Penyokong Chelsea Rayu Mourinho Tidak Menandatangani Falcao

Persembahan Radamel Falcao untuk Colombia di kejohanan Copa America 2015 sangat mengecewakan setakat ini.

Skuad kendalian Jose Pekerman bernasib baik mara ke peringkat kalah mati meskipun hanya menang sekali. Tambah buruk, Falcao kini menjadi satu masalah besar buat skuad Columbia.

falcaocolombiachelsea

Beliau hanya mampu melakukan satu percubaan tepat sahaja dalam 3 perlawanan kumpulan C. Semasa seri 0-0 menentang Peru, persembahan beliau sangat buruk sehingga Pekerman terpaksa mengeluarkan beliau pada minit 65′.

 
Semasa beliau dipinjamkan ke Manchester United pada musim lepas, Falcao hanya mampu menjaringkan 4 gol dari 26 penampilan liga. Persembahannya sungguh buruk, United mengambil keputusan untuk tidak menandatangai Falcao secara tetap pada akhir musim.

Bagaimanapun, khidmat Falcao masih diminati pengurus Chelsea, Jose Mourinho. Beberapa akhbar di United Kingdom melaporkan wakil Chelsea sedang berjumpa dengan agen Falcao untuk berbincang usul perpindahan kelab.

Namun ia bukanlah berita gembira buat penyokong Chelsea. Terutama selepas mereka melihat aksinya untuk Colombia di Copa America 2015.

Paling melawakkan, ada penyokong Chelsea mencadangkan Emile Heskey sebagai pilihan yang lebih baik.

Barangkali dari perspektif Mourinho, masih ada harapan buat Falcao kembali menyerlah. Tetapi kami tertarik dengan kata kata dari salah seorang penyokong The Blues.

Sudah tentu Jose seorang yang dapat mengembalikan prestasi seseorang pemain. Tapi sudah tiba masanya untuk tinggalkan eksperimen!

Majoriti penyokong Chelsea mempersoalkan rasional membayar gaji mahal untuk pemain yang sering cedera dan jelas sudah melepasi zaman kegemilangannya.

https://twitter.com/JuJuSparkle/status/612735672101806080

Bagaimanapun ada penyokong Chelsea yang cuba bersikap positif terhadap prospek Falcao bermain untuk Chelsea.

Ada yang mahu penyerang muda Chelsea, Patrick Bamford dan Dominic Solanke diberikan peluang dalam skuad utama.

Ada juga penyokong Chelsea mencadangkan nama penyerang lain untuk ditandatangani. Nama yang popular adalah penyerang Sevilla yang baru memenangi UEFA Europa League 2014/2015, Carlos Bacca.

https://twitter.com/FrChelsea/status/612756974342643712

Baca juga: Apa Yang Terjadi Kepada Alexandre Pato?

 

Sumber: The Independent, Getty Images

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN