Izham Tarmizi: Persembahan Mei 2016 Beri Sebab Mengapa Beliau Penjaga Gol No.1 Malaysia

Bercakap mengenai penjaga gol Malaysia ketika ini, pasti ada dua nama yang akan segera muncul di ingatan – Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias.

Kepada Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias, berjaga-jagalah. Bak kata orang putih – there’s a new kid in the block. Dan namanya ialah Izham Tarmizi.

Sebelum ini bagi penyokong JDT dan peminat bola sepak tempatan secara amnya, Izham Tarmizi sentiasa berada di bawah bayang-bayang Farizal Marlias. Masakan tidak, Izham masih muda umurnya. Farizal pula sudah lebih lama merasa asam garam bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Tetapi kredit kepada Izham. Di sebalik statusnya sebagai penjaga gol ke-2 JDT pada mulanya, beliau sentiasa mempamerkan persembahan berkualiti setiap kali Mario Gomez membuat squad rotation.

Seolah-olah mahu menambah pening kepala Gomez dalam pemilihan kesebelasan utama untuk perlawanan seterusnya.

Barangkali mahu mencabar Farizal supaya meningkatkan prestasinya jika mahu mengekalkan jersi no.1 JDT, Gomez memberi peluang demi peluang kepada Izham.

13307441_633692300127406_8382926405326539523_n

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Izham terus mengambil peluang tersebut dan tidak menoleh belakang.

Persembahannya sangat memberansangkan sehingga dianugerahkan sebagai pemain terbaik bulanan PFAM untuk bulan Mei 2016. Beliau menewaskan 4 calon yang yang tak kurang hebatnya seperti:

  • Ahmad Fakri Saarani (Kedah FA)
  • Joseph Kalang Tie (Terengganu FA)
  • Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)
  • Junior Aparecido (Sarawak FA)

Profail

Nama: Izham Tarmizi
Kerakyatan: Malaysia
Posisi: Penjaga Gol
Pasukan: Johor Darul Ta’zim
Umur: 24 Tahun

Mei 2016: masa Izham bukti diri

Sepanjang bulan Mei, Izham Tarmizi telah terlibat dalam 4 perlawanan untuk JDT dalam semua peringkat.

Berikut adalah rumusan ringkas perlawanan yang melibatkan Izham Tarmizi.

[table]
Tarikh,Perlawanan,Peringkat,Keputusan
6 Mei,JDT vs Pulau Pinang FA,Liga Super,1-0
14 Mei,PKNS vs JDT,Final Piala FA,1-2
21 Mei,Pahang FC vs JDT,Liga Super,0-6
25 Mei,JDT vs FC Kaya,AFC Cup,7-2
28 Mei, Myanmar v Malaysia,Persahabatan antarabangsa,0-0
[/table]

Beliau bagaimanapun tak diturunkan dalam 2 perlawanan berikut pada bulan Mei 2016 kerana digilir-gilirkan dengan Farizal Marlias:

  • AFC Cup: JDT menang 3-0 vs Bengaluru FC di Larkin
  • Liga Super: JDT menang 3-0 vs Pahang di Larkin

Sepanjang 4 perlawanan yang beliau beraksi, Izham mencatatkan 2 clean sheets daripada 4 perlawanan, menang keempat-empat perlawanan. Ini memberikan beliau nisbah bolos hanya 0.75 gol di peringkat domestik pada bulan Mei 2016.

Persembahan mantap Izham bersama JDT ini meyakinkan Datuk Ong Kim Swee untuk menjadikan beliau penjaga gol no.1 skuad kebangsaan ketika ini. Beliau beraksi ketika Harimau Malaya seri 0-0 menentang Myanmar.

Malah ketika beliau diberikan kepercayaan untuk menjaga gawang negara semasa perlawanan play-off Piala Asia menentang Timor Leste pada 2 dan 6 Jun lalu, Izham langsung tidak menghampakan apabila mencatat clean sheet dalam kedua-dua perlawanan.

Penjaga gol no.1 JDT dan Malaysia

Kami dapat merasakan kejayaan Izham Tarmizi merangkul anugerah pemain terbaik bulanan PFAM Mei 2016 ini hanyalah permulaan.

Sikap Izham yang cukup commanding menjaga gawang adalah aset utamanya. Malah jika kita perhatikan ball distribution dan agility beliau sejak kebelakangan ini, ia juga telah meningkat.

Tahniah kami ucapkan kepada Izham Tarmizi atas kemenangan anugerah ini. Anda sememangnya layak dan teruskan kecemerlangan anda!

Sumber: www.asiana.my
Sumber: www.asiana.my

Baca juga: Juan Martin Lucero: Modern No.9 JDT Yang Mula Mengganas Pada April 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN