Juventus Cipta Rekod Baru Dalam Liga Juara-Juara Musim Ini

Juventus menang 2-1 semalam mengatasi Real Madrid. Gol Real Madrid dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo manakala gol Juventus dihasilkan oleh Alvaro Morata dan juga Carlos Tevez.

Gol jaringan Ronaldo menjadikan beliau penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara mengatasi Lionel Messi dengan 1 gol.

Manakala gol Tevez menjadikan beliau pemain pertama Juventus yang menjaringkan 29 gol sepanjang musim selepas kali terakhir Trezeguet melakukannya pada musim 2005/2006.

Rekod baru dalam Liga Juara-Juara musim ini terhasil apabila Alvaro Morata menjaringkan gol untuk Juventus. Gol ini terhasil selepas 27 passing yang diperlukan untuk menghasilkan gol. Passing yang terbanyak diperlukan untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Tahukah anda?

Real Madrid tidak pernah mara ke pusingan akhir selepas tewas di perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.

Manakala Juventus pula tidak pernah tewas di saingan kejuaraan Eropah selepas menang 2-1 di gelanggang sendiri.

Sama-sama kita nantikan perlawanan seterusnya antaranya Juventus dan Real Madrid. Korang rasa siapa yang akan ke final? Juventus ke Real Madrid?

kredit gambar: diario-bernabeu.com

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN