepada peminat tegar FIFA), berapa banyak wang mereka sudah dihabiskan dalam usaha membina FIFA Ultimite Team mereka.

Pada hemat penulis, PES 2016 bakal dilancarkan juga tahun ini. Cuma, jika Konami gagal mencari jalan menamatkan krisis yang dihadapinya sebelum hujung tahun ini, PES 2016 mungkin siri PES terakhir yang mungkin anda akan dapat lihat dipasaran.

 Nota Penulis : Penulis merupakan seorang FIFA Fan Boy, namun boleh bermain kedua-dua judul PES dan FIFA dengan baik tanpa prejudis.

Baca juga: 5 Perkara Yang Mengujakan Tentang FIFA 16

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN