Bagaimana Untuk Mendapatkan Patch Liga Malaysia PES 2016

Kali ini, kami bawakan artikel khas untuk peminat siri Pro Evolution Soccer (PES). Artikel ini ditulis oleh Faiz Tobeng dari JomGaming.com.

Seperti biasa, anda sudah pasti akan memerlukan logo dan jersi (kit packs) yang telah siap direka untuk melengkapkan siri PES di konsol PlayStation 4 anda. Terdapat banyak laman web yang menyediakan patch untuk kit packs ini.

Biasanya, untuk kit-kit bagi kelab-kelab dari Eropah, kami lebih gemar mengambilnya dari PESWorld. Tapi, bagaimana pula dengan kit dan logo untuk pasukan-pasukan dari liga bola sepak tempatan?

Artikel ini ada jawapannya.

Jg3


Seperti yang kita semua ketahui, pemain berupaya mencipta dan mengubahsuai jersi dan logo dalam PES 2016 secara eksklusif di konsol PS4.

Impian para pemain untuk memasukkan pasukan-pasukan kegemaran masing-masing akan dapat dicapai dengan hasil usaha seorang pemain dan peminat setia siri PES, Alpacino Cilox.

Beliau dengan gigihnya telah mencipta kesemua pasukan Liga Super Malaysia bagi musim 2015, lengkap dengan logo, jersi dan gambar pengurus.

Kami telah diberi peluang oleh beliau untuk mencubanya dan setelah mengaplikasikan ke dalam game, ia adalah sangat cantik.

Hasil ciptaan yang beliau rekakan adalah sangat berkualiti dan setiap logo, tajaan dan tulisan yang terdapat di jersi adalah sangat terperinci serta nampak hidup. Gambar yang telah diberikan juga adalah beresolusi tinggi.

Dengan hasil usaha dan masa yang telah diperuntukkan beliau untuk mencipta semua ini, bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan.

Dengan RM20, PES anda akan mendapat jersi dan logo untuk semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bagi musim 2015.

jg10

Bagaimana pula untuk musim 2016? Tak perlu risau.

Beliau menjanjikan logo dan jersi untuk kesemua pasukan Liga Malaysia untuk musim 2016 bakal tiba dan dijangka siap pada bulan Mac 2016. Anda boleh mula membuat pre-order untuk musim 2016 dengan harga RM30.

Selain itu, beliau juga mengambil tempahan untuk mereka bentuk jersi-jersi khas atas permintaan, dengan mengenakan harga RM20 untuk mendapatkan tiga jersi (Home, Away & Penjaga gol).

Beliau juga boleh mereka jersi-jersi klasik seperti yang terdapat pada era 90-an dan 80-an!

Dan sebagai peminat tegar Liverpool sejak azali, apa lagi, saya pun cubalah jersi Liverpool untuk musim 2004/2005!

jg4

jg5

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini? Anda boleh sertai group PESCILOXdesign (Malaysia League Jersey)

Baca juga: PES 2016: Boleh Beli Ke Boleh Blah?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN