Pengenalan Kepada Perangkap Ofsaid

Tidak keterlaluan untuk mengatakan perangkap ofsaid adalah seni.

Menerangkan tentang perangkap ofsaid adalah mudah. Tetapi untuk melakukannya dengan efektif di atas padang, ia jauh lebih sukar.

Benarkah dakwaan ini?

Apa itu perangkap ofsaid?

Perangkap ofsaid adalah satu strategi pertahanan yang direka supaya penyerang pasukan lawan bergerak ke kawasan ofsaid sebaik sahaja dia menerima bola.

Perangkap ofsaid digunakan oleh pasukan yang gemar menyerang.

Mengapa ia selalunya dipasang oleh pasukan yang gemar menyerang?

Untuk menyerang, semua 10 pemain anda (kadang-kala penjaga gol juga) perlu naik ke atas (push up) dan bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi.

Ini untuk memastikan bola kekal lebih lama di kawasan kubu pertahanan lawan.

Tetapi apabila pasukan anda push up dan bermain dengan defensive line yang tinggi, pertahanan tengah anda akan meninggalkan ruang yang besar di belakang mereka.

Memandangkan kebanyakan pertahanan tengah tidak mempunyai kelajuan seperti penyerang, ruang yang besar ini boleh dimanipulasikan oleh penyerang lawan.

Untuk meneutralisasikan bahaya penyerang lawan ketika pasukan anda sedang push up, jentera pertahanan pasukan anda perlu memasang perangkap ofsaid.

aa offside trap

Dalam erti kata lain, perangkap ofsaid membolehkan pasukan anda menyerang tanpa perlu risaukan ruang besar di belakang pertahanan tengah anda.

Bagaimana untuk melakukan perangkap ofsaid yang berjaya?

Untuk melakukan perangkap ofsaid yang berjaya, pasukan anda memerlukan:

a. Pertahanan tengah yang sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Kunci utama kejayaan perangkap ofsaid adalah adanya organisasi di jentera pertahanan tengah anda. Sesebuah organisasi yang berjaya memerlukan pemimpin.

Jentera pertahanan Arsenal era George Graham mempunyai Tony Adams sebagai pemimpin.

AC Milan era Arrigo Sacchi mempunyai Franco Baresi.

Barcelona era Pep Guardiola mempunyai Carles Puyol.

Kami akan bincangkan lebih lanjut mengenai perangkap ofsaid 3 pasukan hebat ini di bawah nanti.

b. 4 pemain pertahanan yang bertahan sebagai satu unit yang kohesif

Ketika pasukan sedang diserang di tengah, bek kiri dan kanan perlu memastikan posisi mereka berada di satu garisan defensif yang sama atau lebih tinggi.

Ketika pasukan sedang diserang di kiri/kanan, pertahanan tengah juga perlu memastikan posisi mereka berada di satu garisan defensif yang sama atau lebih tinggi.

Apabila walau seorang pemain gagal bermain sebagai satu unit yang kohesif, perangkap ofsaid akan gagal. Seperti ini:

Example-6-Qatar-1

Apa yang perlu dilakukan dalam sesi latihan?

Untuk memastikan pemain anda mampu melaksanakan perangkap ofsaid dengan sempurna, mereka perlu mengamalkan latihan shadow play.

Shadow play banyak dipraktiskan dalam pelbagai disiplin seperti badminton dan ragbi. Malah ketika belajar bermain gitar juga! Tujuannya adalah untuk melatih muscle memory.

Dengan shadow play, pemain badminton mampu mengembalikan pukulan dari segenap ruang dan mengetahui sama ada bulu tangkis akan jatuh di dalam atau luar gelanggang.

Dengan shadow play, pemain gitar pula mampu memainkan chord gitar tanpa melihat jarinya pada setiap masa.

Begitu juga dalam bola sepak, shadow play membolehkan pemain tahu di mana posisi yang sepatutnya dia berada mengikut situasi perlawanan. Termasuklah posisi mereka ketika perangkap ofsaid dilakukan.

Contoh: Latihan shadow play AC Milan ketika era Arrigo Sacchi

Bilakah perangkap ofsaid sesuai dipasang?

Perangkap ofsaid sesuai dipasang jika pasukan lawan menggunakan strategi serangan yang mudah dibaca. Contohnya jika pasukan lawan menyerang dengan hantaran jauh.

Bagaimanapun perangkap ofsaid agak berisiko jika pasukan lawan bermain dengan hantaran pendek.

Ini kerana serangan dengan hantaran pendek sukar dibaca. Apatah lagi apabila pemain lawan mampu melakukan trick passes seperti backheel dan flick yang tak mampu dijangka.

Seperti apa yang berlaku kepada pertahanan Villareal ketika menentang Barcelona ini:

Perangkap ofsaid juga agak berisiko jika penjaga gol anda tidak mempunyai kelajuan untuk keluar dari kawasan golnya dan bertindak sebagai sweeper, atau dalam bahasa bola sepak orang Malaysia – last man.

Dalam konteks pasukan Harimau Malaya dan Liga Super, perangkap ofsaid agak berisiko untuk diamalkan oleh pertahanan Malaysia.

Ini kerana mereka tidak berkomunikasi dan tidak bertahan dalam satu unit.

Contoh: Thailand 2-0 Malaysia (Piala AFF Suzuki 2014)

zzz6

Contoh pasukan yang aktif melakukan perangkap ofsaid

1. Arsenal era George Graham (1992-1995)

Entah berapa kali dalam kariernya, Tony Adams mengangkat tangannya dalam perlawanan. Sehinggakan pengadil rasa perlu mengangkat bendera ofsaid setiap kali Adams mengangkat tangannya.

Di bawah organisasi yang disusun Tony Adams, Steve Bould, Nigel Winterburn dan Lee Dixon membentuk jentera pertahanan yang hebat memasang perangkap ofsaid.

2. AC Milan era Arrigo Sacchi (1988-1991)

Ketika Franco Baresi menyusun organisasi pertahanan Milan, peraturan ofsaid sangat ketat berbanding sekarang. Sepakan percuma akan diberikan walaupun pemain yang ofsaid itu tidak terlibat dalam active play.

Franco Baresi, Mauro Tasotti, Alessandro Costacurta dan Paulo Maldini perlu berterima kasih kepada Arrigo Sacchi.

Kerana latihan shadow play beliau berjaya melatih mereka menjadi sebahagian daripada jentera pertahanan yang hebat.

3. Barcelona era Pep Guardiola (2008-2012)

Sebagai salah satu pasukan yang gemar menyerang, Pep Guardiola sentiasa mahukan Barcelona bermain dengan garisan defensif yang tinggi.

Di kemuncak kariernya, Guardiola menyempurnakan taktikal Marcelo Bielsa.

Dengan sistem man marking, Guardiola sentiasa mahukan lebihan seorang pemain (extra man) di jentera pertahanan disamping membuat perangkap ofsaid.

Jika Barcelona menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang, Sergio Busquet akan diarahkan bermain sebagai pertahanan tengah (ketika Barcelona diserang) dan defensive midfielder (ketika Barcelona memegang bola).

Ini membolehkan Barcelona mempunyai Carles Puyol (kemudian Eric Abidal), Gerard Pique dan Sergi Busquet ketika diserang 2 penyerang.

Situasi 3 lawan 2 ini memihak Barcelona. Ia bagaikan satu polisi insurans jika perangkap ofsaid Barcelona tidak menjadi.

Baca juga: PENGENALAN KEPADA TUGAS PERANCANG: PLAYMAKER, TREQUARTISTA, REGISTA DAN ENGANCHE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN