Nicky Butt Dilantik Jadi Pengarah Akademi Manchester United, Mahu Pulih Reputasi Akademi Yang Merosot

Manchester United memulakan usaha memperbaiki reputasi akademi pemain mudanya dengan melantik bekas pemain, Nicky Butt sebagai pengarah berkuat kuasa hari ini.

Nicky Butt, 41, sendiri merupakan produk keluaran Kelas ’92 akademi Manchester United dan pernah mencatat 387 penampilan bersama skuad utama United antara tahun 1992 hingga 2004.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menjulang 6 kejuaraan Premier League, 3 FA Cup, 1 kejuaraan UEFA Champions League dan Intercontinental Cup.

Butt yang juga merupakan pemegang lesen kejurulatihan UEFA Pro mengisi kekosongan jawatan yang dibiarkan kosong selama lebih 10 bulan selepas Brian McClair dilantik menjadi Pengarah Persembahan Scottish Football Association.

Butt mampu pulih reputasi akademi

Naib Pengerusi Kelab, Ed Woodward berharap perlantikan Butt akan membawa perubahan kepada akademi kelab di samping terus menjadi ‘kilang penghasilan’ pemain skuad senior United.

“Sebagai salah seorang graduan akademi pada era moden, Nicky akan membawa keghairahan, tenaga dan pengalaman untuk membawa akademi ke hadapan disamping mengekalkan karakter akademi.”

“Sejak 4 tahun lepas, 15 graduan akademi telah bermain untuk pasukan senior dan mencatat keseluruhan 173 penampilan – satu rekod yang membanggakan untuk kelab.”

Nicky Butt pula berbangga dapat mengetuai institusi akademi sama yang menggilap bakatnya sebagai pemain.

“Ianya satu penghormatan. Matlamat kami tetap sama – untuk menghasilkan pemain yang bagus dan memahami tanggungjawab bermain di kelab terbesar di dunia untuk skuad senior.”

Paul McGuinness tinggalkan akademi

Perlantikan Nicky Butt ini merupakan mesej jelas Manchester United mahu memulihkan reputasi akademi mereka yang sedikit merosot selepas skuad bawah-18 mereka tewas 12 perlawanan berturut-turut dan menduduki tangga tercorot dalam Under-18 North Division.

Paul McGuinness – yang juga merupakan produk akademi United sendiri – dilaporkan telah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad bawah-18 berikutan kemerosotan skuad remaja mereka.

Ini meskipun McGuinness mempunyai rekod cemerlang melahirkan 86 pemain skuad senior United daripada akademi, dengan 23 daripadanya menjadi pemain skuad kebangsaan masaing-masing sejak 1995.

Bagi penyokong Manchester United, mereka pasti mengharapkan Nicky Butt mampu melahirkan produk akademi yang setaraf dengan bekas-bekas graduan Kelas ’92 – seperti adik-beradik Neville, Paul Scholes, David Beckham dan Ryan Giggs.

Baca juga: Pendapat Penyokong Manchester United Tentang Kemungkinan Pasukannya Diurus Jose Mourinho

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN