Penyokong Manchester United Kutuk Persembahan Phil Jones Dan Wayne Rooney Di Moscow

Kali terakhir Manchester United bermain di Moscow, mereka mencipta memori indah.

Dalam final Champions League 2007/2008 di Stadium Luzhniki, Moscow, United mengalahkan Chelsea untuk menjulang trofi Champions League selepas masa tambahan dan penentuan penalti.

Final itu terkenal dengan insiden John Terry yang tergelincir ketika mengambil penalti. Sekaligus memberikan kemenangan kepada skuad Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun United hampir-hampir meninggalkan Moscow dengan memori buruk semalam apabila ketinggalan 0-1 kepada CSKA Moscow pada separuh masa pertama.

Seydou Doumbia menyempurnakan sepakan penalti yang disia-siakan oleh rakan sepasukannya, Roman Eremenko pada minit 15′.

Bagaimanapun, perkara yang paling membuatkan penyokong United marah adalah persembahan Phil Jones pada separuh masa pertama.

https://twitter.com/ChrisReezy7/status/656919734995304448

Wayne Rooney turut tidak terlepas daripada kritikan penyokong United selepas tamat separuh masa pertama.

https://twitter.com/Yazieiid/status/656921274522972161

Baca juga: Mengapa Manchester United Tak Perlu Risau Bila Depay Hilang Bola 35 Kali Dalam Satu Perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN