Patch PES 2016 Liga Malaysia: Patch Versi PC Yang Wajib Dimiliki Peminat PES Malaysia

Para pemain Pro Evolution Soccer (PES) 2016 di PC, bergembiralah! Patch Pack untuk liga tempatan kini sudah tiba!

Beberapa bulan yang lalu, kami ada berkongsi mengenai cara mendapatkan Patch liga tempatan di PES 2016 dan cara untuk memasukkannya ke dalam PlayStation 4. Ramai yang bertanya, bagaimana patch untuk PC pula?

Kini, persoalan itu telah dijawab oleh MSL Patch PESCILOXdesign. Mereka kini tampil dengan rekaan patch untuk para pencinta liga tempatan di PC!

Apa yang membuat kami kagum dengan Patch Pack terbaru ini adalah ia satu patch yang serba lengkap.

Ia mempunyai kemaskini yang jauh lebih banyak berbanding patch untuk PS4. Ini kerana kebebasan untuk menyunting di PC adalah lebih luas berbanding di PS4.

Dilengkapi dengan features yang menarik

Berikut adalah kesemua updates/features yang anda akan miliki apabila menggunakan Patch Pack ini:

  • Semua muka para pemain Liga Super Malaysia dikemaskini – jumlah keseluruhan adalah 400 muka pemain!
  • Beberapa muka pemain utama untuk Liga Premier Malaysia.
  • Tambahan beberapa pasukan negara Asia.
  • Tambahan jersi klasik Malaysia era 1980 bersama kit Ola Bola.
  • Tambahan kelab-kelab Asia di AFC Cup seperti Ceres, Bengaluru, Lao Toyota, Sheikh Jamal dan banyak lagi.
  • Beberapa padang baru, bootpack, stadium.
  • Tambahan logo TV9, TV3 dan “Siaran Langsung” di atas kanan skrin.
  • Gambar latar belakang di menu utama ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • DLC 3.0.0 mengikut database EURO 2016 terkini.
  • Dan pelbagai lagi tambahan mengikut selera peminat liga tempatan.

Ia tidak berhenti setakat itu. 

Background music di menu juga disertakan dengan lagu-lagu bertemakan sukan tempatan – seperti Standing In The Eyes of The World (Ella), Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Gemuruh Suara (Team Malaysia). Lagu ACAB pun ada!

Bolehlah kita layan lagu-lagu tempatan sambil setup Game Plan!

JG2

Lebih menarik, mereka juga menampilkan mode Selector, di mana pemain boleh memilih untuk menggunakan scoreboard, jenis padang dan warna baju pengadil. Satu fungsi yang Konami sendiri tidak sertakan ke dalam game yang asal.

JG3

Berikut adalah beberapa screenshots dari perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Selangor FA:

JG4

JG5

JG6

JG12

Berikut pula adalah beberapa jersi klasik yang turut disertakan dan sebahagian dari 400 muka pemain yang dikemaskini:

JG8

JG9

JG10

Anda juga boleh layan video Patch di bawah ini untuk menilainya sendiri:

Cara mendapatkan patch terbaru ini

Untuk Patch Pack yang penuh dengan citarasa tempatan ini, pasukan kerja MSL Patch PESCILOXdesign mengenakan harga yang berpatutan bagi kami. Berikut adalah dua jenis cara yang anda boleh dapatkan:

  • RM50 Download link yang diberikan secara online.
  • RM60– Disertakan dalam DVD dan diposkan terus kepada anda.

Peringatan: Patch Pack ini hanya menyediakan kemaskini liga tempatan sahaja. Game penuh harus dibeli oleh anda sendiri.

Sejujurnya, ia adalah satu Patch Pack yang sangat berbaloi untuk dimiliki peminat PES 2016 khususnya kepada pencinta bola sepak tempatan.

Syabas kami ucapkan kepada pasukan ini yang terdiri daripada Hayie (Sabah), Fahrin (Terengganu), Fairus (Kedah) dan Cilox (Johor).

Untuk membeli Patch Pack ini, anda boleh melawat Facebook MSL Patch PESCILOXdesign atau whatsapp 012-2261512.

Nota editor: Artikel ini dikongsikan kepada oleh sahabat kami, saudara Faiz Tobeng dari JomGaming.my. Sila ikuti JomGaming di Facebook dan Twitter untuk maklumat dan berita terkini mengenai dunia gaming tempatan dan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN