Kenali 10 Stadium Yang Bakal Digunakan Pada Piala Eropah 2016

Kejohanan Piala Eropah 2016 akan berlangsung tidak lama lagi dengan Perancis menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini bagi edisi yang ke-15.

[adrotate group=”2″]

Untuk rekod, edisi 2016 ini merupakan edisi ketiga di mana Perancis dipilih sebagai tuan rumah.

Perancis pernah menjadi tuan rumah kejohanan Piala Eropah pada edisi pertamanya yang dimenangi oleh Soviet Union pada 1960.

Dan kali kedua menjadi tuan rumah pada edisi 1984 di mana mereka menjulang kejuaraan tersebut di depan penyokong sendiri.

Dan untuk edisi 2016 ini, sebanyak 10 stadium dari 10 lokasi berbeza dipilih untu Piala Eropah kali ini.

1. Stade de France – Saint-Denis

WmfvaoDjpx0RaYPWAVKLlV4fy5VAnbrDIlcjqnoeFAU-compressed

Merupakan stadium nasional bagi pasukan Perancis dan stadium ini merupakan stadium terbesar dalam kalangan 10 stadium yang dipilih untuk dijadikan lokasi perlawanan Piala Eropah 2016.

Berkapasiti 80,000 tempat duduk, stadium ini pernah menjadi menjadi saksi kejayaan Perancis pada perlawanan akhir FIFA World Cup pada 1998 dengan menewaskan Brazil 3-0.

Selain daripada itu, Stade de France juga pernah menjadi gelanggang perlawanan akhir bagi UEFA Champions League untuk musim 2000 dan 2006.

Perlawanan yang  berlangsung di Stade de France :

  • 10 Jun 2016 – Perancis v Romania (Kumpulan A)
  • 13 Jun 2016 – Ireland v Sweden (Kumpulan E)
  • 16 Jun 2016 – Jerman v Poland (Kumpulan C)
  • 22 Jun 2016 – Iceland v Austria (Kumpulan F)
  • 27 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir
  • 3 Julai 2016 – Suku Akhir
  • 10 Julai 2016 – Perlawanan Akhir

2. Stade de Velodrome – Marseille

FBL-FRA-LIGUE1-MARSEILLE-VELODROME

Merupakan gelanggang bagi Olympique Marseille, Stade de Velodrome merupakan stadium terbesar bagi kelab bola sepak di Perancis dengan kapasiti 67,000 tempat duduk.

Gelanggang ini dibina pada 1937 dan telah melalui 3 kali proses pengubahsuaian pada 1984, 1998 dan juga pada 2014 yang dimana bumbung telah dipasang di keseluruhan stadium dan tidak hanya di pasang pada main stand sahaja sebelum ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stade de Velodrome :

  • 11 Jun 2016 – England v Rusia (Kumpulan B)
  • 15 Jun 2016 – Perancis v Albania (Kumpulan A)
  • 18 Jun 2016 – Iceland v Hungary (Kumpulan F)
  • 21 Jun 2016 – Ukraine v Poland (Kumpulan C)
  • 30 Jun 2016 – Suku Akhir
  • 7 Julai 2016 – Separuh Akhir

3. Parc Olympique Lyonnais – Lyon

stade de lyon

Berkapasiti 59,000 ribu tempat duduk, stadium ini merupakan stadium baharu bagi kelab Olympique Lyonnais yang sebelum ini beraksi di Stade de Gerland.

Stadium ini mempunyai beberapa nama lain seperti Grand Stade dan juga Stade des Lumières (Stadium of Lights).

Selain dari menjadi lokasi perlawanan Piala Eropah 2016, stadium ini juga akan menjadi lokasi perlawanan Piala Dunia Wanita pada 2019.

Perlawanan yang berlangsung di Parc Olympique Lyonnais :

  • 13 Jun 2016 – Belgium v Itali (Kumpulan E)
  • 16 Jun 2016 – Ukraine v Ireland Utara (Kumpulan C)
  • 19 Jun 2016 – Romania v Albania (Kumpulan A)
  • 22 Jun 2016 – Hungary v Portugal (Kumpulan F)
  • 26 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir
  • 6 Julai 2016 – Separuh Akhir

4. Stade Pierre Mauroy – Lille

pierre

Merupakan stadium yang pernah menyaksikan Eric Abidal, Eden Hazard dan Gervinho sebagai pemain Lille ini mempunyai kapasiti sebanyak 50,000 tempat duduk.

Nama asal bagi stadium ini merupakan Grand Stade Lille Metropole, namun dinamakan semula kepada Stade Pierre Mauroy sebagai memperingati kematian Pierre Mauroy yang merupakan Datuk Bandar Lille dan juga bekas Perdana Menteri Perancis pada era 80’an.

Perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre Mauroy :

  • 12 Jun 2016 – Jerman v Ukraine (Kumpulan C)
  • 15 Jun 2016 – Rusia v Slovkia (Kumpulan B)
  • 19 Jun 2016 – Switzerland v Perancis (Kumpulan A)
  • 22 Jun 2016 – Itali v Ireland (Kumpulan E)
  • 26 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir
  • 1 Julai 2016 – Suku Akhir

 5. Parc des Princes – Paris

parc des princes

Bermaksud Taman Para Putera, Parc des Princes merupakan rumah bagi pasukan Paris Saint-Germain (PSG).

Berkapasiti 45,000 tempat duduk, stadium ini pernah menjadi saksi peristiwa-peristiwa menarik bola sepak Perancis.

Antaranya stadium ini menyaksikan Perancis menjulang kejuaraan Piala Eropah pada 1984 dengan menewaskan Sepanyol 2-0 serta tumbangnya Perancis pada minit akhir kepada Bulgaria pada perlawanan kelayakan Piala Dunia yang seterusnya menggagalkan skuad Perancis untuk ke Piala Dunia 1994.

Perlawanan yang berlangsung di Parc des Princes :

  • 12 Jun 2016 – Turki v Croatia (Kumpulan D)
  • 15 Jun 2016 – Romania v Switzerland (Kumpulan A)
  • 18 Jun 2016 – Portugal v Austria (Kumpulan F)
  • 21 Jun 2016 – Ireland Utara v Jerman (Kumpulan C)
  • 25 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir

6. Stade de Bordeaux – Bordeaux

matmut

Stadium berkapasiti 42,000 tempat duduk ini merupakan stadium bagi pasukan Girondins de Bordeaux.

Untuk masa sekarang, nama stadium bagi ini dikenali sebagai Matmut Atlantique atas faktor penajaan.

Stadium ini masih baharu, ia hanya dibuka pada Mei 2015.

Perlawanan yang berlangsung di Stade de Bordeaux :

  • 11 Jun 2016 – Wales v Slovakia (Kumpulan B)
  • 14 Jun 2016 – Austria v Hungary (Kumpulan F)
  • 18 Jun 2016 – Belgium v Ireland (Kumpulan E)
  • 21 Jun 2016 – Croatia v Sepanyol (Kumpulan D)
  • 2 Julai 2016 – Suku Akhir

7. Stade Geoffroy-Guichard – Saint-Etienne

geoffrey

Juga dikenali sebagai Green Hell kerana warna jersi utama Saint-Etienne. Stadium ini dinamakan sempena pengasas syarikat peruncitan Casino, Geoffroy-Guichard yang membeli tapak stadium ini.

Stadium ini berkapasiti 42,ooo tempat duduk.

Perlawanan yang berlangsung di Stade Geoffroy-Guichard :

  • 14 Jun 2016 – Portugal v Iceland (Kumpulan F)
  • 17 Jun 2016 – Republik Czech v Croatia (Kumpulan D)
  • 20 Jun 2016 – Slovakia v England (Kumpulan B)
  • 25 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir

8. Allianz Reviera – Nice

allianz riveira

Stadium ini dibuka pada 2013 bagi menggantikan Stade Municipal du Ray. Gelanggang ini berkapasiti 35,000 tempat duduk dan merupakan rumah bagi OGC Nice.

Allianz Reviera dinamakan sebegitu rupa atas faktor penajaan, nama asalnya adalah Stade de Nice.

Perlawanan yang berlangsung di Allianz Reviera :

  • 12 Jun 2016 – Poland v Ireland Utara (Kumpulan C)
  • 17 Jun 2016 – Sepanyol v Turki (Kumpulan D)
  • 22 Jun 2016 – Sweden v Belgium (Kumpulan E)
  • 27 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir

9. Stade Bollaert-Delelis – Lens

felix

Pada asalnya, stadium ini dinamakan sebagai Felix Bollaert yang merupakan pengarah Compagnie des Mines de Lens yang begitu semangat menggalakkan rakyat Lens bersukan.

Namun, nama itu diubah sedikit kepada Stade Bollaert-Delelis untuk mengenang Andre Delelis yang merupakan ahli politik yang berkhidmat di Kementerian Perdagangan ketika era Presiden François Mitterrand.

Menariknya mengenai stadium ini adalah kerana kapasiti stadiumnya adalah 35,000 tempat duduk, 4000 lebih dari populasi bandar Lens.

Perlawanan yang berlangsung di Stade Bollaert-Delelis :

  • 11 Jun 2016 – Albania v Switzerland (Kumpulan A)
  • 16 Jun 2016 – England v Wales (Kumpulan B)
  • 21 Jun 2016 – Republik Czech v Turki (Kumpulan D)
  • 25 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir

10. Stadium de Toulouse – Toulouse

toulouse

Merupakan stadium pelbagai guna yang terbesar di Perancis dengan kapasiti 33,ooo tempat duduk, namun stadium ini merupakan stadium terkecil dari 10 stadium yang dipakai untuk Piala Eropah 2016.

Stadium ini digunakan oleh Toulouse FC untuk saingan Ligue 1, Stade Toulousain di European Rugby Champions Cup dan juga gelanggang bagi pasukan ragbi Perancis untuk mengadakan siri perlawanan ujian.

Stadium ini juga pernah menjadi tapak konsert Micheal Jackson pada 1992 serta menjadi hos kepada 6 perlawanan Piala Dunia 1998.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium de Toulouse :

  • 13 Jun 2016 – Sepanyol v Republik Czech (Kumpulan D)
  • 17 Jun 2016 – Itali v Sweden (Kumpulan E)
  • 20 Jun 2016 – Rusia v Wales (Kumpulan B)
  • 26 Jun 2016 – Pusingan 16 pasukan terakhir

900px x 600px-2

Baca juga: 11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN