Drinkwater & Kante Dipanggil Skuad Kebangsaan, Penyokong England Kecewa Mark Noble Tak Dipilih

Pemain-pemain Leicester City pastinya akan mengingati musim 2015/2016 sebagai musim terbaik dalam karier mereka.

Mengapa tidak? Leicester kini selesa mendahului liga. Nama beberapa pemain mereka mula menjadi sebutan kelab-kelab besar.

Dan ini juga musim di mana Danny Drinkwater dan pasangan tengahnya, N’golo Kante mendapat panggilan skuad kebangsaan yang pertama dalam karier mereka.

Drinkwater untuk EURO 2016?

Nama Danny Drinkwater sah berada dalam senarai 23 pemain England yang diumumkan oleh pengurus England, Roy Hodgson semalam.

Drinkwater dijangka akan diuji dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman di Berlin pada 26 Mac dan Belanda di Wembley pada 29 Mac.

Drinkwater, 26, merupakan pemain tengah utama Leicester City yang kini mendahului liga dengan hanya berbaki 8 perlawanan.

Hodgson menjelaskan beliau sengaja tidak memilih Michael Carrick untuk memberi ruang kepada Drinkwater.

Beliau turut memberitahu nama kapten England Wayne Rooney tidak disenaraikannya untuk memberi Rooney masa pulih daripada kecederaan.

Tetapi majoriti penyokong England hairan dengan ketiadaan nama Mark Noble, jeneral tengah West Ham yang turut sedang menikmati musim yang cemerlang.

Skuad England

Penjaga gol: Jack Butland (Stoke City), Fraser Forster (Southampton), Joe Hart (Manchester City).

Pertahanan: Ryan Bertrand (Southampton), Gary Cahill (Chelsea), Nathaniel Clyne (Liverpool), Phil Jagielka (Everton), Danny Rose (Tottenham Hotspur), Chris Smalling (Manchester United), John Stones (Everton), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).

Pemain tengah: Dele Alli (Tottenham Hotspur), Ross Barkley (Everton), Eric Dier (Tottenham Hotspur), Danny Drinkwater (Leicester City), Jordan Henderson (Liverpool), Adam Lallana (Liverpool), James Milner (Liverpool), Raheem Sterling (Manchester City).

Penyerang: Harry Kane (Tottenham Hotspur), Daniel Sturridge (Liverpool), Jamie Vardy (Leicester City), Theo Walcott (Arsenal), Danny Welbeck (Arsenal).

Kante dipanggil Perancis

Turut menerima panggilan skuad kebangsaan pertama adalah pasangan tengah Drinkwater di Leicester, N’golo Kante.

Menurut pengurus Perancis, Didier Deschamps, beliau sengaja tidak memilih Morgan Schneiderlin untuk mencuba kebolehan Kante.

“Bukannya saya tak percayakan Morgan, tapi saya mahu beri peluang kepada Kante sebelum membuat keputusan akhir (untuk skuad EURO 2016).”

“Beliau merupakan pemain tengah yang lengkap. Boleh memenangi bola, membuat hantaran dan berada di posisi betul pada masa yang betul.”

Coman dan Payet ganti Benzema

Berhubung keputusan beliau yang menggugurkan Karim Benzema, Deschamps menafikan keputusannya dipengaruhi oleh saranan Perdana Menteri Perancis yang tidak mahu Benzema dipilih kerana kes kontroversinya.

Sebaliknya Deschamps memberitahu Benzema tak dipilih kerana beliau tak dapat mengabaikan prestasi hebat Dimitri Payet di West Ham dan Kingsley Coman di Bayern Munich.

Perancis dijadualkan akan bertemu menentang Belanda di Amsterdam pada 25 Mac dan Russia di Stade de France pada 29 Mac.

Skuad Perancis

Penjaga gol: Benoît Costil (Rennes), Hugo Lloris (Tottenham/ENG), Steve Mandanda (Marseille)

Pertahanan: Lucas Digne (Roma/ITA), Patrice Evra (Juventus/ITA), Christophe Jallet (Lyon), Laurent Koscielny (Arsenal/ENG), Jérémy Mathieu (Barcelona/ESP), Bacary Sagna (Manchester City/ENG), Mamadou Sakho (Liverpool/ENG), Raphaël Varane (Real Madrid/ESP)

Pemain tengah: Yohan Cabaye (Crystal Palace/ENG), Lassana Diarra (Marseille), Ngolo Kanté (Leicester/ENG), Blaise Matuidi (PSG), Paul Pogba (Juventus/ITA), Moussa Sissoko (Newcastle/ENG)

Penyerang: Kingsley Coman (Bayern Munich/GER), André-Pierre Gignac (Tigres de Monterrey/MEX), Olivier Giroud (Arsenal/ENG), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Anthony Martial (Manchester United/ENG), Dimitri Payet (West Ham/ENG)

Baca juga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN