Liga Sepanyol Kekal Liga Terkuat Di Dunia 2015, EPL Jatuh Ke Tangga Ketujuh

Spanish Primera División kekal sebagai liga terkuat di dunia buat kali keenam berturut-turut, menurut ranking yang dikeluarkan oleh International Federation of Fottball History & Statistics (IFFHS).

Ranking liga terkuat di dunia yang disediakan oleh IFFHS ini sudah wujud sejak 1991.

Bagaimana ranking ini dikira?

Kekuatan liga dikira berasaskan keputusan dan persembahan pasukan liga dalam kejohanan domestik (liga, Piala FA) dan antara benua (Champions League) dan antarabangsa (FIFA Club World Cup).

Penjelasan lanjut tentang bagaimana ranking ini dikira boleh dirujuk di sini.

EPL merosot teruk



Spanish Primera División mengekalkan tempat pertama selepas kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh pasukannya, terutamanya Barcelona, Real Madrid, Sevilla, Athletic Bilbao dan Atletico Madrid.

Liga kedua terkuat di dunia adalah Serie A. Peningkatan yang ditonjolkan oleh Juventus, Torino, Napoli dan Fiorentina membolehkan Serie A selesa kekal di tangga kedua, di atas Bundesliga di tempat ketiga.

Liga Argentina, Primera División muncul liga terkuat bagi benua Amerika Selatan dan keempat di dunia. Liga Perancis, Ligue 1 mempamerkan peningkatan untuk muncul liga kelima terkuat di dunia, berbanding ketujuh pada 2014.

Liga paling popular di dunia, English Premier League jatuh dari tangga ketiga ke tangga ketujuh. Persembahan buruk Arsenal, Manchester City, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Everton di Eropah adalah puncanya.



Liga Korea Selatan terkuat di Asia

Untuk benua Asia, liga terkuat adalah liga Korea Selatan, K-League Classic. Liga Arab Saudi, Abdul Jamil Lateef League muncul liga kedua terkuat di Asia diikuti oleh liga Jepun, J1 League.



Kami cuba mencari ranking Liga Super dalam laman web rasmi IFFHS, tetapi tidak jumpa. Laman web rasmi IFFHS hanya mendedahkan ranking 40 liga terkuat di dunia sahaja.

Senarai ranking liga terkuat di dunia pada 2015 oleh IFFHS (1st January 2015 – 31st December 2015)

[table]
Ranking,Ranking 2014,Negara,Jumlah mata
1,1,Sepanyol,1262
2,2,Itali,1177
3,5,Jerman,1044
4,4,Argentina,990
5,7,Perancis,914
6,6,Brazil,899
7,3,England,887
8,8,Portugal,726.5
9,11,Belgium,725.5
10,12,Rusia,715
22,24,Korea Selatan,584
24,21,Scotland,555
27,29,Saudi Arabia,545
33,32,Jepun,468
[/table]

Baca juga: 10 Jersi Bola Sepak Paling Laris Di Dunia Sepanjang 2015

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN