Setelah Didesak Oleh Ultras, Pengurus Kelab Bulgaria Letak Jawatan Selepas 2 Jam Dilantik

Adalah normal bagi penyokong untuk terasa jijik apabila musuh tradisi mereka berada dekat dengan kelab kesayangan mereka.

Dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka keluar dari kelab mereka.

Itulah yang terjadi kepada kelab Bulgaria, Botev Plodiv yang baru saja melantik pengurus baharu.

Pengurus Nikolay Mitov (gambar bawah) dipaksa meletakkan jawatan hanya selepas 2 jam oleh penyokong Botev Plodiv.

Ini kerana Mitov adalah peminat dan bekas pemain Levski Sofia – musuh tradisi Botev Plodiv.

nikolay_mitov_2013_10_07

Permusuhan Botev Plodiv dengan Levski Sofia

Botev Plodiv dan Levski Sofia merupakan dua musuh tradisi yang sudah lama wujud dalam kancah bola sepak Bulgaria.

Walaupun begitu, mereka bermusuh bukan atas faktor geografi kerana Botev berasal dari bandar Plodiv dan Levski berasal dari bandar Sofia.

Permusuhan terjadi kerana bandar Plodiv dan Sofia merupakan 2 bandar terbesar di Bulgaria, jadi secara automatiknya pasukan-pasukan utama dari dua bandar ini akan menjadi musuh sesama sendiri setiap kali bertemu.

EMO_3842

Hipokrit

Bagi penyokong Botev Plodiv, Mitov adalah seorang yang hipokrit.

Mitov dilantik bagi menggantikan Niolaya Kostov yang dipecat telah mengeluarkan kata-kata yang ternyata menggambarkan beliau hanya mencipta sahaja kata-kata tersebut.

Bercakap kepada media ketika sesi pengenalannya sebagai pengurus Botev Plodiv, Mitov berkata beliau berasa “bangga” dan “terhormat kerana melatih sebuah kelab yang besar dan disayanginya.”

Sesi pengenalan yang diadakan di padang latihan Botev Plodiv itu diganggu oleh sebahagian penyokong Botev Plodiv yang diketuai oleh ultras mereka iaitu Bultras yang datang untuk ‘menghalau’ Mitov.

Mereka menghalau beliau pergi kerana mengetahui beliau masih menyokong Levski Sofia.

“Kamu tidak diundang ke kelab ini. Pergi dari sini!”

Mitov yang hadir bersama-sama pembantunya Marian Hristov jelas sekali terasa tekanan yang diberikan oleh penyokong beliau sendiri.

Tidak tahan dengan tekanan tersebut, Mitov menamatkan sesi pengenalannya itu dengan segera serta meletakkan jawatan dengan serta merta.

Tidak beradab

Perletakkan jawatan Mitov itu ternyata membuatkan ‘kerusi panas’ jawatan pengurus Botev Plodiv kembali kosong.

Tindakan penyokong yang diketuai oleh ultras Bultras itu ternyata membangkitkan kemarahan pemilik Botev Plodiv, Rumen Chandurov (gambar bawah).

maxresdefault (8)

Beliau melabelkan tindakan penyokong kelabnya itu sebagai ‘tak beradab’.

“Saya tak tahu nak cakap apa, tak beradab, tak beradab, tak beradab!”

Chandurov juga selepas itu meletakkan jawatan sebagai pemilik kelab.

Botev Plodiv kini ditangga ke-8 Liga Bulgaria, mengutip 7 mata daripada 5 perlawanan.

Mereka kini ketinggalan 4 mata dibelakang Levski Sofia yang mengutip 11 mata ditangga kedua.

Baca juga: Penyokong Kelab Brazil Ceroboh Sesi Latihan Pasukan, Cabar Pemain Lawan Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN