Peminat JDT, Ini Pendapat Penyokong Santos dan Estudiantes Tentang Pemain Baru Anda; Patricio Rodriguez.

Baru-baru ini, JDT mengumumkan ayam tambatan mereka, Jorge Pereyra Diaz akan meninggalkan kelab mereka selepas mendapat tawaran bermain di Brazil.

 

Sesebuah kelab yang sedang memburu trofi tidak akan melepaskan pemain paling berharga mereka melainkan ada tawaran yang bagus dari kelab lain. Kami merasakan ini yang berlaku kepada JDT. Mereka menerima tawaran belian yang tidak dapat mereka tolak dari Brazil. Kami tertanya-tanya berapa juta ringgit untung JDT hasil jualan Diaz ini.

10848795_428065384023433_3242937750901060709_o

Sebelum mengumumkan pemergian Diaz, JDT sudah bersiap-sedia dengan mengumumkan penggantinya. Patricio Rodriguez dari kelab Santos (Brazil) merupakan pilihan mereka. Mereka juga melampirkan video kompilasi skil dan gol pemain ini dalam pengumuman di Facebook page mereka. Belum sempat penyokong JDT meratapi pemergian Diaz, mereka sudah teruja dengan pemain baru mereka. We see what you did there, JDT.

ideuoW2

Bahaya menilai bakat pemain melalui Youtube

Bagaimanapun video Youtube bukanlah medium terbaik untuk menilai bakat sebenar pemain. Anda mungkin merasakan pemain tersebut hebat hanya berdasarkan satu larian menarik di sayap kiri yang menewaskan 4 pemain, sedangkan dalam perlawanan yang sama 10 larian beliau yang lain mudah disekat pertahanan lawan selepas mereka merubah taktikal pasukan mereka.

Mengapa beliau jarang bermain untuk Santos?

Satu soalan yang pasti anda tanya jika anda meneliti statistik karier Patricio Rodroguez adalah – jika benar beliau sehebat di video Youtube, mengapa Santos tidak menggunakan khidmat beliau selepas musim pertama (di mana beliau bermain 28 daripada 38 perlawanan liga Brazil)? Mengapa beliau dipinjamkan ke kelab Argentina, Estudiantes pada musim 2013/14?

Adakah beliau pernah mengalami kecederaan panjang sehingga memaksa Santos meminjamkan Rodriguez ke kelab lain untuk memulihkan kecergasannya?

Adakah stail permainan Rodriguez tidak sesuai dengan taktikal jurulatih baru Santos, Oswaldo de Oliveira yang menggantikan Muricy Ramalho pada musim kedua beliau bersama Santos?

atau…

Adakah Patricio Rodriguez merupakan salah seorang pemain muda yang berbakat tetapi sudah mencapai puncak kariernya terlalu awal?

Pasti ada sebab mengapa khidmat beliau tidak digunakan oleh Santos. Oleh itu, kami mengemukakan soalan ke Reddit /r/soccer untuk mendapatkan jawapan terus dari peminat bola sepak yang sudah melihat Rodriguez beraksi di luar video Youtube. Kami mengemukakan soalan ini:

reddit

Soalan kami mendapat beberapa respons yang benar-benar kami mahukan, iaitu dari penyokong Santos, peminat Campeonato Brasileiro Série A dan Argentine Primera División.

Pendapat penyokong Santos

reddit1

“Beliau (Patricio Rodriguez) menunjukkan potensi bakatnya di Argentina pada 2 tahun lepas. dan kami membelinya. Tetapi beliau sangat tidak konsisten. Beliau ada menunjukkan permainan yang bagus seperti yang dilihat di Youtube tetapi di perlawanan yang lain, beliau hanya berjoging sekitar padang dan tidak rajin membantu pasukan.”

Uh oh. Ini bukannya apa yang peminat JDT mahu. Ini pula pendapat penyokong Atletico Mineiro, sebuah lagi kelab di liga Brazil.

reddit5

“Biasa-biasa sahaja. Sangat tidak konsisten. Bagaimanapun, beliau mungkin boleh menyinar memandangkan ada jurang kualiti di antara bola sepak Amerika Selatan dan Asia. Beliau ada potensi (untuk berjaya di Asia).”

Mungkin betul juga. Mungkin skil beliau adalah apa yang JDT perlu untuk menjayakan permainan bola sepak posession-based, shot-passing mereka. Seorang lagi penyokong Santos lebih berhati-hati memberikan pendapatnya.

reddit2

“Sejak beliau dibeli (oleh Santos), tiada jurulatih yang berminat dengan beliau. Ada sebabnya. Beliau tidak melakukan apa-apa di atas padang. Dia diketepikan kerana tidak cukup bagus jika dibandingkan dengan pemain kami yang lain. Anda mungkin memerlukan pendapat rakyat Argentina untuk pendapat yang lebih terkini tentang tahap permainannya ketika ini. Beliau dipinjamkan ke kelab Argentina (Estudiantes) selama setahun sebelum kembali ke Santos hanya untuk memanaskan bangku simpanan.”

Jadi kami beralih kepada pendapat dua rakyat Argentina yang memberi jawapan kepada soalan kami.

Pendapat orang Argentina

reddit3

“Sangat-sangat tidak konsisten, mempunyai skil yang bagus tetapi bermain bagus dalam 1 daripada 10 perlawanan. Dalam 9 perlawanan yang lain, beliau hanya berjoging di padang tanpa menyentuh bola pun.”

Mungkin pendapat beliau agak berat sebelah. Ini pula pendapat dari penyokong Boca Juniors.

reddit4

“Beliau mungkin mempunyai 2-3 perlawanan bagus dalam kariernya (di Argentina pada musim 2013/14). Dan kebanyakkan perlawanan tersebut hanyalah semasa perlawanan persahabatan semasa musim panas.”

Wow. Kami tidak menyangka pendapat dari peminat bola sepak Brazil dan Argentina tentang Patricio Rodriguez agak negatif. Tidak hairanlah pemain baru JDT ini dipinjamkan ke kelab lain selepas hanya satu musim bersama Santos.

Adakah ini bermakna Patricio Rodriguez bakal menjadi pemain yang teruk untuk JDT?

Jika anda menjawab ya, hanya berdasarkan komentar dan pendapat orang lain – anda hanya perlu melihat bagaimana Hulk membina kariernya sebagai inside forward berbisa di liga divisyen-2 Jepun selepas bergelut untuk mendapat peluang bermain di Brazil.

Lihat bagaimana Francis Coquelin yang diundi sebagai pemain paling teruk di Bundesliga oleh akhbar Jerman, BILD semasa di Freiburg, kini muncul sebagai pemain paling penting untuk Arsenal pada musim ini.

Inilah keajaiban bola sepak. Inilah sebabnya kita menonton bola sepak.

Seseorang pemain mungkin dianggap pemain yang tidak berkualiti oleh sesebuah pasukan, tetapi dengan perubahan taktikal, jadual latihan, motivasi dan keinginan pemain itu sendiri, mereka boleh menjadi pemain yang paling berharga untuk pasukan lain.

Jadi untuk menjawab soalan di atas, kami menjawab TIDAK.

Kesimpulan

Penyokong JDT tidak perlu melatah melihat pendapat penyokong Santos terhadap pemain baru anda. Bagi penyokong kelab lain, anda juga perlu bertindak matang – tunggu sendiri aksi Patricio Rodriguez ini di atas bumi Malaysia sebelum membuat penilaian anda.

Secara kasarnya, Patricio Rodriguez adalah klon Jorge Pereyra Diaz tetapi lebih kecil dan laju. Bermain di liga yang kebanyakan pemainnya kurang dari 6 kaki, Patricio Rodriguez tidak akan menghadapi banyak masalah kekurangan fizikal.

Work rate Rodriguez mungkin rendah dan beliau mungkin tidak akan terlibat dalam kerja-kerja kotor di atas padang. Tetapi tidak mengapa. JDT mempunyai banyak pemain yang boleh melakukan kerja-kerja kotor untuk beliau seperti Hariss Harun, Jasazrin Jamaludin, Shakir Shaari dan Junior Eldstal. Jika beliau diletakkan di posisi no.10 atau di sayap kiri sebagai inside forward, JDT mungkin mempunyai seorang lagi orang Argentina untuk disayangi.

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sumber gambar: Johor Southern Tigers, Getty Images, Youtube

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN